Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Bibir Merah Bak Delima Dengan Kunyit?

24-10-2019 10:54 AM|Oleh: natrahn| Komen: 24

Bibir merah menawan idaman lelaki dan wanita. Siapa yang tidak mengidamkan bibir merah dan sihat. Aplikasi gincu merupakan alternatif untuk memerahkan bibir secara segera. 

Namun, ia secara tidak langsung memberikan kesan negatif terhadap bibir sekiranya mengandungi bahan kimia berlebihan.


Kredit foto: Berita Harian - MASALAH bibir yang sering terjadi ialah kering dan menggelupas.

Bagi kebanyakan wanita, bibir merah mencerminkan imej dan personaliti diri. Malah, bibir juga adalah sebahagian aset penting wanita yang menunjukkan tahap kesihatannya. 

Bibir kusam tentunya akan menyebabkan wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Berikut adalah tip penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan. Paling penting, boleh dihasilkan secara alami meskipun hanya ketika anda berada di rumah.


Kredit foto: Google

Cara-cara penjagaan bibir:

1) Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

2) Jangan kupas atau tarik kulit bibir yang mati kerana boleh menyebabkan bibir luka dan berdarah. Seeloknya, gunakan kain bersih atau tisu basah untuk mengelap bibir yang mengelupas itu.

3) Pilihlah gincu sesuai kerana ia akan menyebabkan bibir hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya kerana ia akan merosakkan bibir.

4) Elakkan daripada selalu memakan makanan pedas, panas dan bergetah seperti duku.

5) Minum air lapan gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir kering dan merekah.

8) Bersihkan gincu sebelum tidur boleh mengelakkan debu dan bakteria melekat.

9) Jangan merokok dan minum alkohol (haram bagi Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh menghitamkan bibir.


Kredit foto: Google


Bagi yang ada masalah bibir gelap dan sensitif boleh guna cara ini secara semula jadi.


Bahan-bahan:

• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar

*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.


Cara penyediaan:

Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.


Selamat mencuba. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 24
Komen

Previous : Umpama Filem Hindustan! 'Profesor' Ini Sanggup Bunuh Suami, Keluarga Demi Harta

Next       : 'Tunang Pengkhianat Terbesar!' - Wanita Berang Didedah Hamil Luar Nikah Ketika Majlis Bertandang

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 13-11-2019 07:35 PM
Meiizu replied at 12-11-2019 11:33 AM
jom kita pegi sesama ke  klinik persona..tu komen atas nurul akmar kata 200 jerr

Yg rm175 tu kat klinik hana.. dia ada promo.. klu x promo rasanya rm300.. tp terpulang pada lips masing2.. mebi perlu 1session, mebi byk session.. tp korg boleh je google2 kat ig tu cari.. byk je yg affordable.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 24-10-2019 11:04 AM
Bestnya.. Nak try
Quote polluxsstar 24-10-2019 11:59 AM
alang2 buat pes kunyit tu leh buat masker wajah
Quote natrahn 24-10-2019 12:32 PM
polluxsstar replied at 24-10-2019 11:59 AM
alang2 buat pes kunyit tu leh buat masker wajah

kan sekali harung muka n bibir...
Quote nurul_akmar 24-10-2019 01:39 PM
p laser je la.. result pon cpt.. 1 session dlm rm170-200 je
Quote natrahn 24-10-2019 03:10 PM
nurul_akmar replied at 24-10-2019 01:39 PM
p laser je la.. result pon cpt.. 1 session dlm rm170-200 je

erm.. nak tanya
kalau laser-laser nih kena buat secara rutin ke?
macam hilangkan jeragat, parut dll?
Quote nuyuqtn 24-10-2019 04:26 PM
{:question
Quote nurul_akmar 24-10-2019 06:41 PM
natrahn replied at 24-10-2019 03:10 PM
erm.. nak tanya
kalau laser-laser nih kena buat secara rutin ke?
macam hilangkan jeragat, parut  ...


