Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Sombong, Angkuh, Kejam, Takabur' - Ibu Bapa Dan Guru Pakat Gulingkan Pengetua

15-10-2019 11:16 AM Komen: 190
Seseorang Pengetua diandaikan sebagai nahkoda sesebuah kapal, yang menentukan prestasi sekolah, guru dan murid-muridnya. 


Kredit foto: Twitter / Carian Google


Oleh itu, seseorang yang memegang jawatan itu perlulah layak dan mampu mengejar kecemerlangan prestasi di samping mempunyai  nilai toleransi terhadap orang bawahan dan sekelilingnya. Jika tidak, pasti akan menjadi masalah kepada sesebuah organisasi.


Kredit foto: Twitter

Demikianlah yang berlaku di SMK Kubur Panjang, Kedah Darul Aman. Sebuah video kini tersebar di Twitter yang menunjukkan hampir 100 orang waris-waris sekolah tersebut telah menyatakan bantahan mereka terhadap kepimpinan Pengetua di sekolah itu.

'Kami waris-waris SMK Kubur Panjang, dengan ini mendesak supaya Pengetua ditukarkan dengan kadar segera'  kata mereka beramai-ramai.



Menurut portal Lobak Merah, punca bantahan itu ialah sikap sombong, angkuh, kejam dan takabur Pengetua tersebut.

Pengetua itu juga dikatakan gagal menjaga kebajikan guru di sekolah tersebut. Ini telah mengakibatkan PIBG dan guru di sekolah tersebut mendesak agar Pengetua itu ditukarkan ke sekolah yang lain.


Kredit foto: Twitter



Maklumat tambahan di sebuah Facebook Pertubuhan Barakah Malaysia turut mendedahkan bahawa Pengetua itu bertindak seperti diktator sehingga mendatangkan tekanan kepada sistem pentadbiran sekolah. 


Kredit foto: Facebook


Seorang guru bernama Lukman Moidin yang mengaku pernah dianiaya oleh Pengetua tersebut mendakwa beliau (Pengetua) itu turut mempunyai reputasi buruk di sekolah terdahulunya.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan Pengetua yang tidak dinamakan itu benar-benar melakukan semua dakwaan terhadapnya. 

Oleh itu semoga pihak yang berkenaan dapat membuat siasatan lanjut sebelum menjatuhkan sebarang hukuman supaya keadilan benar-benar ditegakkan.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 190
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rosli_nurizzati 21-10-2019 10:16 AM
so isu pengetua ni? tak faham dia pakai acronym2 ni.. ayat macam su politik dah...  apa masalah pengetua? or depa tak tahan cara kerja dia sebenarnya? always 2 side of story.. so nak tahu apa masalah pengetua tu.. adik aku pun dapat pengetua hansuang jugak, perempuan, and andartu.. tapi adik aku buat bodo ja, ikut ja request dia.. boleh lak pengetua tu lenient ngan adik aku.. tetiba jadi cikgu faberet...

Lain-lain Komen

Quote ell768 15-10-2019 11:20 AM
ganas..sekampung keluar protes ni...takde citer detail ke yg kene aniaya tu apa kes..dah ghuper citer tamil tu plak aku tgk..
Quote Sang_Pencinta 15-10-2019 11:25 AM
Edited by Sang_Pencinta at 15-10-2019 02:57 PM

Aniaya betul ke? Kadang pengetua pun ada yg terlalu garang

Cikgu2 pun sama ada yg manja sangat
Quote Mina2215 15-10-2019 11:25 AM
Wahhh ni baru macam pilem tamil Ratchaasi yg Menteri Pendidikan syorkan untuk tengok aritu
Quote Sang_Pencinta 15-10-2019 11:27 AM
Edited by Sang_Pencinta at 15-10-2019 02:58 PM

Sombong angkuh takabur tu macam tsk tsk...

Tapi tang kejam tu kenapa pulak...
Untitled1234.png Untitled1234q.png EG1W7Q1VAAEHGCg.jpg
Quote Atata 15-10-2019 11:27 AM
Kesian. Mesti malu dn tertekan gila pengetua tu skrg. Tp kalau doa mmg diktator, cash laa. Tapi kalau staff ni yg ngade2, semoga Allah bantu pengetua tu
Quote haryatie 15-10-2019 11:31 AM
apa pengetua tu da buat
Quote Eric.n9 15-10-2019 11:34 AM
ell768 replied at 15-10-2019 11:20 AM
ganas..sekampung keluar protes ni...takde citer detail ke yg kene aniaya tu apa kes..dah ghuper cite ...

