Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kenapa Ramai Malu Nak Berniaga, Takut Jatuh Standard?

18-10-2019 12:33 PM Komen: 20

Ramai lepasan universiti menganggur sebab tak dapat cari kerja. Apa salahnya cuba untuk berniaga? Malu ke? Takut jatuh standard? 

Tak nak tanggung risiko kalau rugi? Tengok apa pandangan masyarakat tentang hal ni. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hasniey 22-10-2019 07:32 PM
Nk brniaga kene ada modal,ilmu
Modal ni ramai xmampu.ai igt dulu senior ai gebang dia brtani guna modal 2ribu je utk g kursus.yg lain FOC tau
rupanye dia cagar tanah ayah dia bpe ekar tah utk jd modal
Abes org2 yg xde tanah?yg xde ayah?yg xde harta?
G kursus je dah ribu2.brniaga pon sama.
Xramai yg mampu utk start niaga.
Kene keje mkn gaji dulu utk kumpul modal.bukan malu

Lain-lain Komen

Quote pokaibanktokyo 18-10-2019 01:00 PM
Apa kau merepek ni nyah ? @CARI-HBZ
Quote Artemesiaa 18-10-2019 01:10 PM
Mungkin sebab dari kecil dah dibagitahu lepas masuk U boleh kerja dipejabat beraircon.  Jadi mereka hanya ingat hanya disitu saja boleh dapat rezeki pada hal ada je cara lain yang boleh dicuba macam meniaga.  Kadang lebih tinggi dari pendapatan mereka kalau berniaga berbanding sekadar makan gaji .
Quote KIM.K 18-10-2019 01:11 PM
Even orang meniaga pun sekali sekala terfikir gak nak cari kerja punyalah tough meniaga ni

Orang bukan takut malu, cuma takut susah takde survival. Sebab nak teruskan perniagaan lebih mencabar dari mulakan bisnes. Cara yang betul ialah labur duit sendiri, modal besar terus dan research bisnes habis habisan

Jangan dump money mindlessly macam kwsp dan graduiti dalam biz. Semua kena research dulu berbulan2
Quote AinHazwan 18-10-2019 01:39 PM
takde maknanya malu nak niaga.. ramai je budak2 muda yg niaga kt cbs tiap2 minggu.. yg weekdays pun ada.. past abis keje terus niaga malam2.. yg tua2 pun ramai niaga.. takde nak malu aihh.. rezeki tu..
Quote MenteriWanita 18-10-2019 01:48 PM
Ini lah sikap jumud orang kita, orang tak minat kau paksa2, tengok si Madey kemain komplain itu ini, kalau suruh dia buat kerja yang dia tak minat dia nak ka, pergi laut tangkap ikan jadi nelayan, tau pulak tak nak, bisnes kalau tak minat ingat senang ka, benda pertama kau kena fikir apa masalah orang sekeliling kau, kemudian buat produk atau service untuk selesaikan masalah diorang,

Let say kau nak buka warung kecil, small step kaedahnya, kau round2 dekat kawasan kilang kononnya, kau tengok port ada, customer ada, produk makanan kau ada, service dan staf kau ada, modal kau ada, tapi kalau dah situ ada 12 warung maksudnya masalah lapar kat situ dah 70% selesai,

Jadi kau fikir lagi dan lagi, 30% masih berbaki, jadi kau cuba keluar produk makanan dari rumah dan COD pula, sebab bukan semua suka keluar makan, masa 1 jam je kot, kau cuba selesaikan masalah pekerja yang nak jimat masa, selain kos lagi rendah dari buka warung, kau boleh open booking untuk esok jadi tak ada lah masalah lebihan makanan, ini contoh lah, kalau nak berniaga memang kena ada minat yang tinggi untuk selesaikan masalah orang sekeliling,

Kita kena buka minda kita luas2 jangan disempitkan, dalam sebulan berapa ramai yang buka perniagaan dan berapa ramai yang lingkup atas asbab ikut kata orang, dia tengok orang berniaga dia pun nak, padahal tangan tu dari kecil dah terror setting betulkan basikal, motor, kereta rosak sambil pejam mata pun boleh, sambung jela ambil praktikal jadi tukang pomen,

Kalau nak buka bengkel jua tanya diri sendiri, mampu ka, kalau ada partner yang terror sekali pun tapi kita sendiri tak pulun habis, dua2 end up masuk gua, dengan duit habis, tenaga habis, umur habis, waktu habis, persahabatan pun habis, nak berniaga kena belajar cara kurangkan risiko, bukan ambil risiko sebesar alam kemudian harap untung besar,

