Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Jangan Jadi Bodoh" - Trump Beri Amaran Kepada Erdogan

Pink Lily|25-10-2019 11:01 AM Komen: 12
Presiden AS, Donald Trump buat hal lagi! 

"Jangan berlagak kuat", kata Trump kepada Erdogan melalui sekeping surat yang didedahkan pada 9 Oktober lepas.
Sumber: Politico.com
Kali ini beliau mengejutkan pemberita apabila mendedahkan salinan original surat yang ditulisnya kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dengan amaran, "jangan berlagak kuat" atau "bodoh", merujuk kepada penaklukan Turki terhadap bahagian utara Syria. 

Surat yang dikeluarkan pada Rabu, 9 Oktober itu bertulis:

">Loading Tweet...

"Wahai Tuan Presiden, mari kita buat perjanjian yang bagus! Kamu tak perlu bertanggungjawab terhadap kematian beribu orang, dan saya tak mahu bertanggungjawab untuk memusnahkan ekonomi Turki D dan saya akan buat," kata Trump di awal perenggan surat, sebelum beliau menyatakan kesudian pihak Kurdi untuk berunding.

Trump menutup kata-katanya dengan memaksa pemimpin Turki itu untuk menangani isu peperangan ini dengan cara yang terbaik dan paling berperikemanusiaan.

"Jangan berlagak kuat. Jangan jadi bodoh! Saya akan hubungi kamu kemudian," katanya lagi.

Surat tersebut ditulis pada hari yang sama askar Turki menyerang rakan sekutu AS D pasukan bersenjata Kurdi di Syria. Beberapa hari sebelum itu, Trump telah mengarahkan pengunduran askar AS daripada rantau tersebut, satu keputusan yang ditentang oleh banyak pihak.

Pada kenyataan bertarikh 6 Oktober, wakil Rumah Putih telah mengumumkan keputusan itu, dengan menyatakan bahawa Trump sudah pun berbincang dengan Erdogan melalui telefon.

"Tak lama lagi Turki akan meneruskan rancangan mereka untuk beroperasi di Utara Syria. Anggota bersenjata AS tidak akan menyokong atau terlibat dengan operasi itu, dan askar AS yang telah menumbangkan wilayah ISIS tidak akan berada di situ lagi," jelas kenyataan tersebut.

Hari berikutnya, Trump mengemaskini status merujuk kepada keputusannya melalui ciapan di Tweeter, memberi amaran kepada Turki untuk tidak berbuat apa-apa perkara yang melampai batas D dan mengugut untuk memusnahkan ekonomi Turki sekiranya ia berlaku.


Beliau mempertahankan keputusannya itu yang membenarkan penaklukan Turki, yang seterusnya akan merisikokan keselamatan tentera Kurdi serta menggalakkan kemunculan semula ISIS, dengan menyatakan yang kini perkara itu bergantung kepada Turki, Eropah, Syria, Iran, Iraq dan Russia untuk "mencari penyelesaian".

"Perbalahan antara pelbagai kumpulan yang berlaku semenjak beratus tahun dahulu. AS dari awal tak sepatutnya berada di Timur Tengah," tulis beliau di Tweeter. "Peperangan bodoh yang tak pernah berakhir, kini berakhir bagi kami!"

Dalam tempoh itu, pelbagai sekatan terhadap Turki telah dilakukan oleh AS, termasuk sekatan visa dan peningkatan tarif untuk mengimport besi dari Turki D sebagai hukuman atas 'kedegilan' Turki menghentikan penaklukannya ke atas Syria.