Haha, klu setakat sorang dua yg protes, boleh kata hal personal la.
Ini ha satu kampung yang keluar.
Klu tak goyang jugak tak tau lah.

Masih mencari berita yang sahih, pasal kes ni.
Ada je jumpa, tapi biasalah, banyak yang telah ditambah ajinomoto
Quote Sang_Pencinta 15-10-2019 11:34 AM
Oleh : LUKMAN MOIDIN

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada YDP dan AJK PIBG sebuah sekolah yang telah melangsungkan ¡®Mesyuarat Agung Khas¡¯ melalui sokongan padu ibu bapa dan majoriti warga guru. Semuanya berlaku kerana aduan rasmi dan petisyen guru-guru sekolah ini terhadap pengetua SAKIT @ (Sombong -Angkuh - Kejam ¨C Irihati- Takabur) tidak diendahkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri sejak beberapa bulan lalu.

YDP dan AJK PIBG mengambil langkah lebih berani mendesak secara terbuka agar pengetua SAKIT ini ditukar atau ¡®disejukbekukan¡¯ dalam jabatan. Kami difahamkan pihak JPN pada awalnya bersetuju ¡®mengambil tindakan¡¯ tetapi akhirnya bertindak membela pengetua berkenaan yang terbukti mempunyai banyak masalah di beberapa buah sekolah sebelum ini. Peristiwa ini merupakan sejarah dan juga rekod buruk memalukan JPN. Ianya semakin menghakis kepercayaan, keyakinan dan melambangkan kelemahan pemimpin pendidikan yang diberikan amanah menyelesaikan isu dan masalah yang berbangkit dalam mengurus sistem pendidikan negara. Sikap menyimpan masalah ini lebih memburukkan keadaan dan menjadi barah yang merosakkan persekitaran pekerjaan keguruan.

Keadaan sekarang amat malang kerana semakin ramai guru menjadi mangsa segelintir PGB SAKIT yang membunuh karektor (character assassination) kakitangan mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang kehilangan lebih ramai ¡®guru BAGUS¡¯ @ (Berani¨C Aktif ¨C Gigih ¨C Upaya ¨C Semangat) akibat tindakan kejam tanpa keadilan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kebanyakkan warga pendidikan yang dianiaya, tidak mendapat pembelaan sewajarnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Kekadang aduan yang dibawa ke Unit Integriti KPM juga sepi tanpa berita seperti yang telah dilalui oleh penulis sendiri.

Peristiwa sama berlaku terhadap penulis sewaktu bertugas di sebuah sekolah pada tahun lalu. Selama 10 bulan bertugas bermacam masalah dihadapi warga sekolah. Kami dilayan dengan kasar dan tidak beradab oleh pengetua SAKIT. Malah NUTP mencadangkan petisyen dibuat bagi membantu tetapi disebabkan ramai guru takut ditukarkan serta markah prestasi mungkin terjejas, maka usaha ini tidak mendapat sokongan. Ramai mula menjadi enau dalam belukar !!. Pengetua pula menjual nama pegawai di JPN dan mengugut menukarkan sesiapa yang menentangnya. 5 orang ¡®guru BAGUS¡¯ berjaya dipindahkan dengan begitu mudah oleh pihak PPD. Penulis memohon berpindah secara sukarela bagi mengurangkan tekanan emosi.

Anjakan kelima PPPM 2013-2025 ialah ¡®MEMASTIKAN kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah¡¯. Perkataan ¡®memastikan¡¯ itu boleh dianggap sebagai langkah paling berhati-hati KPM dalam meletakkan seseorang pentadbir mengurus sekolah. Pemilihan Pengetua / Guru Besar (PGB) hari ini tidak lagi sama berbanding 10 atau 15 tahun lalu kerana kebanyakkan PGB ketika itu diarahkan @ diminta memohon jawatan oleh PPD atau JPN setelah melihat kebolehan dan keupayaan mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru biasa, penolong kanan dan akhirnya ¡®mendapat pekenan¡¯ untuk mengisi jawatan PGB. Proses yang dilalui oleh mereka agak panjang dan berliku. Ketika itu kami berkhidmat dengan penuh kegembiraan kerana diurus tadbir oleh ramai ¡®PGB SIHAT¡¯ @ (Sayang ¨C Integriti ¨C Hemah ¨C Amanah ¨C Toleransi )

