Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Larat Langkah Penghadang Jambatan, Atuk Tak Jadi Bunuh Diri

17-10-2019 05:30 PM Komen: 25
Mujur keadaan kesihatan kurang baik menyukarkan warga emas meneruskan hasrat untuk cuba membunuh diri.

Ketika itulah anggota bomba mengambil kesempatan untuk memujuk lelaki itu dan mematahkan niatnya.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Jambatan Sungai Kim Kim, petang semalam.


Kredit foto: Harian Metro

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Yusri Atan di Pasir Gudang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung seorang lelaki berusia 63 tahun cuba terjun di jambatan berkenaan.

Sejurus dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 4.18 petang, lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi.

Anggota dikatakan mengambil masa 15 minit untuk menenangkan warga emas yang mendakwa mempunyai masalah keluarga itu.

Disebabkan keadaan kesihatan yang kurang baik akibat penyakit pundi kencing, warga emas itu tidak mampu melangkah pada bahagian penghadang jambatan.

Ketika itu jugalah anggota cuba merapati dan memberikan kata-kata nasihat supaya tidak melakukan perbuatan seperti itu, katanya.

Anggota kemudian menghantar lelaki berkenaan pulang ke rumah anaknya kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 30-10-2019 08:09 PM
sedihnya sbb susah agaknya. hantar ke rumah org tua2 lah kalau susah nak jaga bapaknya centu.... aku dah takde bapak ni rasa kalau boleh dipatah balik waktu, nak bapak aku hidup lama....

Lain-lain Komen

Quote thetimes 17-10-2019 05:32 PM
Panjang umur lagi tu
Quote TravellingBear 17-10-2019 05:32 PM
63 tak terlalu tua. 93 ye., Tua
Quote Kurex 17-10-2019 05:35 PM
Nasib baik....
Quote MenteriWanita 17-10-2019 05:43 PM
Hantar pusat kebajikan anak macam tak jaga bapak dia itu yang mental pun kusut, kesian dia.
Quote Perawankota 17-10-2019 07:47 PM
Kesiannya.. pakcik.. jgn bunuh diri..
Quote hiswife 17-10-2019 07:50 PM
Pakcik jangan bunuh diri pls..
Quote Eric.n9 17-10-2019 07:54 PM
Alamak sungai kim kim lagi.
Tak yah la tok, dah tercemar teruk sungai tu.
Quote nono86 17-10-2019 10:46 PM
Mesti berat masalah dia, sampai pilih jalan mati singkat gitu
Quote helicornia 18-10-2019 07:58 AM
hahaha tunggu je la malaikat maut dtg tok.tk lama lagi tu.tk yah susah2.kaki pun dh tk larat nk angkat tu
Quote sukacactus 18-10-2019 08:15 AM
Bapak sapa la ni
Maybe dia rasa dia berpenyakit, tua plak tu, menyusahkan ank2 ...sian!
Quote Rogue98 18-10-2019 08:20 AM
Sedih... Harap ada lah keluarga yang jaga dia lepas ni. Jangan lah sia2 kan mak ayah tu...
Quote MissVixen 18-10-2019 08:45 AM
Innalillah. Kesiannya.
Ramai juga bunuh diri dekat hospital sebab takde orang jaga dan nak ambik bila keluar. Ada anak pun tak menjamin masa depan  
Quote prizadane 18-10-2019 08:53 AM
63 muda lagi yach. Kenapa berita panggil atok? Aku assume atok untuk 70 n above, baru sesuai. Ye, walaupun umur 63 dah bercucu, but still kuat kot..
Quote Tinot7 18-10-2019 09:02 AM
Iols rase status dia sbg org tua tak patut dipertikaikan. Lebih2 lagi dia ada sakit.

Kalau anda rasa nak bunuh diri, rasa murung, sila dapatkan bantuan.
Quote orgsepang 18-10-2019 09:13 AM
Dia rasa hidupnya menyusahkan keluarga tanpa sedar tindakkan sebegini lebih menyusahkan bukan sahaja keluarga malah juga orang lain.
Quote nanies 18-10-2019 09:51 AM
ntah apa masalah yg dia tanggung, sampai rasa nk bunuh diri. anak, anak, anak - mana korang? jaga la bapa tu sampai hujung nyawa dia. Allah. kesian
Quote batmana 18-10-2019 10:12 AM
prizadane replied at 18-10-2019 08:53 AM
63 muda lagi yach. Kenapa berita panggil atok? Aku assume atok untuk 70 n above, baru sesuai. Ye, wa ...

tua bukan ikut umur, ikut fikiran,fizikal,
klu lawat rumah org2 tua, ada yg 60an , nmpk cm 80an

klu 60-70 tu masih sihat mmg rezeki dorg

Quote UMMI_MAI 18-10-2019 10:55 AM
kalo kat malaysia, org yg cuba bunuh diri tak kena tangkap polis eh ?
Quote Sangkar_Emas7 18-10-2019 04:09 PM
Kuatkan semangat pak cik, jangan bunuh diri,

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.254376s Gzip On
To Top