Namun Erdogan tetap bertegas akan memberi lebih tekanan ke atas Utara Syria sehingga misinya untuk mewujudkan 'zon selamat' selesai, dan askar Kurdi berundur dari rantau tersebut. Beliau menyatakan tidak sekali-kali akan membuat genjatan senjata dan tidak risau akan sebarang sekatan.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
0
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gigahertz 29-10-2019 07:05 AM
BicaraHatiku: US ni semua la nak campur... Hong Kong pun sibuk nak campor... padahal negara sendiri banyak homeless.

semalam kelmarin kan i tgk berita tv9 .ada sebut korea selatan mewujudkan stu akta sempena kes artis suli korea bunuh diri. tapi part yang kelakar {:run background belakang masjid al aqsa/budak palestine.  dalam hati i "eh rajin pulak korea selatan campur tangan isu palestine." rupanya tv9 lambat update background{:freak

Lain-lain Komen

Quote BicaraHatiku 25-10-2019 11:03 AM
US ni semua la nak campur... Hong Kong pun sibuk nak campor... padahal negara sendiri banyak homeless.
Quote Asdan 25-10-2019 07:20 PM

kenapa turki serang syria, tak serang israel ?
Quote AbukRokok 25-10-2019 09:32 PM
mkn popcorn jah
in the end pengganas akan dilenyapkan
Quote enhe.duanna 26-10-2019 12:39 AM
Asdan replied at 25-10-2019 07:20 PM
kenapa turki serang syria, tak serang israel ?

turkish mahu perang dengan kurdish if not mistaken kawasan kurdish ....mahu tempat kan pelarian syria....
Quote Asdan 26-10-2019 11:30 PM
enhe.duanna replied at 26-10-2019 12:39 AM
turkish mahu perang dengan kurdish if not mistaken kawasan kurdish ....mahu tempat kan pelarian sy ...

nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki
Quote Lagubestbest 27-10-2019 03:32 AM
Edited by Lagubestbest at 27-10-2019 03:43 AM
Asdan replied at 26-10-2019 11:30 PM
nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki

Kurdish+USA dah makin kuat kat situ. Turki taknak "geng teroris kurdish tajaan kurdistan" hidup dalam kalangan masyarakat kurdish kat situ, ancaman kepada Turki di masa depan. Faham sajalah USA kat depan berjabat tangan, kat belakang your enemy is my friend. Lagipun dah berkurun rakyat turki berbangsa kurdish ni bergaduh secara politik (pembangkang kurdistan) dengan kerajaan turki. Parti politik kurdistan ni sekarang ada di dua negara, turki dan iraq. Parti politik yang merentas negara dan ada pejuang bersenjata sendiri. Ala-ala menteri yindia dap yang bersimpati terhadap teroris ltte.
Quote harizs 27-10-2019 06:24 AM
Klu nak paham Sila baca artikel ayman rashdan wong tentang buffer state & geopolitik.
Quote enhe.duanna 27-10-2019 09:41 AM
Asdan replied at 26-10-2019 11:30 PM
nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki

since amerika tidak participate war dan withdraw military di syria.... tempat itu telah di kosong kan but kawasan puak kurdish yang selama ini pro amerika .... trump sudah fullfill manifesto GE...... turkish mahu ambil alih buat penempatan pelarian syria ..so mereka perlu berhadapan dengan puak kurdish.... sekarang turkey makin besar kepala .....

if. kurdish di bedil i pasti amerika masuk semula ...but mangsa nya harmless citizen ....

Quote Asdan 28-10-2019 12:07 PM
Lagubestbest replied at 27-10-2019 03:32 AM
Kurdish+USA dah makin kuat kat situ. Turki taknak "geng teroris kurdish tajaan kurdistan" hidup da ...

sejarahnya turki pernah bunuh 1.5 juta orang armenia
https://en.wikipedia.org/wiki/Armenian_Genocide
sejarah boleh berulang

Quote Foxey 28-10-2019 03:42 PM
Ayat2 dia dalam surat tu lack of diplomacy sungguh.
Quote gigahertz 29-10-2019 07:02 AM
Asdan: nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki

kim kardishan tu ada kena mengena dengan kurdish kan?
Quote gigahertz 29-10-2019 07:05 AM
BicaraHatiku: US ni semua la nak campur... Hong Kong pun sibuk nak campor... padahal negara sendiri banyak homeless.

semalam kelmarin kan i tgk berita tv9 .ada sebut korea selatan mewujudkan stu akta sempena kes artis suli korea bunuh diri. tapi part yang kelakar {:run background belakang masjid al aqsa/budak palestine.  dalam hati i "eh rajin pulak korea selatan campur tangan isu palestine." rupanya tv9 lambat update background{:freak

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.398979s Gzip On
To Top