Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Apa Pula Nasib Depan Mak Lepas Ni" - 'Sunway Longkang' Mengimbas Nostalgia

16-10-2019 11:57 AM Komen: 41
Bulan Oktober merupakan tempoh peralihan monsun, semasa tempoh peralihan monsun ini, kebanyakan kawasan di negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. 

Dalam erti kata lain,  Monsun Timur Laut yang berlaku dari bulan November ke Mac ini membawa hujan lebat di negara kita terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak. 

Kredit Foto FB  Echan Al-Ikhsan

Seorang pengguna FB telah berkongsi video beberapa remaja di kawasan kejiranan Taman Idaman Kluang Johor bermain 'Sunway Longkang' 'memanfaatkan' keadaan yang berlaku ketika itu.

Lihat video :


Video ini mendapat 630 kali tanda suka dan telah dikongsi sebanyak 2.5k kali. Rata-rata warganet berasa seronok melihat gelagat remaja berkenaan meluncur laju di dalam longkang tersebut.


Malah ada juga warganet yang terkenang kisah zaman kanak-kanak dahulu..


Namun ada juga komen dari warganet yang merasakan perbuatan ini mengundang bahaya.



Penulis pasti aspek keselamatan telah diambil kira sebelum aktiviti ini dilaksanakan. 

Apapun reaksi warganet, yang nyata remaja-remaja berkenaan telah mencipta suatu kenangan indah yang bakal diceritakan pada anak cucu mereka kelak. 

Termasuklah aftermath kemungkinan kena pukul dengan mak ayah lepas video ini menjadi viral.

Amacam? Korang ada pengalaman yang sama tak masa zaman kanak-kanak dulu? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 41
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote najib888 20-10-2019 12:11 PM
Longkang2 di taman2 perumahan sebenarnya direka semata2 untuk pengaliran air hujan. Segala mala hasil kumbahan, dari tandas atau sinki akan disalurkan ke paip kumbahan.

Cuma yg menjadi masalahnya, bila ada yg buat renovation, ambil jalan mudah. Saluran sinki disambung straight ke longkang. Sebab tu longkang busuk dan kotor.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 16-10-2019 11:59 AM
Perbuatan yang membahayakan betul2 hanyut satu hal abam bomba nak kena gi cari
Quote Eric.n9 16-10-2019 12:22 PM
Seronok2 jugak. Safety pun kena jaga jugak dik oiii.
Quote cikja 16-10-2019 12:23 PM
Aku plk yg sronok sengih2 tgk ko main mcm tu dik...hehe
Quote msdummy.2018 16-10-2019 12:24 PM
aku serius xnmpk itu lucu...BRBAHAYA GILER...MMG DAPAT LIBASAN NI
Quote Kurex 16-10-2019 12:42 PM
Zaman kecik kurex dipenuhi dengan aktiviti lasak... Kena rotan dgn ayah aku.. Adoiiiii tapi buat lagi
Quote Boomibulat 16-10-2019 12:46 PM
Kurex replied at 16-10-2019 12:42 PM
Zaman kecik kurex dipenuhi dengan aktiviti lasak... Kena rotan dgn ayah aku.. Adoiiiii tapi buat lag ...

Rotan kat montot ke..
Quote Kurex 16-10-2019 12:50 PM
Boomibulat replied at 16-10-2019 12:46 PM
Rotan kat montot ke..

Kaki & belakang badan.. Zappp
Quote sarahmirza 16-10-2019 01:10 PM
Anak2 siapa la ni dibiar berkeliaran sana sini..
Kena culik, hanyut masuk longkang besar ke nanti, semua menyusahkan orang.


Quote RatuDunia94 16-10-2019 01:30 PM
Dh boleh kot parentsnya kumpul duit bawa pergi mana2 water park..
Quote djzara81 16-10-2019 01:31 PM
Euwww..longkang tmpt org lepas hajat, buang smph etc..Even air hujan deras sekali pon, tetap kotor longkang tu.
Quote belilies 16-10-2019 01:48 PM
Walaupun xtvt deyols ni bahaya, iols lagi prefer deyols main longkang drp main henfon.
Quote Mfzg89 16-10-2019 02:00 PM
djzara81 replied at 16-10-2019 01:31 PM
Euwww..longkang tmpt org lepas hajat, buang smph etc..Even air hujan deras sekali pon, tetap kotor l ...

Kecik2 mana reti kotor ni kak.. semua main bedal je..bakteria pn dah x efek kn badan..

Quote armin 16-10-2019 02:11 PM
Arwah adik meols meninggal sbb jatuh longkang masa hujan lebat kat sekolah. Dia tak main pun tp longkang tu takde pagar. Masuk longkang besar 3 hari baru jumpa. Bahaya la sbb arus deras
Quote chicozinn 16-10-2019 02:16 PM
bersih la longkang2 kat kluang sbab sunway longkang ni..hehehheehe
Quote fly_in_d_sky 16-10-2019 02:22 PM
ni baru betul merasai zaman remaja
main benda yang bukan-bukan dari mengadap handphone sampai nak tembus skrin ...

macam best pula ...
Quote palmolive 16-10-2019 02:27 PM
kasihan sama dia orang..mampu main longkang jek..
saya dulu tu main parit sawah...lagi thrill..lintah banyak
Quote lynakajang 16-10-2019 02:40 PM
Johor hujan ke weh? Untung la, kat tempat aku asyik terik memanjang minggu ni, aku dah makin kurus dah sbb lemak terbakor
Quote saviour_09 16-10-2019 03:19 PM
best

kecik2 dulu gini la
pantang hujan
ada je longkang parit becak dicari

paling koman main bola
sekali tendang sekali superman
bola nya tak gol2 jugak



memori
Quote gummygummy 16-10-2019 03:24 PM
Kecik dlu pon suka main dlm longkang. susur je longkang tu, sekali bapak balik keje nampak aku dalam longkang. Terus dia stndby depan rumah pegang kayu. Aku masuk terus berdesup ke bawah meja makan.

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.196737s Gzip On
To Top