Bukan nak menakutkan, tapi itu realiti nya, tapi lebih menakutkan bila kita sebar dakyah2 kosong mempengaruhi minda melayu, hujung2 dia gagal bisnes dropship maka 7 keturunan dia larang berniaga, trauma punya pasal, padahal dia bukan minat pun sekadar ikut2 cakap orang, tapi dengan 7 keturunan dia seret ckp jangan meniaga, kan dah rugi, itu yang generasi baru takut nak berniaga, kita bagi info salah atau info separuh2 kat mereka.
Quote Meiizu 18-10-2019 02:07 PM
normalh lahhh graduan nak cari makan keje makan gaji ...masih muda, otak suci lagi betapa susahnya nak struggle..orang ramai expect lepas grad kebabommmm bukak bisnes ke? sebelum nak jump masuk bisnes kenalah keje dgn orang dulu, cari duit modal lagi- paham ke ? bukan sebab malu lahh, bukan sebab malas mcm pitnah our peeee yemmm
Quote AbukRokok 18-10-2019 02:46 PM
salah

org slrg xmalu meniaga
tapi kau nak meniaga apa?
kau nak jual apa? semua org dah jual
so kne cari lubang supply harga yg lebih kompetitif
Quote tri-max 18-10-2019 03:25 PM
buat apa nak malu berniaga,
berniaga sbb minat bukan sbb duit untung jah
kalau berasaskan minat, sepuloh ribu persaingan pon ko mampoo survive
Quote Mfzg89 18-10-2019 03:55 PM
melayu klau niaga asyik kena angkut je..bangsla lain & org luar buka kedai selamba je x kacau..
Quote Miss.H 18-10-2019 06:21 PM
Macam mana nak niaga kalau tiap2 bulan ada je melayu yang tak puas hati duk report dekat majlis bandaraya padahal tanah milik kerajaan dan bukan tanah dia. Majlis pun bagi kebenaran nak berniaga.
Quote URUHA 18-10-2019 07:12 PM
Xde maknanya malu nak berniaga lah. In fact ramai je org muda yg minat ada business sendiri. Lain kali ckp tu guna otak. Ingat senang ke nak cari modal business? Nak x nak diorg kena kerja mkn gaji dulu utk kumpul duit modal.

Mcm ex course mate meols mostly kerja mkn gaji dulu, kumpul duit modal & then bila dah ready baru mulakan business.

Mostly org2 lama ni suka label org muda mls. Dah grad ssh dpt kerja. Dah tu suruh org wt business. Sembang babi pun leh terbang. Dulu2 dgn kelulusan SPM pun leh dpt kerja bagus. Life graduan sekarang lebih tough & banyak cabaran. Cuba la fahami situasi diorg & jgn asik nak fikir negatif je

Quote domestobot 19-10-2019 08:54 AM
tak minat nak berniaga lah. bagus ada job stability daripada jadi usahawan semata2 sebab orang provoke.
Quote anony-mous 20-10-2019 12:33 AM
Biar betul berita ni? Mabuk todi ke apa? Org skg berlumba2 berniaga, siap ada 1 puak xnk habis belajar sb berniaga lebih cpt kaya. Ramai yg x berminat dah nk further ke bidang professional sbb x berbaloi. Gaji mula 1.7k. Berniaga & jd instapemes lg masyuk
Quote rantaikendoq 20-10-2019 11:08 AM
jatuh bangun berniaga ni sudah dilalui
berniaga ni kematangan dan ilmu seharian...
dulu dpt duit pampasan kerja, trus wat bisnes tanpa kajian
lalu merudum, pastu try setup balik
mmg kena gigih giler wat bisnes ni...huhu
ilmu dan amal kena sentiasa upgrade wooo
hehehehe
Quote chinta89 20-10-2019 12:30 PM
MenteriWanita replied at 18-10-2019 01:48 PM
Ini lah sikap jumud orang kita, orang tak minat kau paksa2, tengok si Madey kemain komplain itu ini, ...

saya setuju sgt!
Quote palmolive 21-10-2019 05:19 PM
Edited by palmolive at 21-10-2019 05:21 PM

kalo kuar U takder kerja kena meniaga, baik awal masuk kolej komuniti jek..belajar masak..
takder la penat nak kena bayar PTPTN
Quote makita 21-10-2019 06:57 PM
Meols ada sorg schoolmate yg tetiba tegur meols patu tanya eh ko x malu ke tolong mak ko kt kedai? Derrr Masa tu meols matrik. Dia skrg jd doctor pakar.

Masa kecik mak pak ckp belajar rajin2 nnti senang. Jd kami ni adik beradik belajar la kan. Skrg mak pak pening sbb bizness xde sapa nak take ober. Meols minat niaga cuma nak niaga benda lain dan tgu meols habis belajar je ni.
Quote jij81 21-10-2019 07:16 PM
Nak berniaga pun kena ada ilmu Dan juga modal, kalau keluar u dah berniaga tak ada ilmu Dan modal susah jugak
Quote zarul427 21-10-2019 07:25 PM


nk bzness ni modal kena kuat
produk kena rare
if sama je mmg lg cpt bungkus laa

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.187232s Gzip On
To Top