Persekitaran pendidikan hari ini kian berubah sejak NPQEL diperkenalkan dan cara pemilihan PGB juga antaranya adalah atas ¡®kehendak sendiri¡¯ tanpa mengambil kira ¡®pandangan rakan sekerja¡¯. Senang cakap ada yang memohon jawatan PGB sebab gila kuasa, bukan atas kebolehan dan kewibawaannya. Tapisan NPQEL amat longgar hinggakan banyak rungutan mula kedengaran dan KPM semacam tidak mengendahkan. Akhirnya keluar PGB yang berprestasi rendah dan tidak berupaya mengurus emosi sendiri memimpin sekolah dan ianya bertentangan dengan aspirasi anjakan kelima. PGB SAKIT (Sombong Angkuh Kejam Irihati Takabur) menghancurkan kebahagiaan dan kegembiraaan warga pendidik hingga memaksa ramai guru memilih persaraan awal atau bertukar lokasi mencari kebahagiaan dalam pekerjaan. Mereka yang pandai bodek dan bermuka-muka mula bermaharajalela.

PPD dan JPN kini bukan tempat yang boleh diharap dalam membantu mengatasi kemelut yang berlaku dalam kalangan PGB prestasi rendah. Malapetaka apakah yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ?

Sesuatu tindakan MESTI dan WAJIB dilakukan sekarang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar keyakinan warga pendidikan kepada PPD dan JPN boleh dipulihkan, antaranya :

1. Unit aduan di PPD, JPN dan serta Bahagian Integriti KPM perlu berfungsi dengan betul dan tegas serta mempunyai pegawai yang benar-benar adil dan bukan mengikut telunjuk PPD dan JPN. Sebaiknya mereka dilantik dari kalangan PTD atau pegawai SPRM dan benar-benar bebas.

2. Calon guru yang ingin memohon jawatan Pengetua @ Guru Besar (PGB) diwajibkan mendapat sokongan dari bekas rakan sekerja di sekolah-sekolah yang pernah bertugas. Laporan ini adalah sulit sebagai penilaian kelayakan asas dan kewibawaan karektor PGB sebelum KPM melantik mereka sebagai PGB. Kebanyakkan rakan sekerja tahu perangai sebenar seorang PGB ketika mereka menjadi guru biasa. PGB wanita pula sebaiknya mendapat ¡®restu suami¡¯ kerana kajian menunjukkan ramai yang gagal mengurus emosi akibat ¡®ujian kuasa¡¯

3. Sistem sekarang iaitu ¡®memohon jawatan¡¯ mempunyai elemen ¡®gila kuasa¡¯ berbanding sistem ¡®pencalonan¡¯ oleh rakan sekerja, PPD atau JPN supaya yang benar-benar berkelayakan mengisi jawatan PGB bagi mencapai Anjakan Kelima PPPM.

4. Penilaian prestasi : Semua guru di Malaysia wajar mendapat markah prestasi 85% ke atas sekiranya hadir kerja tepat waktu dan balik ikut masa, menyediakan rancangan mengajar dan masuk ke kelas mengajar mengikut jadual. Ugutan markah prestasi rendah tidak boleh dilakukan sekiranya mereka memenuhi 3 perkara utama dalam pekerjaan seorang guru. Pertubuhan menerima banyak aduan guru bahawa terdapat PGB menyalahguna kuasa mengugut mereka dalam isu kenaikan pangkat dan prestasi.

5. Markah prestasi PGB juga dicadangkan boleh diberikan oleh guru dan kakitangan berdasarkan kewibawaan mentadbir sekolah. Ini akan mewujudkan budaya saling bergantung antara satu sama lain dan tidak berat sebelah.

