Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Apa Motif Bekas Penyewa Dakwa Rumah Dijual Murah Berhantu?

22-10-2019 12:24 PM Komen: 89
Seorang lelaki tampil menepis dakwaan bekas penyewa rumahnya yang membuat pendedahan di Twitter kononnya rumah di Shah Alam itu berhantu.


Foto: mStar

Memetik mStar Online, wanita terbabit dan suaminya mendedahkan mereka berasa pelik rumah dua tingkat yang sudah diubah suai itu tiada pembeli walaupun dijual bawah RM500,000.

Dalam perkongsian mereka di media sosial, pasangan itu mendakwa mereka berdepan gangguan pelik termasuk bau setanggi di satu sudut tempat meletak berhala oleh tuan rumah.


Proses pengubahsuaian kediaman dua tingkat yang menelan belanja RM150,000
Foto: mStar

Katanya, mereka tidak tahan diganggu setiap hari selama beberapa bulan mereka menyewa di situ.

Pemilik rumah itu, Tamil Selvam Sinnaiah, 44, tampil menepis dakwaan itu, sebaliknya mendedahkan dia meminta pasangan suami isteri terbabit berpindah secara baik selepas beberapa bulan mereka menyewa di kediamannya.

Jelasnya, dia tidak tahu motif sebenar wanita terbabit membuat dakwaan sedemikian.


Bilik utama yang diubahsuai
Foto: mStar

Ketika membuat pemeriksaan, Tamil Selvam dapati ada 10 sangkar kucing yang diletakkan di luar rumah selain bau busuk najis kucing yang tidak dibersihkan.

"Bukan sekali dua saya dapat aduan daripada jiran tetangga mengenai sikap lepas tangan pasangan berkenaan terhadap kucing-kucing yang mereka bela sehingga membuatkan saya meminta mereka segera berpindah," ujarnya.

Katanya, wang deposit RM1,000 dipulangkan dan pasangan itu keluar dengan cara baik, malah tiada sebarang pergaduhan berlaku.

Selvam bagaimanapun mempersoalkan motif wanita itu menularkan mengenai rumahnya yang kononnya berhantu ketika dia dalam proses menjual kediamannya dan bukannya selepas dia berpindah dahulu.

Jelasnya, penyewa baru selepas pasangan suami isteri terbabit tidak pernah mengadu mengalami sebarang gangguan atau kejadian pelik sepanjang dua tahun menyewa di situ.


Foto: mStar

Difahamkan, Selvam membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda Shah Alam pada Isnin terhadap fitnah yang dilemparkan wanita berkenaan sebagai perlindungan.

Katanya, kediamannya itu berjaya dijual minggu lalu pada harga RM470,000 dan sedang menunggu kelulusan pinjaman bank. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 89
Komen

Anda Mungkin Meminati

Jururawat Kembar Seiras Bantu Kelahiran Bayi Kembar Seiras
Wanita Dicerai Melalui WhatsApp Selepas Viralkan Kecurangan Suami
Gigih Bikin Video, Rihana Petra Sahkan Bakal Buka Saluran YouTube Untuk Leon
Revalina S. Temat, Nia Ramadhani Buat Reunion Imbau Kenangan Bawang Merah Bawang Putih
Baru 12 Tahun Dah Kaya, Netizen Mengeluh Bila Kecantikan Jadi Ukuran Kejayaan
'Typical Loser!' - Geram Direjek Gadis Malaysia, Lelaki Singapura Tayang Akaun Bank Berjuta
Ikut Jejak Langkah Jasmin Hamid, Rita Rudaini Bakal Saman Netizen Melampau
Kak Lina Pom Pom Selamat Dirisik, Cantik Berseri Bakal Pengantin
Gara-gara Mengamuk Maki Hamun Polis, Pembantu Taska Ditahan
Hafizh Kalah MotoGP, Tapi Menang di Hati Rakyat Malaysia
Dilempar Kata Kesat, Sufi Rashid Buat Laporan Polis
Kenapa Netizen 'Cair' Dengan Aksi Murid Bekeperluan Khas Langkah Longkang Ini?
Nak Bolos Tak Dapat, Kaki Pula Patah Lepas Terjun Bangunan Mahkamah
"Awak Tolak Saya Sana Sini Macam Bola" - Alyah Kecil Hati Dengan Siapa?
Buka Kafe Pencuci Mulut, Ruhainies Nak Berehat Dari Berlakon?
Tikam Teman Lelaki Sampai Mati Untuk Jalin Hubungan Serius Dengan 'Teman Seks'
Tak Nak Kongsi Hal Peribadi, Mimi Lana Takut Depresi
Kak Ogy Marah Syafiq Kyle Tak Serius Berlakon!
One II Anggota 4U2C Meninggal Dunia
Persenda Minat Putera George Menari Balet, Hos TV Dikecam 'Tidak Sensitif'
Dah Kenapa Bang, Pasang Pelekat Laman Porno Dekat Teksi?
Kantoi Pasang Kamera Kecil Dalam Tandas Pesawat
Cuai Punca Kematian Mejar Mohd Zahir?
Luar Biasa! Anwar Ibrahim Cadang Perluas Bantuan Zakat Kepada Bukan Islam
Tinggalkan Isteri Lepas Menang Loteri

Komen Terbaru

Quote videcloset 11-11-2019 11:51 AM
so siapa yg betul ni?

