Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Ia Menyakitkan!" - Bekas Isteri Dapat Tahu Hubungan Baru Channing Tatum Melalui Internet

21-10-2019 02:48 PM|Pink Lily| Komen: 26

Aktres Jenna Dewan mendedahkan kepedihannya sewaktu berpisah dengan bekas suami, Channing Tatum, pada tahun lepas selepas berkahwin selama 9 tahun. Beliau juga meluahkan rasa duka apabila mendapat tahu tentang hubungan baru suaminya ketika itu melalui internet, di dalam buku autobiografinya; 'Gracefully You: Finding Beauty And Balance In The Everyday'. 

Saat-saat bahagia Tatum dan Dewan. Kredit foto: US Magazine
Pelakon 'Step Up' itu menulis yang beliau langsung tak terfikir untuk bercerai dan perasaan sedih sewaktu menjawab soalan-soalan wartawan tentang Tatum selepas perpisahan mereka. 

"Di awal perpisahan kami, saya merasakan seperti berada di dalam sebuah almari gelap, berusaha sedaya-upaya untuk mencari cahaya atau jalan keluar," katanya. "Saya berada dalam keadaan terkejut. Seminggu saya berkeadaan sangat bagus dan tiba-tiba diselubungi dengan emosi lain yang membunuh."

Sementara media berusaha untuk mendapatkan kisah demi kisah mereka, Dewan mendedahkan yang beliau akan menyorok di dalam selimut di katilnya. 

"Keperitan itu menyakitkan saya seperti satu runtuhan. Saya diselubungi ketakutan dan kesedihan," tulisnya. "Saya mengambil masa yang lama untuk duduk berseorangan dalam kesedihan, untuk memaksa diri ini menyerah kepada situasi yang seperti roller coaster ini."

Mengetahui kecurangan pasangan melalui internet adakalanya menguji rasa percaya Dewan terhadap orang lain. Apatah lagi apabila mengetahui pasangannya itu kini mampu meneruskan kehidupan bersama orang lain.

"Saya dapat tahu tentang suami saya melalui cara yang orang lain tak lalui ― melalui internet, sepanjang ia berlaku," tulis Dewan, merujuk tentang khabar angin yang Tatum ketika itu sedang bercinta dengan penyanyi, Jessie J. "Saya pada masa itu berada di atas kapal terbang, berseorangan, dapat tahu tentang hubungan barunya. Saya berasa terkejut. Memilih untuk mengekalkan kesopanan setelah mengetahui perkara ini bersama-sama orang ramai sememangnya sesuatu yang sangat sukar."

Channing Tatum kini bahagia bersama Jessie J. Kredit foto: People.com
Dalam pada mereka menuju ke arah perceraian, Dewan kini melangkah ke fasa kehidupan yang lebih bahagia apabila bakal menimang cahaya mata dengan teman lelaki barunya, Steve Kazee.


View this post on Instagram

Speaking of peace....❤️

A post shared by Jenna Dewan (@jennadewan) on


Bersama Tatum, Dewan mempunyai seorang anak berusia 6 tahun, Everly. Bayi baru yang bakal ditimang merupakan anak pertama bagi Kazee. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 26
Komen

Previous : Ibu Jual Demi Moore Pada Harga RM2,000, Dirogol Jadi Hamba Seks

Next       : Revalina S. Temat, Nia Ramadhani Buat Reunion Imbau Kenangan Bawang Merah Bawang Putih

Komen Terbaru

Quote chikumanis 12-11-2019 01:47 PM
sehirkedi replied at 21-10-2019 08:47 PM
Handsome lagi Steve Kazee dari Channing Tatum.

steve tu muka dia jenis lembut...sejenis muka yang pandai memujuk

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 21-10-2019 04:12 PM
Bukan curang pun
Hubungan tu selepas bercerai
Cuma dia terasa sedih sebab masa tu dia masih single channing dah ada gf baru
Quote aloyah89 21-10-2019 05:15 PM
senang nya bertukar ganti. haha
Quote addved 21-10-2019 05:43 PM
La bukan curang ke, tajuk tu nak kontroversi je
Quote mata.kail 21-10-2019 07:14 PM
ehm...memasing da pasangan baru...lepas channing da bcinta ngan  jessie akhirnya dewan pun move on cari pasangan baru juga..tahniah da nak ada baby dewan n boyfriend steve..
Quote sarah82 21-10-2019 08:01 PM
Tu aku pelik.. Bukan dah bercerai baru si Tatum couple dgn Jessie J.. Tapi aku suka tgk Tatum dlm ckip Beautiful Trauma.. {:give
Quote sehirkedi 21-10-2019 08:47 PM
Handsome lagi Steve Kazee dari Channing Tatum.
Quote Psfzi 21-10-2019 09:00 PM
Lawa dan hensem tp tetap x tahan marriage depa
Quote Perawankota 21-10-2019 11:11 PM
Suka tgk tatum dlm white House down
Quote rosewhite 22-10-2019 05:18 AM
suka tengok tatum dlm G.I JOE
Quote fliphair8 22-10-2019 07:15 AM
Taste si channing mmg muka keras, dark hair gituh....tapi hakak suka movie dia ngan amanda seyfried tu....
Quote luluaurora 22-10-2019 09:23 AM
Teringat channing dlm magic mike.. Dear john.. {:love
Quote seramado 22-10-2019 09:38 AM
Laa napa cerai
Quote che_yatt 23-10-2019 07:30 PM
Sang_Pencinta replied at 21-10-2019 04:12 PM
Bukan curang pun
Hubungan tu selepas bercerai
Cuma dia terasa sedih sebab masa tu dia masih single ...

oooo.....propa ja acik dewan ni
Quote aammyy 24-10-2019 02:43 PM
AKU BARU NAK MELAHAR JESSIE J SEBAB JOIN CLUB MENCARAS!!!!
Quote royaldanish 28-10-2019 07:10 PM
aammyy replied at 24-10-2019 06:43 AM
AKU BARU NAK MELAHAR JESSIE J SEBAB JOIN CLUB MENCARAS!!!!

Lepas cerai kan deyols couple
Quote mieymiey 29-10-2019 02:54 PM
Sakit sebab ex laki dah ada gf baru sedangkan sheols masa tu masih belum move on.
Quote nadie90 30-10-2019 12:54 PM
Syg xbrthn lama marriage dia dgn CT sbb tgk dua2 xnmpk ad mslh...tp jodoh depa takat tu ja...marriage couple2 kt Hollywood ni brp krat ja yg brthn smpai skg
Quote aammyy 30-10-2019 08:42 PM
nadie90 replied at 30-10-2019 12:54 PM
Syg xbrthn lama marriage dia dgn CT sbb tgk dua2 xnmpk ad mslh...tp jodoh depa takat tu ja...marriag ...

Iolls suka ryan Reynolds & blake lively... Justin Timberlake & wife... Siapa lagi??

Sorry ter OT
Quote beatgirlX 2-11-2019 10:39 PM
Yg baru lg tasteeee

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089292s Gzip On
To Top