Xperlu.. atau tgk kulit jugak kot. Tp based on experience aku, aku p laser utk jeragat. 1 session je.. tp muka mmg bertompok2 hitam.. tp lps 7 hari floles. Hilang sume jeragat, oil seed sume... aku bukan x caya kaedah traditional mcm ni.. tp so far sumenya x berkesan.. utk aku laaaa... so aku pergi je ke kaedah moden.. lagipon skang ni rawatan3 byk yg dah murah2.. dgn syarat ko p yg lcp certified.. ko taip je kat ig lcp certified. Berlambak2 kuar.. yg xde lcp tu, aku was2 nk p.. tp terpulanglah pada masing2

Quote salmon-suki 24-10-2019 06:49 PM
No.2 tu aiolzs selalu buat..walaupun pakai lip balm tetap kering..xtaw nape..{:cryrun

Lipstick mmg aiolzs xpakai sbb xreti pilih..kekeke{:smile
Quote meow_tompok 25-10-2019 04:32 PM
nurul_akmar replied at 24-10-2019 06:41 PM
Xperlu.. atau tgk kulit jugak kot. Tp based on experience aku, aku p laser utk jeragat. 1 sessio ...

bole share buat kat mana & apa nama treatment yg you buat tu
kalau okay nak gi buat jugak
harga berapa?
Quote nurul_akmar 25-10-2019 06:26 PM
Edited by nurul_akmar at 25-10-2019 06:28 PM
meow_tompok replied at 25-10-2019 04:32 PM
bole share buat kat mana & apa nama treatment yg you buat tu
kalau okay nak gi buat jugak
harga ...


Yg laser treatment tu aku buat kat klinik pesona.. tp ramai sgt org.. rasa mcm x sanggup nk menunggu.. xigt nama treatment dia.. tp cakap je nk buang jeragat n oil seed.. konfem dr tu tahu..

so utk treatment kali ni buat dekat klinik hana pulak.. yg kat klinik hana ni aku buat prp+pdrn treatmnt. dont worry.. 2-2 klinik lcp certified.. 2-2 affordable price..
Quote Oldbitty1 25-10-2019 09:19 PM
polluxsstar replied at 24-10-2019 11:59 AM
alang2 buat pes kunyit tu leh buat masker wajah

Pls pls don't.. i just did. My face turned YELLOW
Quote nurul_akmar 26-10-2019 11:24 AM
meow_tompok replied at 25-10-2019 04:32 PM
bole share buat kat mana & apa nama treatment yg you buat tu
kalau okay nak gi buat jugak
harga ...

Yg jeragat n oil seed  tu rm350..
Quote meow_tompok 26-10-2019 08:26 PM
nurul_akmar replied at 26-10-2019 11:24 AM
Yg jeragat n oil seed  tu rm350..

ok noted with thanks. tak heran pesona clinic tu dah famous sgt, tu ramai org.
meow tengah survey2 aesthetic treatment utk muka

Quote polluxsstar 29-10-2019 08:43 AM
Oldbitty1 replied at 25-10-2019 09:19 PM
Pls pls don't.. i just did. My face turned YELLOW

hahahahahahahahahahaaaomg!! u dh jadi spongebob ke??


Quote Oldbitty1 31-10-2019 05:01 AM
Almost hahaha..!! just realised it after seeing the yellow stain on my fingers. Kelam kabut basuh. Nasib letak kat muka onlky a few minutes.
Quote natrahn 31-10-2019 07:58 AM
nurul_akmar replied at 24-10-2019 06:41 PM
Xperlu.. atau tgk kulit jugak kot. Tp based on experience aku, aku p laser utk jeragat. 1 sessio ...

tq... nak try jugak  nih...maknanya once dah hilang jeragat oil seed tu maintaince ja la jaga elok2 muka kan
Quote nurul_akmar 31-10-2019 09:07 AM
natrahn replied at 31-10-2019 07:58 AM
tq... nak try jugak  nih...maknanya once dah hilang jeragat oil seed tu maintaince ja la jaga elok ...

Yup.. dr tu kata paling penting moisturizer n sunblock.. moisturizer jgn kena dekat area mata.. area mata pakai cream mata
Quote mimienaa 3-11-2019 04:55 PM
Cuci Karpet

Tips yang sangat berguna bagi sesiapa yang mengalami masalah bibir kering dan sebagainya
Quote ReginaGeorge 4-11-2019 12:27 AM
Dolu2 akak pakai colgate je. Amik sikit je colgate tu, basah kan bibir dan sapu colgate kat bibir. Biar semalaman. Esok bibir jadi mekar.. Tp takleh la buat selalu, bibir jadi kering. Sekali sekala apa salahnya.

Bila akak dah berakal sikit, akak pakai cengkih pulak. Cengkih (tumbuk hingga hancur) + lip balm (korek atau patahkan) + colgate (sikit je). Cengkih tu bagi effect "pouty atau bengkak". Lip gloss tu pulak untuk kekal kan moisture. Mix semua bahan ni dan letak dalam bekas kecik. Pakai semalam sebelum temujanji ngan kekasih..

Nak try silakan tapi khuens kalau ada reverse effect akak tak tanggung ye..

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.122503s Gzip On
To Top