Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kak Ogy Marah Syafiq Kyle Tak Serius Berlakon!

22-10-2019 05:24 PM|Oleh: ameenarara| Komen: 20

Mana-mana artis baru yang berlakon dengan artis senior pasti berdebar-debar dan berharap dapat memberikan hasil yang baik dalam lakonan ketika bekerjasama.

Tidak ketinggalan Syafiq Kyle ketika mula-mula mahu mencipta nama dalam industri seni, dia juga mempunyai pengalaman pahit apabila dimarahi oleh Kak Ogy atau lebih dikenali sebagai Fauziah Ahmad Daud.


Foto: Instagram Syafiq Kyle

Dia masih teringat detik tersebut ketika menjalani penggambaran drama raya dan secara tiba-tiba dia menguap dalam satu babak tersebut.

Kak Ogy begitu marah dan meminta Syafiq untuk serius bekerja. Teguran Kak Ogy itu telah membuatkan dirinya benar-benar berubah.



Dia memandang teguran itu sebagai satu yang positif untuk dirinya. Pengalaman lalu telah memberikan Syafiq kesedaran untuk membuat persediaan terlebih dahulu apabila bergandingan dengan Kak Ogy. Ini termasuklah dalam lakonan filem Pusaka.

Dia sudah 'masak' dengan cara Kak Ogy bekerja dan meninggalkan pesan supaya mereka yang berlakon dengan Kak Ogy tidak mudah terkejut dengan teguran pelakon yang sudah lama menapak dalam industri.




Menurutnya lagi ketika ditemu bual Harian Metro, Kak Ogy juga ada memberikan teguran kepada mereka yang tidak memberikan hasil yang baik dalam lakonan kerana cara mereka berlakon tidak sesuai dengan watak yang dibawa.

Sebelum masuk ke set penggambaran, setiap pelakon seharusnya membuat kajian dulu tentang watak yang akan dibawa ditambah pula apabila digandingkan dengan orang lama. Persediaan yang rapi perlu dititikberatkan.



Kalau artis baru yang jenis tidak boleh ditegur, pasti melenting kemudian buat muka sakit hati. Ada baiknya juga ditegur, barulah boleh beri hasil yang mantap dalam lakonan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 20
Komen

Previous : Seringkali Bawa Watak Datuk Dan Orang Kaya Sehingga Tercetusnya #Mustaphakamalquotes

Next       : One II Anggota 4U2C Meninggal Dunia

Komen Terbaru

Quote samshik 24-10-2019 05:36 AM
dino replied at 22-10-2019 05:31 PM
burung2 berterbangan... mengiringi penerbangan...

Haha.. Smpai skrg scene mira capik tu i is kenot brain...

Lain-lain Komen

Quote fushimi 22-10-2019 05:26 PM
ala blakon besungguh pun kalau poduct tak laku wat apa

kalau muka buleh jual belakon cam kayu pun orang tengok

Quote cicicumel 22-10-2019 05:29 PM
SK ni buat rawatan muka kt mana yr.. elok je nampak.
Quote dino 22-10-2019 05:31 PM
burung2 berterbangan... mengiringi penerbangan...
Quote HannahMontana 22-10-2019 05:39 PM
Cara Ogy tu lebih kepada dia kecewa kena reject dengan Syafiq Klyle.
Quote TabletSusu 22-10-2019 05:40 PM
ooo citer lama.. aku igtkan citer skrg
Quote MimiLalat 22-10-2019 05:47 PM
Belakang sikit.
Quote Kurex 22-10-2019 05:54 PM
Sian awak capik, kurex ada.. Nanti boleh bersandar dada capik sambil capik luahkan rasa sedih tu dekat kurex..
Quote prettyuglybabe 22-10-2019 05:59 PM
dino replied at 22-10-2019 05:31 PM
burung2 berterbangan... mengiringi penerbangan...

bengong dino
Quote biozipstar 22-10-2019 06:18 PM
ingatkan baru kena marah. terkenang upanya. capik capik
Quote Perawankota 22-10-2019 06:22 PM
OK kak ogy noted
Quote Acikgomen 22-10-2019 06:22 PM
Kurex replied at 22-10-2019 05:54 PM
Sian awak capik, kurex ada.. Nanti boleh bersandar dada capik sambil capik luahkan rasa sedih tu dek ...

Baik dia sandaq kat dada mimi lana je kurex
Ada jugak buah2an nak petik
Quote Pamelaloba 22-10-2019 06:42 PM
Hahahaha itu je yang ko ingat kan {:laugh
Quote mata.kail 22-10-2019 06:52 PM
rupa2nya  kenangan lalu...pengalaman telah mendewasakan~ mematangkan fikiran~pahit getir yang pernah dilalui~guruku sejati~
Quote imransulaiman 22-10-2019 07:19 PM
cicicumel: SK ni buat rawatan muka kt mana yr.. elok je nampak.


Macam Hael juga kan? Tiba-tiba rupa makin elok.. Ben Amir pun..

Quote giyomi 22-10-2019 07:28 PM
apakah  akan ada twitter kedua bersama @kurex...belakang sikit kurex
Quote dino 22-10-2019 08:10 PM
prettyuglybabe replied at 22-10-2019 05:59 PM
bengong dino

nak buat mcm mana.. dah teringat haha
Quote fliphair8 22-10-2019 08:11 PM
Hakak dah agak komen pasti menghiburkan....belakang skit
Quote Xim 22-10-2019 08:13 PM
Acikgomen replied at 22-10-2019 06:22 PM
Baik dia sandaq kat dada mimi lana je kurex
Ada jugak buah2an nak petik

Bkn flat ke ? Ehh habis depresi plak c mimi lana kang bile bace
Quote chicozinn 23-10-2019 11:05 AM
dia ni aku still xboleh move on dari citer tanah kubur la wlaupun dia start ngetop tme citer nur

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.124546s Gzip On
To Top