Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Perjalanan KL-Pulau Pinang Hanya Sejam Jika Naik Kereta Terbang

Tukang Tulis|18-10-2019 05:53 PM Komen: 27
Model kereta terbang Malaysia yang dipamerkan semasa LIMA 2019. Kredit foto: Carian Google
Perjalanan antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang hanya mengambil masa sejam sahaja dengan menggunakan kereta terbang yang dijangka akan disiapkan pada 2020.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tentang projek kapal terbang dalam sidang Dewan Rakyat pada 17 Oktober.

"Kita pergi ke Pulau Pinang perlukan empat jam sekarang, pihak swasta dan usahawan sedang berbincang dengan penyedia teknologi tinggi untuk membolehkan kita ke Pulau Pinang dalam sejam menggunakan kereta terbang.

"Ada perbincangan awal untuk memastikan perkara ini boleh direalisasikan dalam masa terdekat pada 2020," katanya.

Mohd. Redzuan Md. Yusof. Kredit foto: Facebook
Redzuan menambah, prototaip yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan itu kini 85 peratus siap dan projek tersebut tidak melibatkan peruntukan kerajaan.

"Kerajaan tidak akan menanggung kerugian sekiranya projek ini tidak berjalan seperti dirancang," jelasnya.

Orang ramai menunjukkan kreativiti masing-masing dengan membuat spekulasi tentang rupa sebenar kereta terbang Malaysia. Kredit foto: Carian Google
Kereta terbang pertama yang dihasilkan di negara ini akan dilengkapi dengan komponen canggih yang dihasilkan di kilang Lynas di Kuantan, Pahang dan dijangka melakukan penerbangan sulung pada suku ketiga tahun depan.

Kerajaan juga perlu menguatkuasakan larangan membuang sampah keluar dari kereta terbang kerana objek keras seperti botol atau tin minuman boleh menyebabkan kecederaan kepada orang ramai di darat. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
4
Bosan
1
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cm_vungtau 20-10-2019 02:32 PM
HSR projek Najib dulu 45 minit je kot dah sampai

Lain-lain Komen

Quote helicornia 18-10-2019 06:46 PM
tun dh jawab le.kete terbang bukan keutamaan sekarang.kang polis pun kena terbang jugak nak buat penguatkuasaan undang2
Quote Psfzi 18-10-2019 07:11 PM
Kalau semua naik kete terbang, jem la nanti. Xdpt la 1 jam smpai nya
Quote Atata 18-10-2019 07:17 PM
Mesti lagi sadis kalau accident
Quote nusaraya 18-10-2019 07:22 PM
Woiw....Tahniah....

Tak salahlah jika Malaysia sejak 2800 tahun lalu (era Lembah Bujang) hingga kini disebut negara dan bangsa yang paling maju dan canggih di duna ini...

Kereta terbang adalah bukti sangat geniusnya bangsa ini....
Quote KIM.K 18-10-2019 07:29 PM
Meaning naik private heli sejam jelah
Quote dino 18-10-2019 07:33 PM
helicornia replied at 18-10-2019 06:46 PM
tun dh jawab le.kete terbang bukan keutamaan sekarang.kang polis pun kena terbang jugak nak buat pen ...

mslh negara mana ade kereta terbang komersil... nak membohong agak2 la...

mmg la kereta terbang dah ade ... die punya akal nanti suh polis guna... ptuiii
Quote Kurex 18-10-2019 07:58 PM
nusaraya: Woiw....Tahniah....Tak salahlah jika Malaysia sejak 2800 tahun lalu (era Lembah Bujang) hingga kini disebut negara dan bangsa yang paling maju dan can ...


Memang bangsa melayu malaysia hebat.. Yg dekat seberang je bakar ladang sebab nak bersihkan.. Padahal dah maju, tetap indon ke belakang.. @nusaraya boleh mengemis dekat forum thailand lepas ni.. Boleh claim thailand pulak
Quote Skuau 18-10-2019 07:59 PM
nusaraya replied at 18-10-2019 07:22 PM
Woiw....Tahniah....

Tak salahlah jika Malaysia sejak 2800 tahun lalu (era Lembah Bujang) hingga k ...

gue panggil lu INDON.
Quote sfrnna 18-10-2019 08:03 PM
Naik flight pun 1jam jugak. Dah ada kete terbang banyak2 nanti pencemaran udara. Baik nak commercial flight gitu... Pengangkutan awam kan...
Quote JohnnySins 18-10-2019 09:22 PM
lepaih tu buat tol terbang.....caj kesesakan laluan udara happy our...wakakakakakkakakakakakakkaa
Quote Perawankota 18-10-2019 09:53 PM
Nantilah byk lah jawatan kosong air traffic controller..
Quote putericahaya999 18-10-2019 10:02 PM
OK I'll be waiting
Quote nolya 18-10-2019 10:57 PM
Atata replied at 18-10-2019 07:17 PM
Mesti lagi sadis kalau accident

Kalau eksiden, maka tiada maaf bagimu.  Langsung terhempas dn inna lillah jawabnya. Harap2 jatuhnya tak tertimpa pasu bunga Mak Wan.
Quote Rogue98 18-10-2019 11:19 PM
Menteri ni byk sgt tgk citer The Jetsons...
Quote Malaysia.Doom 18-10-2019 11:36 PM
Senang la anak ko Mukhriz tu nak balik KL
Quote putericahaya999 18-10-2019 11:46 PM
Kerbau pendek terbang pun kalah
Quote toxicated 18-10-2019 11:57 PM
Ape la yg vendor tu janji ngn dia nih smpai beriye sgt la nak kete terbang. Ko pegi la jaga hal usahawan, sibuk hal pengangkutan buat ape? Tu keje anthony loke!
Quote enhe.duanna 19-10-2019 12:13 AM
buat autobahn ummah rempit less than 2 hours kl - png hehe.....
i pernah 2 jam to 2.30 min kl =png ...freeway tiada kereta cuma hantu jah ...hahaha
Quote dramaking007 19-10-2019 12:13 AM
kalau kat negara lua bak benda kreatif mcm ni mesti jadi..dorg biasa pakai duit sendiri..atau minta fund dari komuniti........hadap apa kerajaan kasi ke idok....tp kat tempat kita nampak rakyat wat benda pelik sikit nak siasat nak rampas....modified sana sini sikit nak tahan.......org malaysia ni ramai kreatif kalau ikot....

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.297055s Gzip On
To Top