Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bunuh, Kerat Dua Beranak Sebab Marah

18-10-2019 04:02 PM Komen: 37
Polis percaya marah menjadi motif utama pembunuhan dua beranak yang dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian pada 10 Oktober lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shahrul Laili Masduki, motif pembunuhan dipercayai kerana suspek berasa marah selepas mangsa membangkitkan sebuah isu.


Foto: BH Online

Difahamkan, siasatan kes berkenaan hampir selesai dan polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya.

Selain itu, polis mungkin akan memanggil beberapa individu termasuk ahli keluarga suspek warga Singapura berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Buat masa ini (ahli keluarga di Singapura) belum dipanggil, tetapi kita akan panggil termasuk keluarga suspek untuk melengkapkan siasatan.

Malah, keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek juga belum diterima daripada pihak hospital, katanya.

Tambahnya, identiti mangsa juga masih belum dapat disahkan sehingga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

Kita belum kenal pasti dan perlu menunggu DNA. Kita menunggu laporan DNA untuk sahkan badan yang dijumpai adalah mereka yang dilaporkan hilang, katanya.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat dua beranak yang dikerat lapan bahagian di dalam semak di Kampung Ladang, Krubong pada Khamis. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 37
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mata.kail 22-10-2019 09:52 PM
wow ada sakit mental ni...tekanan jiwa..marah je meningkat gila hingga membunuh

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 18-10-2019 04:18 PM
Mmg la sbb marah takkan sbb sayang plk..
Quote Kurex 18-10-2019 04:29 PM
Orang yang kuat itu bukanlah yg pandai berlawan bertumbuk, tetapi orang yang kuat adalah orang yg dapat melawan nafsu ketika marah
Quote nafham 18-10-2019 06:21 PM
La... ingatkan sbb suka2 {:run
Quote sukacactus 18-10-2019 06:49 PM
Laaa...sebab marah rupanya
Ingat nak mengasah knife skills
Quote SiMontel 18-10-2019 07:08 PM
ohhhhh sebab marah .....aperdaaaa findings ni....
tulis laa elok2...
rasanyaaa semua org tau kot...sebab marah jadi gitu...takdenyer laaa sebab sayang or gurau...

eh eh i gurau je ni,,, tikam satu kali....eh happy laa gurau gurau mcm ni..meh potong kapla...


Quote akumak 18-10-2019 07:35 PM
Motif selain marah maybe sbb sakit mental kot
Quote salmon-suki 18-10-2019 08:21 PM
Kurex: Orang yang kuat itu bukanlah yg pandai berlawan bertumbuk, tetapi orang yang kuat adalah orang yg dapat melawan nafsu ketika marah


well said..kalau dah rasa marah tu,eloklah g mandi ke,basahkan muka dgn air kasi sejuk..

Kalau ikutkan nafsu mmg binasa lah..
Quote cmf_almondpecan 18-10-2019 08:25 PM
Boomibulat replied at 18-10-2019 04:18 PM
Mmg la sbb marah takkan sbb sayang plk..

Kena sebut sbb kalau kat tempat cannibals dia kerat sbb dia lapar
Quote zamnie 18-10-2019 08:40 PM
Sbb marah jek blh main kerat2 lak.. dasyat nye jantan keparat nih..
Quote akakmasihvogue 18-10-2019 09:25 PM
Semua orang  marah..tapi takder ler sampai cincang orang..akak syak cara pembesaran dalam keluarga dia mesti ada tak kenaa
Quote Pamelaloba 18-10-2019 10:15 PM
Terpikir apa la perasaan jiran sebelah rumah dia ye duk mikir kepala manusia atas siling rumah
Quote ulamalu 18-10-2019 10:54 PM
TV2 sedang ulang tayang drama Psikopat.  Azhan Rani berlakon, mmg real lah.  Mmg kena dgn kes yg tgh hot ni.
Quote bebe_rexha 19-10-2019 02:47 PM
cerita tulis for the sake of nak menulis ke cemana ni? sabo jelah
Quote albedah 19-10-2019 03:48 PM
Aik...  Giler lama result dna x keluar lg...  X panggil lg belah singapork....  
Quote Myra80 19-10-2019 03:55 PM
bisikan syaitan tu..
Quote dusunmind 19-10-2019 05:02 PM
apa isu dibangkitkan tu agaknya...
Quote Forfoxache 19-10-2019 05:15 PM
akumak replied at 18-10-2019 07:35 PM
Motif selain marah maybe sbb sakit mental kot

Botol

Dah diconfirmkan kewarasan pesalah kot.
Quote Suchi 19-10-2019 05:21 PM
Mcm slow je  kes ni, urine test pun tak kuar2 lagi apatah lagi DNA ye dak.
Sebagai peminat kisah jenayah haruslaa iols tak mampu nak bersabariah nak tahu selanjutnyaaa
Quote legal_jue11 19-10-2019 10:58 PM
Sebab marah..apadaa findings, tengok keadaan mayat mangsa dan cara dia lupuskan pun bukan sebab marah sahaja..jika itu dapatannya maka bertepuk gembira la jantan2 melayu malaya yang menyatakan kejadian bunuh terjadi sebab mangsa provoke pelaku dengan kata2 nista..ie menyalahkan mangsa..

Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.316996s Gzip On
To Top