Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kakak Tikam, Korek Mata, Dan Potong Telinga Adik Sebab Cemburu

23-10-2019 12:40 PM Komen: 61
Wanita Rusia tergamak membunuh adik sendiri kerana cemburu dengan kecantikan mangsa.


Elizaveta (kiri) cemburu dengan Stefania (kanan)
Kredit foto: METRO

Memetik METRO, selain memotong telinga kanan, suspek turut menikam mangsa sekurang-kurangnya 189 kali.

Elizaveta Dubrovina, 19, membunuh Stefania, 17, yang juga seorang model setelah beberapa tahun cuba meniru penampilan mangsa termasuk gaya rambut dan solekan.


Stefania Dubrovina
Kredit foto: METRO

Difahamkan, Stefania dibunuh dengan kejam di rumah teman lelakinya di St Petersberg.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas organ-organnya ditikam dan matanya dicungkil.


Elizaveta Dubrovina
Kredit foto: METRO

Mahkamah mendapati Elizaveta yang kini berusia 22 tahun bersalah atas pembunuhan kejam yang dilakukannya pada 2016 dan memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 13 tahun dan hidup dalam buangan.

Ketika kejadian, Stefania dibunuh di rumah teman lelakinya, Alexey Fateev kini berusia 44 tahun ketika lelaki itu tiada di rumah.


Stefania (kiri) dan Elizaveta (kanan)
Kredit foto: METRO

Dia memberitahu bagaimana dia menemui mayat Stefania yang tidak berpakaian dan berjaya menahan Elizaveta yang cuba melarikan diri.


Stefania (kiri) dan Elizaveta (kanan)
Kredit foto: METRO

Elizaveta yang diserahkan kepada polis kemudian dihantar untuk menerima rawatan psikiatri, namun mahkamah memutuskan wanita itu layak untuk dibicarakan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 61
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote addved 29-10-2019 03:02 PM
Dua dua lawa..

Lain-lain Komen

Quote shernazz 23-10-2019 12:56 PM
Alahai
Kau muka comel
Dia muka cantek
Bercukur lah seadanya
Ramai nak.mata bundar cm ko..
Ko bunuh plak adek ko..
Hidup dlm buangan lagi..adoi
Quote CatMiow 23-10-2019 12:58 PM
Edited by CatMiow at 23-10-2019 12:59 PM

Alahai...  Ni la namanya tak tahu bersyukur...

Cantik je ko dek...  Nape nak di bunuh Adik tu pula...  Ada lagi yg jauh huduh dari ngko... Hidung macung tirus lagi.  Kalau kat melesia,  ramai berebut kat engko.

Nasib la abe gong tak kena gini ye...  Takut betul perangai org rusia kalau marah.
Quote Atata 23-10-2019 12:59 PM
Lahh rasanya masing2 ada kecantikan sendiri. Sanggupnya
Quote allshares 23-10-2019 01:02 PM
Adiknya muka2 model. Kakaknya ok je cantik juga napela dengki amat
Quote sarah82 23-10-2019 01:05 PM
Aku rasa kakak dia lagi cantik.. Adik pulak kening pelik..
Quote Boomibulat 23-10-2019 01:05 PM
Cantik je eliza tu..sikit hr lg ada la kerabat menyedari kewujudan liza..tp dh tlambat
Quote Kurex 23-10-2019 01:12 PM
Saikonya rusia
Quote fushimi 23-10-2019 01:14 PM
mental betul rakyat rusial  


Quote white_musk 23-10-2019 01:15 PM
fushimi replied at 23-10-2019 01:14 PM
mental betul rakyat rusial

Rakyat malaysia apa kurangnya?
Quote thetimes 23-10-2019 01:17 PM
Ingat kakak tu buruk sangat sampai nak bunuh adik. Tengok sama cantik je.
{:cryrun
Sia - sia ja
Quote JohnnySins 23-10-2019 01:20 PM
muka2 etis...wakakakakakaa
Quote supermum 23-10-2019 01:21 PM
Tua betul boifren. Macam paedo bercinta dgn budak bawah umur
Quote skullcandy 23-10-2019 01:22 PM
mental sangat padahal dia pun cantek jugak
Quote any42 23-10-2019 01:23 PM
elok cantik je muka masing2.
Quote Buritan 23-10-2019 01:24 PM
shernazz replied at 23-10-2019 12:56 PM
Alahai
Kau muka comel
Dia muka cantek

Kalo banding dgn acik kepam kat sini.. ko dik cantik sgt sgt dikk.. nak.jd model mai mesia.. org mesia sanjung hormat tunduk kagum bangga pd bgsa kokesen ni dik.. tak.caye cube ko tanye  ateis kat forom.cari ni
Quote orgsepang 23-10-2019 01:30 PM
Cemburu akhirnya dia merana duduk dalam penjara.
Quote shernazz 23-10-2019 01:50 PM
Buritan replied at 23-10-2019 01:24 PM
Kalo banding dgn acik kepam kat sini.. ko dik cantik sgt sgt dikk.. nak.jd model mai mesia.. org m ...

Kan..hahahaha
Sanjungan acik acik porem
Kalau mai sini..masuk ujibakat
Sah boleh berganding dgn zul arifin tajuk cerita ...cinta di ufuk siberia
Quote Buritan 23-10-2019 01:59 PM
shernazz replied at 23-10-2019 01:50 PM
Kan..hahahaha
Sanjungan acik acik porem
Kalau mai sini..masuk ujibakat

Pasti tunang si nurul najwa tak royan royan dlm ig sbb bam jul letak tgn kat peha minah liza ni....
Quote Suchi 23-10-2019 02:00 PM
Rasanya ok jaa muka kakak dia tu kalau tgk muka kakak dia cam gadis2 lemah lembut je sementelah muka adik dia nampak garang dan matang. Tapi tak sangka plak kakak dia yg ganaih rupanya

Lihat semua komen(61)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.354919s Gzip On
To Top