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 22-10-2019 11:54 AM
so, whose right?
Quote kucingitam 22-10-2019 12:06 PM
dah agak dah..pompuan tu kata tuan rumah suruh pindah pun dah tau something wrong..

kalau rumah berhantu, ko sendiri yang pindah, takyah tunggu tuan rumah suruh
Quote cikja 22-10-2019 12:37 PM
X puas hati sbb kena pindah...tu yg bt crite rmh berhantu... tp sbnarnya mmg haukkk klu dpt jiran yg bela kucing tp x suka kemas taik2 kucing tu... kucing pun x selesa..jiran pun perit tahan nafas... last skali masam2 muka.. hummmm ntah la kan.. nsb baik rumah tu dh terjual...
Quote HujanBatuTiga 22-10-2019 12:50 PM
Murah tu rumah 2 tingkat RM470k. Napela lambat tau pasal ni...
Quote tripleid 22-10-2019 12:54 PM
yg plg bangang ckp rumah tu bnyak patung yg jd punca hantu melepak..bistu rumah2 melayu yg kalimah allah muhammad ayat quran penuh kat dinding tp berhantu jugak tu ape cite
Quote matchstick 22-10-2019 01:14 PM
aku x pecaya citer pompuan tu..

tapi murah lah rega rumah tu rm470k siap dh renovate rm150k.
Quote jazaa100 22-10-2019 01:18 PM
Padan muka....nak buat naya kat org, sendiri yg malu.....
Quote fushimi 22-10-2019 01:19 PM
kawan aku pernah cite abang dia duduk umah teres KAT shah alam siap benda tu munchol kan diri  lagi.Tapi sebab semua jantan dorang buat bodoh je
Quote buapakperut 22-10-2019 01:19 PM
sape la yang percaya tu rugi..
Quote R2D2 22-10-2019 01:20 PM
Kebanyakan rumah sekarang starting pun RM900K
Quote zacEfron 22-10-2019 01:28 PM
iols lebih percaya ular   
Quote misuke 22-10-2019 01:34 PM
lawanya... master bedroom saja dh separuh luas rumah aku.....
Quote rosevelvet 22-10-2019 01:39 PM
cikja replied at 22-10-2019 12:37 PM
X puas hati sbb kena pindah...tu yg bt crite rmh berhantu... tp sbnarnya mmg haukkk klu dpt jiran yg ...

Fuh aku dulu rs nk nangis. Tgh2  bulan posa. Nak balik.masak lg. tiap ptg sblum masuk dapur, basuh taik kucing kt porch
Quote Mfzg89 22-10-2019 01:41 PM
mmg x caya.  tapi musykil gak knp jual murah gile... harga x lojik ni.. rumah cenggini 1jt pn leh jalan ni..
Quote prettyuglybabe 22-10-2019 01:45 PM
cina india kalau rumah tu suwei, dorang jual je tak kira harga..
tapi rumah india memang i elak la..
bau colok semayang dorang tu memang melekat..
Quote hatikudus 22-10-2019 02:10 PM
Untunglah siapa yg beli tu, murah sgt dr harga pasaran
Quote karlmax8 22-10-2019 02:25 PM
hatikudus replied at 22-10-2019 02:10 PM
Untunglah siapa yg beli tu, murah sgt dr harga pasaran

Kalau tengok dari kelebaran rumah tu, dalam 16 kaki je, so ni adalah rumah kos rendah, maybe kat seksyen 25 Shah Alam, Taman Sri Muda. Kalau rajin google, taulah kenapa rumah tu murah lagi.
Quote hatikudus 22-10-2019 02:29 PM
karlmax8 replied at 22-10-2019 02:25 PM
Kalau tengok dari kelebaran rumah tu, dalam 16 kaki je, so ni adalah rumah kos rendah, maybe kat s ...

Ohh ye ke...cuma mgkin corner lot, so boleh renovate besarkan rumah kat tanah extra tu kan sebab tu nampak luas.
Quote Pamelaloba 22-10-2019 02:31 PM
Murahnya dia jual

Lihat semua komen(89)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.250835s Gzip On
To Top