6. Perlucutan jawatan atau turun pangkat PGB bermasalah perlu diberikan perhatian serius oleh KPM memandangkan isu ini semakin menghambat kegembiraan bekerja warga sekolah. Pertubuhan mencadangkan agar semua guru diberikan kebenaran untuk membuat petisyen rasmi dengan menyenaraikan salahlaku PGB dan disokong 60 % hingga 80 % warga sekolah bagi diambil tindakan siasatan oleh KPM. Sekiranya aduan ini berasas maka KPM harus mengambil tindakan turun pangkat kepada PGB.

KPM perlu mengambil serius apa yang sedang dihadapi ramai warga pendidikan sekarang. Tekanan jiwa dan sakit mental dalam kalangan guru semakin bertambah, persaraan awal terus menjadi pilihan dan ada tindakan guaman yang terpaksa diambil demi pembelaan. Nasi sebenarnya sudah menjadi bubur apabila tikus diberikan jawatan membaiki labu. Jawatan bukan keistimewaan untuk menunjukkan keangkuhan atau tidak melakukan perubahan. Jika tidak sanggup berdepan masalah atau mengambil tindakan berani demi kebaikan ramai lebih baik menolak jawatan yang ditawarkan dari merosakkan organisasi.

Sebenarnya begitu banyak maklumat yang kami terima dari berbagai pihak tetapi apakan daya, kami hanya mentimun yang tidak berkuasa. Melalui nasihat ramai rakan yang memahami, penulis juga sedang berusaha untuk mengambil tindakan guaman kepada pihak-pihak yang terlibat menabur pasir dalam periuk nasi penulis. Malah pegawai siasatan di JPN juga tidak menyiasat dengan telus aduan dan laporan polis penulis sebaliknya mengugut dan mengertak penulis menarik balik aduan terhadap pengetua SAKIT. Penulis juga tiada pilihan kerana sehingga hari ini pihak PPD dan JPN langsung tidak membantu isu yang sedang dihadapi. Penulis memohon sokongan dan DOA semua agar perkara ini dipermudahkanNya. Ameen

Sekiranya anda bersimpati dan bermurah hati sudilah membantu tindakan guaman yang akan dilakukan nanti. Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan ke Akaun Maybank :
1520 2321 3599 sebagai
tanda soladiriti, bantuan anda amatlah dihargai.

Terima kasih kerana sudi membaca serta berkongsi tulisan ini. Semoga Allah SWT berkati.

Penulis ialah :
&#128313engerusi Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia
&#128313akar Motivasi Kecemerlangan & Kaunselor Berdaftar
🔹Tokoh Belia Negara 2008 Kategori Kepimpinan Negeri Kedah
🔹Johan Juara Penuh Disiplin Pegawai Kanan Kor Kadet PDRM
&#128313anel Pemikir & Duta Pendidikan GPMS Kedah
🔹Anugerah Penglibatan Kaunselor Cemerlang
&#128313enceramah /Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa KPM (2015-2017)
Quote ell768 15-10-2019 11:36 AM
Eric.n9 replied at 15-10-2019 11:34 AM
Haha, klu setakat sorang dua yg protes, boleh kata hal personal la.
Ini ha satu kampung yang kelu ...

kan...mmg sesuatu ni...wajin kene korek lg apa kes ni sampai mcm tu sekali..ni baru laa PIBG betul2 buat keje...
Quote lalalxlx 15-10-2019 11:36 AM
hearsay pengetua tu dah beberapa kali ditukarkan sekolah..apa pengetua tu buat sampai kena guling mcm tu sekali..
Quote tajmahal 15-10-2019 11:36 AM
kat twitter,ramai dah tumpah teh pasal gb ni. kat sekolah lama pun gb ni buat perangai yang sama.
Quote Sang_Pencinta 15-10-2019 11:38 AM
Masalahnya epnulis dakwaan di atas, Cikgu Lokman ni bila orang minta contoh kekejaman Pengetua tersebut , dia tak bagi pulak

