Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Terpalit Isu Pondan, Cleopatra A.k.a Pelakon Anna Dean Kini Maju Selangkah Ke Dunia Politik

24-10-2019 10:57 AM Komen: 178
Tak sangka kerana viral isu disangka pondan, seorang wanita yang dikenali sebagai Cleopatra atau Cleo kini maju selangkah lagi ke dunia politik.


Kredit foto: IG


Semuanya bermula apabila wanita tersebut bersama pasukannya mengadakan lawatan kerja ke pejabat YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.


Kredit foto: IG



Sebuah blog politik kemudiannya cuba mempergunakan video lawatan tersebut untuk mengaitkan YB Syed dengan golongan LGBTQ dan memulakan gosip kononnya Cleo adalah PA kepada menteri tersebut dan mempunyai jantina transgender.


Kredit foto: IG


Kebenaran kemudian terbukti apabila YB Syed Saddiq sendiri menjernihkan suasana dengan menjelaskan bahawa Cleo ialah seorang wanita sejati,  ibu tunggal beranak dua dan bukannya PA beliau.

Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar Cleo dari Instagramnya dan kenyataan daripada bekas suaminya mengesahkan lagi kebenaran tersebut.


Tapi siapakah sebenarnya Cleopatra? Ini sedikit CSI mengenai beliau.


Kredit foto: Carian Google

Kredit foto: Carian Google


Menurut Sinar Harian, nama sebenar beliau ialah Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 25, dan pernah menggunakan nama popular Anna Dean ketika mencuba bidang seni lakon suatu ketika dahulu. 

Beliau kemudiannya berkahwin dengan jutawan forex, Datuk Mohd Nasir Yaacob, 46, yang ditemuinya ketika menghadiri sebuah kelas Forex. 

Gosip tidak sahih di alam maya mengatakan Datuk Nasir sanggup menceraikan isterinya yang baru bersalin ketika itu semata-mata ingin bersama dengan Anna.



Kredit foto: Rotikaya


Mereka dikurniakan dua orang cahayamata dan perkahwinan mereka berlangsung meriah dan mendapat liputan meluas termasuk Utusan dan TV3 sebelum bercerai beberapa tahun kemudian.

Sewaktu penglibatan singkatnya, Datin Anna Dean sempat berlakon sebuah drama, Dunia Generasi Baru di samping Ben Amir, Zahirah Macwilson, Fadlan Hazim, Kaka, Natasha Ellyza dan Erwin Dawson yang ditayangkan di TV3.


Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google

Kredit Foto: Carian Google



Kini dipercayai terlibat dengan perniagaan e-sport, nama Cleo tiba-tiba memuncak naik semalaman berikutan gambar-gambar perbincangannya dengan YB Syed hebat diperkatakan di media social.


Kredit foto: IG



Mengambil peluang daripada panasnya nama beliau, Cleo kini mula menunjukkan minat dalam dunia politik. Beliau yang dulunya tidak pernah bercakap mengenai politik mula memuatnaik status berupa kata-kata sokongan kepada YB Syed Saddiq.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendedahkan keanggotaannya dalam sebuah parti politik.

'Terima kasih kepada Kak Nikki kerana menerima kedatangan saya dalam Parti BERSATU, Cawangan Segambut' katanya lagi.


Kredit foto: IG


Selain itu, status-status dalam Instagramnya juga mula 'berbau' seperti kata-kata ahli politik.

'Contribution for rakyat. Not position. Having a position but not contributing to rakyat is just pointless' katanya dalm satu jawaban kepada follower.

'Fokus kepada isu rakyat, bukan politik fitnah dan gossip' tambahnya.

'Please teruskan sharing your thoughts here with me. I am taking notes of each of the comments here and will work on it' katanya persis ahli politik berpengalaman.


Kredit foto: IG

Adakah tanda-tanda ini menunjukkan bermulanya penglibatan mantan pelakon ini dalam dunia politik? 

Kita nantikan. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
Komen: 178
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Dollhouse 1-11-2019 02:37 AM
Kalau konon dia sokong Tun M dan politician dah lama wujud sebelum PRU haritu... Ni acah poyo nak drama nama jah

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 24-10-2019 11:01 AM
euwwwwwwwww
Quote boojaat 24-10-2019 11:01 AM
Salah bod ke
Quote MissLana 24-10-2019 11:09 AM
oh kakjan ghupenyaa. i know where she heading to kuikuikui
Quote cikja 24-10-2019 11:09 AM
Cuba nasib ke apa ni...
Quote jin_lampu 24-10-2019 11:10 AM
plastik nyer muka...mcm sajat
Quote Sang_Pencinta 24-10-2019 11:11 AM
Cantiklah muka dia

Cuma agak keplastikan sikit

Mungkin over buat surgery??
Quote Kurex 24-10-2019 11:24 AM
Artis kalau masuk dunia politik ni.. Jangan la caya.. Contohnya siti, sila majed, perangdina, ecah..  
Quote MadameOnion 24-10-2019 11:25 AM
wowwwwww ni kira ahli politik paling cantik ke apa? sori pada i dia tak cantik mana tapi banyak alter sbb byk duit
Quote tokenn 24-10-2019 11:27 AM
cantik tp nampak sgt plastiknya
Quote nanasno 24-10-2019 11:44 AM
kalau sheols bertanding iols tak vote.bimbo much kelihatan. apa qualification sheols ada?
Quote tagas 24-10-2019 11:48 AM
nak projek punye psl

kena sanggup jadik macai


langit tak slalu nya cerah

khuatir rebah jer nnti gomen sepenggal jer nih
Quote danieladam 24-10-2019 11:49 AM
Sesuai lah org bimbo masuk parti bimbo..lepas tu  m mati sok, parti ni mesti masuk sekali ke liang lahad.
Quote Biabetik 24-10-2019 11:50 AM
X lawo di mata aku, menakutkan ada la. Ada iras2 pompuan saiko dgn muka kejungnya
Quote anilanil 24-10-2019 11:50 AM
Umur baru 25 ? Nampak mcm dah 35..
Quote keknaih 24-10-2019 11:53 AM
made from plastic?
Quote prettyuglybabe 24-10-2019 11:53 AM
dari awal tengok umur laki bini i dah agak mesti bini muda or pencaras..
nyata i tak salah
Quote AppropriateNick 24-10-2019 11:57 AM
krik krik krik
Quote bakingsoda 24-10-2019 11:59 AM
so MO yg sama nak guna kat menteri? nasib baik bujang lagi so lantak kau la. tgk kat ig anak kedua baru je beranak tahun lepas.. nak upgrade punya pasal kah?
Quote Mina2215 24-10-2019 12:01 PM
Kenapa harus pose dgn muka cmtu sekali

Lihat semua komen(178)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.226038s Gzip On
To Top