Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Anak-anak Ketagih Telefon Pintar? Datuk Bandar Bandung Suruh Mereka Bela Anak Ayam

Tukang Tulis|4-11-2019 09:43 AM Komen: 20
Ibu bapa semakin bimbang dengan gejala ketagihan telefon pintar dan gajet dalam kalangan anak-anak meeka (gambar hiasan). Kredit foto: CPYU
Masalah ketagihan telefon pintar atau gajet dalam kalangan kanak-kanak sering menimbulkan kebimbangan terhadap ibu bapa kerana ia mengalihkan tumpuan anak-anak daripada pelajaran.

Datuk Bandar Bandung, Oded M. Danial mempunyai jalan penyelesaian tersendiri iaitu dengan memberi seekor anak ayam kepada setiap pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Memetik laporan Kumparan, setiap pelajar sekolah di sekitar Bandung akan diminta memelihara anak ayam kampung dan sebelum itu, mereka diberi latihan terlebih dahulu.

Oded M. Danial. Kredit foto: Kumparan

Oded percaya aktiviti itu mampu mengurangkan masa anak-anak bermain gajet dan pada masa sama memupuk semangat keusahawanan serta sifat menyayangi haiwan.

Lebih menarik lagi, beliau berjanji akan memberi hadiah basikal kepada pelajar yang berjaya memelihara ayamnya dengan baik.

"Nanti kita timbang ayam itu dan yang paling besar akan saya hadiahkan basikal," jelasnya.

Mampukah anak ayam mengubati masalah ketagihan telefon pintar? Kredit foto: Carian Google
Buat permulaan, Oded merancang untuk melaksanakan program itu dengan 20 hingga 30 pelajar di 30 daerah dahulu sebelum diperluaskan ke seluruh Bandung.

Menarik juga cadangan ini dan mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia bagi menangani masalah ketagihan telefon pintar bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah orang dewasa. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote anastasia7 6-11-2019 01:49 AM
Kat sini nk bela anak ayam payah skit la. Bela anak pokok dlm pasu ke mungkin boleh

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 4-11-2019 09:48 AM
Bagus jugak. Mungkin selain ayam boleh bg benih pokok juga. Apa2 yng ada hasil boleh makan atau tuai. Boleh gak mcam iols dedulu satu kelas dpat satu plot tanah tanam sayur dn bela arnab.
Quote Kurex 4-11-2019 09:48 AM
atau bagi bebudak ni jaga pokok... pun ok jugak...
Quote salmon-suki 4-11-2019 09:53 AM
Sama mcm kt japan tu ler..bela mcm2,pstu jaga pokok mcm2..at least latih dorg jd resourceful dan penyabar..

Tingat plak anak ayam aiolzs nama kitty..mati lemas banjir sbb reban dia dinaiki air..smpai nangis2 nak kebumi kitty tuh..{:cryrun
Quote rospinki 4-11-2019 10:00 AM
anak aku mujur fon dh rosak
terpaksa la belikan mainan
lama2 dia lupa pasal fon
skli skla je bgi my fon utk layan game bola dia.

Quote Ina8895 4-11-2019 10:07 AM
Berhantu main telefon ni. Yang tua2 pun melekap je tak ingat keliling dah
Quote menjad 4-11-2019 10:12 AM
Nak diamkan anak bagi telefon... Sbb mak bapak xnak diganggu nak ngadap tepon jugak...
Quote EmaAsmadi 4-11-2019 10:42 AM
Idea yang rare tapi bijak jugak
Quote batmana 4-11-2019 10:54 AM
sebenarnya klu tknk anak main tepon,
mak pak jgn main /gune tepon dpn anak, guna sembunyi2 dri anak
cm sorg ustzh tu buat, smpai anak sek. men. pn xde mnta nk tgk tepon.
Quote manjalara_01 4-11-2019 11:14 AM
Ina8895 replied at 4-11-2019 10:07 AM
Berhantu main telefon ni. Yang tua2 pun melekap je tak ingat keliling dah

Btul tu, tp yg slalu kena tuding jari budak2 & remajaYg dewasa relax & enjoy je..
Quote videcloset 4-11-2019 12:03 PM
ingatkan Ibrahim Ali tadi. hehehe
Quote zorrro_03 4-11-2019 12:43 PM
salmon-suki replied at 4-11-2019 09:53 AM
Sama mcm kt japan tu ler..bela mcm2,pstu jaga pokok mcm2..at least latih dorg jd resourceful dan pen ...

drama sgt kau mon.  
Quote Artemesiaa 4-11-2019 12:49 PM
Idea yang baik setuju kalau ianya dilaksanakan disini juga
Quote palmolive 4-11-2019 12:52 PM
yg budak2 bagi la bela ayam..
yg tua2 bangka tu, bagi bela ayam pun dah tak jadi apa
Quote salmon-suki 4-11-2019 12:59 PM
zorrro_03 replied at 4-11-2019 12:43 PM
drama sgt kau mon.

Bhahahaha..zmn kecik2 dlu mmg ler..diajar utk syg binatang..zorro mungkin xkot..wekwek~
Quote Ina8895 4-11-2019 01:44 PM
videcloset: ingatkan Ibrahim Ali tadi. hehehe


Si katak tu auta bole la
Quote Ina8895 4-11-2019 01:46 PM
batmana replied at 4-11-2019 10:54 AM
sebenarnya klu tknk anak main tepon,
mak pak jgn main /gune tepon dpn anak, guna sembunyi2 dri anak ...

Susah jugak kalau selalu guna hp utk bisnes atau keja
Quote zorrro_03 4-11-2019 03:34 PM
salmon-suki replied at 4-11-2019 12:59 PM
Bhahahaha..zmn kecik2 dlu mmg ler..diajar utk syg binatang..zorro mungkin xkot..wekwek~

hahaha.  sentimental sgt kot dah besar2 ni?  
Quote salmon-suki 4-11-2019 03:59 PM
zorrro_03 replied at 4-11-2019 03:34 PM
hahaha.  sentimental sgt kot dah besar2 ni?

Hahaahha..nasib dah besar xde nak emosi lebih..except ada ketidakadilan,baru kita sembur habis2an..kekeke~
Quote tupaiterbang 5-11-2019 12:21 PM
Yg tua2 tu kita kasi bela anak ikan pulak

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.570846s Gzip On
To Top