Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Nak Tengok Saya Kencing?' - Lelaki Usap Kemaluan, Buat Gangguan Seks Terhadap Kanak-Kanak Dalam Lif

20-10-2019 09:10 AM Komen: 30
Gangguan seks memang boleh terjadi di mana-mana. Oleh sebab itu orang ramai sentiasa diingatkan untuk berhati-hati, apa lagi jika mempunyai anak kecil yang tidak sepatutnya dibiarkan berjalan keluar sendirian.

Seorang netizen bernama Nana Nizar baru-baru ini berkongsi di Facebook mengenai kisah anak perempuannya mengalami gangguan seks ketika berada di dalam lift sebuah kawasan perumahan. Kejadian itu dirakam dalam CCTV yang diperolehi daripada pihak pengurusan.


Kredit foto: Lobak Merah


Menurut Nana, beliau membenarkan anak perempuannya yang ditemani adik lelaki untuk ke kedai. Bagaimanapun, ketika berada dalam lift seorang lelaki yang tidak dikenali membuat gangguan seks terhadap anak perempuannya.

'Mulanya ada seorang wanita dewasa bersama kedua anak saya dan lelaki itu dalam lift, bagaimanapun apabila wanita itu keluar, lelaki itu mula menghampiri anak saya' kata Nana.


Kredit foto: Lobak Merah


Lelaki itu dilihat mengusap-usap kemaluannya dan memegang mulut kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak itu keluar dari lift, dia pantas memegang tangannya dan berkata;

'Nak tengok saya kencing?'

Namun, kedua kanak-kanak itu  bertindak pantas dan melarikan diri sebelum melaporkan kejadian kepada Nana (ibunya) yang meminta rakaman CCTV daripada pihak pengurusan.


Kredit foto: LM


Netizen yang membaca perkongsian itu menasihati ibu bapa supaya lebih berhati hati apabila membenarkan anak keluar rumah.

'Jadikan kes ini sebagai pengajaran, dah banyak berlaku' kata seorang netizen.

'Cepat buat laporan polis, harap si pelaku tu ditangkap' kata seorang lagi.

Bagaimanapun, ada juga yang menegur mengapa netizen mengecam ibu dan mangsa kejadian tersebut dan tidak bersimpati.

Memandangkan rakaman itu tidak jelas, ada yang meminta supaya wanita dewasa pada awal rakaman dapat dihubungi untuk mengenalpasti dan mengecam lelaki tersebut.

Kredit foto: LM


Tidak pasti sama ada laporan polis sudah dibuat atau tidak kerana status Facebook si ibu itu telah dipadam. Apa-apapun, semoga pelaku tersebut dapat ditahan dan dikenakan hukuman sebelum sesuatu yang lebih teruk berlaku.-CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
10
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 24-10-2019 12:07 PM
tak yah nak salahkan si jantan gila seks tue la.dah mak budak tue bodoh.. ko biar anak ko g sendiri pehal. padahal skrg zaman pedo ramai.. si jantan pedo tue mmg dah bodoh kalu tak bodoh tak la dia jadik pedo. nie mak yang versi handset dia tangan gamak nyer..

Lain-lain Komen

Quote Kurex 20-10-2019 09:16 AM
Mak... O mak... Kenapa la lepaskan macam tu sebab zaman sekarang dah banyak kes pedo... Ditemani adik lelaki pulak.. Sedangkan anak buah lelaki kurex yg darjah 2 sekarang ni pun kurex akan teman kan ye..  Siap sedia di hencap forumer..

