Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Menginap Di Rumah Barbie Dengan Hanya RM251 Semalam!

24-10-2019 12:35 PM|Pink Lily| Komen: 19

Kepada wanita-wanita yang pernah berangan untuk tinggal di rumah Barbie, kini impian anda bakal menjadi kenyataan!


Dikhabarkan Barbie Malibu Dreamhouse bakal dibuka untuk disewa melalui Airbnb, dengan harga USD$60 (RM251) sahaja sempena ulang tahunnya yang ke-60. 

Rumah yang terletak di California dengan perincian glamor dan pemandangan laut indah ini pastinya diwarnai dengan warna merah jambu. Penyewa juga akan dapat melihat semua set mainan plastik Barbie dihidupkan menjadi realiti. Wow, menarik kan! 

Kredit foto: NBC News
Rumah ini juga akan dilengkapi dengan gelongsor ikonik berwarna merah jambu yang akan dihubungkan dari balkoni ke kolam renang infiniti. 

Kredit foto: NBC News
Ia akan menjadi penginapan pertama seumpamanya untuk seorang peminat Barbie yang bertuah beserta 3 orang rakan. Penginapan 2 malam ini akan dibuka untuk tempahan bermula pada 23 Oktober jam 11 pagi, dan penginapan haruslah bermula pada hari Ahad, 27 Oktober hingga Selasa, 29 Oktober 2019.

Selain itu, rumah mewah ini turut mempunyai almari yang dipenuhi dengan pakaian Barbie, bilik wayang persendirian dan ruang meditasi yang tenang.

Penginap akan dapat melihat pakaian Barbie dalam saiz manusia. Kredit foto: NBC News
Di samping mendapat peluang sekali seumur hidup untuk tinggal di Dreamhouse Barbie, terdapat juga wanita-wanita berpengaruh yang akan berada di sana nanti. 

Juara dunia sukan lawan pedang, Ibtihaj Muhammad, akan membuat sesi latihan lawan pedang secara perseorangan. 

Juruterbang dan jurutera aeroangkasa, Jill Meyers, akan membawa penyewa untuk lawatan belakang tabir di Pusat Angkasa Columbia Memorial.

Chef Gina Clarke-Helm yang merupakan pengasas kepada Malibu Seaside Chef, akan memasakkan makanan yang segar dari ladang dan akan mengajar memasak secara praktikal. 

Kredit foto: CNN
Dan oleh kerana Barbie adalah watak utama, penggaya rambut selebriti, Jen Atkins akan menatarias penginap yang bertuah itu nanti. Atkins terkenal dengan hasil kerjanya dengan Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian.

Oh ya, jangan lupa bagitahu Ken sekiranya anda berminat untuk ke sana nanti! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 19
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : Siap Bergari! Hotel Berkonsepkan Penjara Ini Curi Perhatian Warganet

Komen Terbaru

Quote bellaamsar 29-10-2019 03:59 PM
Nazrim boleh la try bercuti kt sana

Lain-lain Komen

Quote shernazz 24-10-2019 01:37 PM
Alahai
Ingatkan kat mesia...
Quote chicozinn 24-10-2019 02:25 PM
kalu kat malaysia kan bagus..murah gak tu rm200++ semalam
Quote matchstick 24-10-2019 02:26 PM
aku berkenan gelongsor tu je
Quote Mfzg89 24-10-2019 03:05 PM
shernazz replied at 24-10-2019 01:37 PM
Alahai
Ingatkan kat mesia...

tula.. saje tau..
Quote Artemesiaa 24-10-2019 03:08 PM
OK gak tu rate pun tak mahal
Quote grizz 24-10-2019 04:45 PM
klu harge xpromo bape la agaknye..mesti mahal kot..
Quote skullcandy 24-10-2019 05:09 PM
so chomel semua pink
Quote misuke 24-10-2019 05:22 PM
murah ni... mampu le utk ahkak pprt yg oerasan nk jd barbie tu.. tpnye.. mampu ke nak beli tix tu
Quote lalalxlx 24-10-2019 06:13 PM
menginap rumah ni harus feeling babie gitu...
Quote any42 24-10-2019 06:14 PM
wahhh. bestnyaaa. konon bwk 'ken' mnginap bgn pagi smbil nikmati pmndangan laut. alih2 tgk cermin bdan sndri gundu mcm babi jauh skli mcm barbie
Quote Perawankota 24-10-2019 07:32 PM
X minatlah rumah barbie
Quote aderaderker 24-10-2019 08:21 PM
Hahaha... Muntah pink
Quote armin 24-10-2019 09:17 PM
Bestnyaaa i sukaa
Quote Psfzi 24-10-2019 09:38 PM
I want i want i want
Quote Catpaw 25-10-2019 12:26 AM
Weewuuuu gelongsor pink dari atas, main yg tu je.
Quote dani-rox 25-10-2019 04:16 AM
jgn lupa lagu tema


Quote tokenn 26-10-2019 08:11 PM
Igtkan kt msia dpt dgn rega 250 gtu
Quote Foxey 29-10-2019 03:18 PM
Interested nak tengok rumah ni. Pretty in pink
Quote bellaamsar 29-10-2019 03:59 PM
Nazrim boleh la try bercuti kt sana

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.464833s Gzip On
To Top