Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tikam Teman Lelaki Sampai Mati Untuk Jalin Hubungan Serius Dengan 'Teman Seks'

22-10-2019 02:54 PM Komen: 16
Seorang wanita bertindak kejam apabila menikam teman lelakinya hingga maut hanya kerana ingin menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Memetik METRO, Ezra McCandless, 22, yang didakwa membunuh Alex Woodworth, 24, di Menomonie, Wisconsin pada Mac 2018 berkeras mengatakan perbuatannya itu adalah tindakan mempertahankan diri.


Kredit foto: METRO

Bagaimanapun, ketika perbicaraan pembunuhannya minggu lalu, pihak pendakwa diberitahu Ezra membunuh Woodworth dalam keadaan marah.

Ketika perbicaraan, hakim diberitahu bagaimana tertuduh membunuh mangsa di sebuah jalan sepi, tempat di mana pasangan itu berjanji untuk bertemu bagi menamatkan perhubungan mereka.

Peguam Aaron Nelson yang mewakili Ezra menegaskan bahawa tertuduh berbuat demikian untuk melindungi dirinya kerana dicekik Woodworth.

Katanya, Ezra yang ketakutan bertindak menikam mangsa beberapa kali.


Kredit foto:METRO

Selepas membunuh mangsa, tertuduh melarikan diri ke sebuah rumah ladang untuk meminta bantuan dengan kesan torehan membentuk perkataan 'BOY' di tangannya.

Menurut laporan, Ezra pada mulanya mendakwa Woodworth yang melakukannya, namun wanita itu kemudian mengaku kepada polis bahawa dia menoreh sendiri tangannya itu, lapor CourtTv.

Tertuduh dikatakan mempunyai hubungan intim dengan dua lelaki lain, John Hansen dan Jason Mengel, malah dia didakwa terdesak untuk menjalin hubungan lebih serius dengan Mengel.


Kredit foto: METRO

Hakim bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada Ezra benar-benar bertindak untuk mempertahankan diri atau melakukan pembunuhan darjah pertama.

Perbicaraan kes diteruskan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hiswife 23-10-2019 06:57 PM
Tamak betul sampai pasang tiga walaupun muka biasa2 je

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 22-10-2019 02:57 PM
Kurex kan ada dia sixpack, muka handsome, biceps besar pokok bawang
Quote buapakperut 22-10-2019 02:59 PM
muka mcm betty la fea tapi kus semamgat brutal dan kasanova
Quote Kurex 22-10-2019 03:11 PM
Gaya rambut tu...........
Quote awanysss 22-10-2019 03:36 PM
rupa begitu pun hot bebenor ye..
Quote prettyuglybabe 22-10-2019 03:57 PM
ini jarum-jarum halus...
Quote delsmomm 22-10-2019 04:23 PM
alex pensil 2b kah sehingga betty begitu terdesak mau menjalin hubungan dgn Mengel..

iols speku mengel punya aset lebih mungil..
Quote RatuDunia94 22-10-2019 04:37 PM
Apesal muka pompuan tu mcm muka Kak Mitch?
Quote cikja 22-10-2019 04:57 PM
buapakperut replied at 22-10-2019 02:59 PM
muka mcm betty la fea tapi kus semamgat brutal dan kasanova

Ni betty yg laku sikit... gang bang trs..
Quote Bedah.Cun 22-10-2019 05:17 PM
Wenaveroverovarevarooo, Yo soy Betty!!!
Quote AnaisAnais 22-10-2019 05:26 PM
muda2 dah msuk jel. apa la bingai
Quote Perawankota 22-10-2019 06:27 PM
Skng ni bunuh3 mcm main2
Quote batmana 22-10-2019 06:34 PM
mcm org zmn 60an aja
Quote fliphair8 22-10-2019 08:14 PM
Kokosen kepam lebam tapi sangap batang...
Quote mata.kail 22-10-2019 09:18 PM
ini baru la...
Quote skullcandy 23-10-2019 05:14 PM
love triangle ke
Quote hiswife 23-10-2019 06:57 PM
Tamak betul sampai pasang tiga walaupun muka biasa2 je

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.319728s Gzip On
To Top