Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Oct
18

McDonald¡¯s, RMHC Suntik Semangat Murid Untuk Mulakan Sesi Persekolahan 2020

18-10-2019 05:12 PM|Kandungan Tajaan| Komen: 5

McDonald¡¯s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) melancarkan program ¡°Kembali ke Sekolah¡± 2019 buat tahun ketiga, hari ini. 



Program ini bakal membabitkan 30,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara yang akan menerima pek ¡°Kembali ke Sekolah¡± sebagai motivasi untuk mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan lebih gembira ke sekolah. 

Dengan memanfaatkan kekuatan jenama McDonald¡¯s, sumbangan RM3 juta berjaya diraih bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar untuk persediaan menghadapi tahun persekolahan baru.



Kami amat memahami beban perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung ibu bapa dan penjaga pada setiap awal tahun persekolahan. 

"Semoga sumbangan ini membolehkan mereka menarik nafas lega,¡± kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald¡¯s Malaysia.



Pada 2018, McDonald¡¯s Malaysia menyampaikan pek ¡°Kembali ke Sekolah¡± kepada 17,000 murid sekolah rendah dengan nilai tajaan RM1.7 juta, berbanding tahun sebelumnya melibatkan 6,000 murid dengan nilai tajaan RM1.2 juta. 

Selain itu, mereka juga menerima sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah dengan nilai sumbangan RM100 setiap seorang.

Program ¡°Kembali ke Sekolah¡± merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald¡¯s Malaysia pada tahun 2019.

YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan selaku tetamu kehormat hadir meyampaikan pek ¡°Kembali ke Sekolah¡± di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, hari ini dan menyambut baik inisiatif yang dilakukan McDonald's Malaysia dan RMHC.



¡°Sesungguhnya, kemiskinan dan kesempitan kewangan merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi faktor keciciran murid di sekolah rendah dan menengah.

"Saya berharap program ini menjadikan kanak-kanak daripada golongan ini lebih yakin diri untuk ke sekolah,¡± katanya.



RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald¡¯s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-10-2019 09:40 AM
Usaha nak bantu kanak2 yang kurang berkemampuan harus diberi pujian

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 18-10-2019 06:05 PM
Bkn ke fastfood x baik utk kanak2..?
Quote Mary_jane 18-10-2019 09:45 PM
Mcd tak elok untuk kesihatan, apalagi pada kanak-kanak yang sedang membesar.
Quote Perawankota 18-10-2019 09:55 PM
Bab ni mcd mmg bagus.. Tp food dorg x elok utk budak2
Quote buragazz 19-10-2019 09:36 AM
Alamak bos aku ada.... terbaik..
Quote Artemesiaa 19-10-2019 09:40 AM
Usaha nak bantu kanak2 yang kurang berkemampuan harus diberi pujian

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089348s Gzip On
To Top