Macam bangla je pedo tu
Quote adila39 20-10-2019 10:14 AM
mak la salah. anak xboleh keluar without parents or org dewasa. Period! Bila jd apa apa baru nak complaint bagai... kenapalah ibu bapa suka biar anak keluar kesana sini. Duk umah je la diam diam
Quote beloomberk 20-10-2019 10:19 AM
Pedo ni merata2, bertambah2..anak2 laki or perempuan smua x slamat skrg..
Quote stargazer20 20-10-2019 10:24 AM
Mungkin ibu ini akan lebih berhati2 di masa akan datang,Bagi saya,I will never take for granted keselamatan anak anak,dalam satu saat saja dapat merubah segalanya!!Kalau dalam lif,orang dewasa pun tak dapat melawan kalau kena gangguan macam ni,apatah lagi kanak2..dah banyak kes2 macam ni,tapi masih lagi sesetengah ibu bapa sambil lewa saja..harap lebih peka dan berhati2...
Quote Pamelaloba 20-10-2019 11:52 AM
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Dah tak boleh biar budak2 jalan sendiri kena org dewasa temankan. Pedo dah banyak kat luar tu sama banyak dengan anjing kurap. Geram aku
Quote 29zero6 20-10-2019 12:20 PM
Bagi aku yg salah nya si jantan sangap gila pedo tu... jangan nak kecam sangat laki tu. Manatau dia genius kan... kalau genius kan patut dpt 2nd chance walaupun jijikkkkk
Quote pokaibanktokyo 20-10-2019 12:37 PM
Tunjuk muka sotong tu
Quote umbut 20-10-2019 12:43 PM
Makkkk oooiii.. kan dah byk kes budak kena ganggu kat kedai bagai..   
Quote surih07 20-10-2019 12:58 PM
Ya allah minta jauhkan la dr jadi camni
Gla btl jantan ni

Anyway brani btl mak dia lepaskan anak pg camtu je even dgn abg dia
I kenot la tgk budak without org dewasa pantau
Aku ni anak buah and kazen kecik2 nak pi memain pun aku pimpin jugak
Risooo nakk oi kalau pape jadi
Quote tuberoses 20-10-2019 07:31 PM
mintak pengurusan tmpt tu print besar2 gamba ni da tampal dekat tiap lif rumah tu.

tulis besar2 awas pedo musibat ini!!
Quote any42 20-10-2019 07:52 PM
dah tahu skrng kes mcm ni makin bleluasa parents ttap la xalert pastu dh kna kt ank sndri bru nk mnggelupur. dua2 salah pelaku ngn mak pak. ank2 kecik gtu wlau pndai g kedai sndri bli brang xsmestinya semua bnda dorang tau nk take action klau jd bnda pelik2 kt dorang.  
Quote dua_chzy 20-10-2019 09:40 PM
Busuknya dunia sekarang. Dah tak selamat untuk semua orang.

Akak zaman cinonet tahun 90an dolu, takda maknanya tiap masa ditemani urang dewasa bila pi berjalan. Akak pernah hitchiked stranger pakcik tua Cina jugak di umo 11 tahun, yang kasihan akak tertinggal bas pehtu baik hati hantar akak ke sekolah. Sekarang ini, semua orang jahat. Dengan jiran sebelah rumah pon terpaksa suspicious. Mak2 pulok, dengan laki sundri pon perlu curiga 24 jam tak benarkan laki cebok berak anak pompuan kecil. Apa fakap sangat dunia kita tinggal sekarang ini?
Quote amyza 20-10-2019 09:44 PM
Nasib tak jadi apa2 kat budak tu.
Dulu boleh lagi suruh anak pegi kedai beli kelapa parut lah beli kuih lah. Sekarang ni, nak suruh pun fikir banyak kali.
Teringat budak kena culik lepas pegi kedai, bila jumpa dah mati. Tolong lah ambil pengajaran kes2 sblm ni.
Quote L211 20-10-2019 10:03 PM
Malaysia dah xselamat.. makin teruk kes jenayah dia berbanding dulu
Quote msrosse 20-10-2019 10:05 PM
Mak bapak budak ni baru kuar drp gua ke haper ... zaman skrg ni budak duk dlm umah sendiri pun tak selamat ... apalagi kalau duk diluar rumah!
Quote Psfzi 20-10-2019 10:11 PM
Mintak jaga la anak2 msg2. Mintak dijauhkan dari perkara mcm ni terjadi
Quote Eric.n9 20-10-2019 11:10 PM
Pedo ada kat mana mana.
Hati2 lah, jaga anak korang.
Jangan smpi nasi dah jadi bubur
Quote Hizert 21-10-2019 08:55 AM
Zaman sekarang dah tak macam dulu². Pendedahan terhadap pornografi sangat mudah orang nak dapat. Tu yang ramai semacam sangap jekk.

Jaga la anak tu. Tambah2 hak pompuan.. aduii.
Quote ell768 21-10-2019 08:56 AM
makpak jgn sengal sgt lepas anak2 kecik naik turun lift sendiri mcm tu..sedangkan yg dh besar pon bahaya leh jadi mcm2..inikan plak kecik2 lg..bongok takde akal punya makpak!

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.193001s Gzip On
To Top