Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Kes Mati Tu Kerana Guna Produk Pasaran Gelap' - Portal Pro Vape Tetap Berdegil Pertahan Ia Selamat

25-10-2019 11:09 AM Komen: 12
Berita Harian baru-baru ini telah melaporkan lima kematian melibatkan perokok vape di Amerika Syarikat (AS). 


Kredit foto: Carian Google


Menurut laporan itu, ribuan lagi pengguna kini menghidap pelbagai penyakit pulmonary, malahan ada remaja yang kini sedang koma berdepan maut.


Kredit foto: BH
                                                                                                     
Kredit foto: FB

Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, kesan negatif ini cuba dibangkang oleh pengguna-pengguna tegar dan pengusaha produk vape tempatan yang tertekan dengan  kisah negatif itu.

Di sebuah portal Facebook Smokers Confession MY, sebuah kenyataan mempertahankan penggunaan vape dengan mendakwa semua mangsa kes kematian menggunakan produk dari pasaran gelap iaitu e-kanabis, berbeza dengan produk yang dipasarkan di pasaran tempatan.

Admin portal itu mendakwa produk yang membawa maut itu dicampur dengan bahan-bahan yang merbahaya seperti ganja sedangkan produk yang ada di pasaran tempatan tidak mempunyai sebarang campuran.


Kredit foto: FB

Kredit foto: FB


Kenyataan admin portal itu sebenarnya bertentangan dengan laporan susulan yang mengatakan tidak ada campuran larangan dalam kes kematian tersebut, dan kematian yang sama juga boleh berlaku sama seperti produk yang sama di pasaran.

Satu lagi hujah penyokong vape ini mengatakan buat masa ini belum ada kematian di Malaysia, jadi bolehlah merokok sesuka hati tunggu ada kematian dulu baru berhenti, dan kononnya berita kematian itu hanyalah digembar-gemburkan untuk menakutkan perokok vape.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pro-vape yang berkata vape walaupun tidak 100% selamat tetapi sekurang-kurangnya ianya selamat sedikit daripada merokok . 

Kredit foto: LObak Merah


Kenyataan ini telah dinafikan oleh beberapa pakar kesihatan tempatan yang menyatakan impak vape sama bahayanya seperti merokok kerana kandungan kimia yang digunakan tidak dikawal.

Mereka tidak menyedari bahawa option yang jauh lebih baik ialah berhenti merokok dan berhenti vape.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ally9970 6-11-2019 05:57 PM
Berhentilah hisap vape... hisaplah balik rokok, takde org kacau rokok skang ni

Lain-lain Komen

Quote adelea 25-10-2019 11:40 AM
ckp je la , dah ajal dia gitu ... sampai dah ajal dia pada masa yg di tetapkan

semua spesies baling batu sembunyi tgn
Quote Gingerly 25-10-2019 11:56 AM
Memang tidak bahaya pun vape ini bila setakat sukatan solution yang memadai. Yang rip kat us nun sebab sudah dicampurkan weed extract dan kadar nikotin yang overdose. Ambik coww rebah teruss rip tak silap i dah masuk malaysia dah flavor weed tew haihh
Quote umbut 25-10-2019 12:41 PM
Yg byk mati kat us tu diorang letak dadah bagai.. biasalah perangai kokesen..
Quote Eric.n9 25-10-2019 02:30 PM
Gingerly replied at 25-10-2019 11:56 AM
Memang tidak bahaya pun vape ini bila setakat sukatan solution yang memadai. Yang rip kat us nun seb ...

Dah memang ada utk local market, tp cuma utk small circulation je.Yang kaki beli weed oil, biasanya yg beli.


Quote Supersirap 25-10-2019 05:54 PM
Amalkan gaya hidup yang sihat, itu sahaja
Quote LadyCarefree 25-10-2019 06:43 PM
Lantak pi la biaq cepat mampos. Natural selection gitu. Ramai kot retis mengevape hehehehe
Quote Perawankota 25-10-2019 07:24 PM
Jgn isap rokok, jgn isap vape
Quote gideoncross 27-10-2019 04:27 PM
Mls nak bca sbb mmg dh thu vapers tegar xkan mngalah dlm issue ni. Lantak lh korg.
Quote Sang_Pencinta 28-10-2019 06:04 PM
gideoncross replied at 27-10-2019 04:27 PM
Mls nak bca sbb mmg dh thu vapers tegar xkan mngalah dlm issue ni. Lantak lh korg.

Kalau baca puak tu punya defence di Lobak Merah lagilah sakit hati
Quote hyie 28-10-2019 09:14 PM
napela nak susah2 hembus itu ini tak faham iols...
Quote gideoncross 6-11-2019 05:16 PM
Sang_Pencinta replied at 28-10-2019 06:04 PM
Kalau baca puak tu punya defence di Lobak Merah lagilah sakit hati

Smpai hri kiamat xnak kalah dorg ni, btw Lobak Merah ni apa lak?

Quote ally9970 6-11-2019 05:57 PM
Berhentilah hisap vape... hisaplah balik rokok, takde org kacau rokok skang ni

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.205239s Gzip On
To Top