Zaleha Hussain Cuba senarai atau beri cth.. Tindakan PGB yg dikatakan sakit tu... Hihi
Najib Jib Zaleha Hussain sy masih mencari cth tindkn pgb sakit tu tp x jmp.....seeloknya terus bg cth br kite sama2 dpt nilai baik buruk tndkn pgb tu
Hasmawatie Harun Zaleha Hussain saya sokong.. hi3.. sekadar nak ambiltahu 😊😊
Najib Jib Hasmawatie Harun bile kite tnye kite pulak disalahkn sbb mls bc...dh pnjg lbr bc karangan tp xde pn tulis cth....
Quote balqishku 15-10-2019 11:39 AM
kalau betul pengetua bersikap mcm ni buat penyiasatan. kalau bersalah boleh peram dia kat JPN ataupun PPD.
Quote Sang_Pencinta 15-10-2019 11:39 AM
Siapa nama pengetua tu wei??  nak CSI
Quote TravellingBear 15-10-2019 11:39 AM
Nama sekolah pun kubur panjang hehe
Quote ell768 15-10-2019 11:40 AM
tapi kalau citer pasal PPD mmg xleh pakai pon...nak2 lg PPD area sepang tu kuang hajo nak mampos..aku rs elok jgk drg buat mcm ni..bg bukak mata semua pihak sikit..igt yg kt atas tu mmg selama2 sampai mampos ke duk kt atas?choii  
Quote IzzahF 15-10-2019 11:42 AM
SMK Kubur Panjang hapeke takde nama lg seram ke
Quote scorpionkiki 15-10-2019 11:44 AM
Guru BAGUS ditendang, Pengetua SAKIT ditatang.

Oleh : LUKMAN MOIDIN

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada YDP dan AJK PIBG sebuah sekolah dalam daerah Pendang, Kedah yang telah melangsungkan ¡®Mesyuarat Agung Khas¡¯  melalui sokongan padu ibu bapa dan majoriti warga guru. Semuanya berlaku kerana aduan rasmi dan petisyen guru-guru sekolah ini terhadap pengetua SAKIT @ (Sombong -Angkuh - Kejam ¨C Irihati- Takabur) tidak diendahkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sejak beberapa bulan lalu.

YDP dan AJK PIBG mengambil langkah lebih berani mendesak secara terbuka agar pengetua SAKIT ini ditukar atau ¡®disejukbekukan¡¯ dalam jabatan. Kami difahamkan pihak JPN pada awalnya bersetuju ¡®mengambil tindakan¡¯  tetapi akhirnya bertindak membela pengetua berkenaan yang terbukti mempunyai banyak masalah di beberapa buah sekolah sebelum ini. Peristiwa ini merupakan sejarah dan juga rekod buruk memalukan JPN Kedah. Ianya semakin menghakis kepercayaan, keyakinan dan melambangkan kelemahan  pemimpin pendidikan yang diberikan amanah menyelesaikan isu dan masalah yang berbangkit dalam mengurus sistem pendidikan negara. Sikap menyimpan masalah ini lebih memburukkan keadaan dan menjadi barah yang merosakkan persekitaran pekerjaan keguruan.

Keadaan sekarang amat malang kerana semakin ramai guru menjadi mangsa segelintir PGB SAKIT yang membunuh karektor (character assassination) kakitangan mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang kehilangan lebih ramai ¡®guru BAGUS¡¯ @ (Berani¨C Aktif ¨C Gigih ¨C Upaya ¨C Semangat) akibat tindakan kejam tanpa keadilan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kebanyakkan warga pendidikan yang dianiaya, tidak mendapat pembelaan sewajarnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri seperti yang dilakukan oleh JPN Kedah. Kekadang aduan yang dibawa ke Unit Integriti KPM juga sepi tanpa berita seperti yang telah dilalui oleh penulis sendiri.

Peristiwa sama berlaku terhadap penulis sewaktu bertugas di sebuah sekolah pada tahun lalu. Selama 10 bulan bertugas bermacam masalah dihadapi warga sekolah. Kami dilayan dengan kasar dan tidak beradab oleh pengetua SAKIT. Malah NUTP mencadangkan petisyen dibuat bagi membantu tetapi disebabkan ramai guru takut ditukarkan serta markah prestasi mungkin terjejas, maka usaha ini tidak mendapat sokongan. Ramai mula menjadi enau dalam belukar !!. Pengetua pula menjual nama pegawai di JPN dan mengugut menukarkan sesiapa yang menentangnya. 5 orang ¡®guru BAGUS¡¯ berjaya dipindahkan dengan begitu mudah oleh pihak PPD. Penulis memohon berpindah secara sukarela bagi mengurangkan tekanan emosi.

Anjakan kelima PPPM 2013-2025  ialah ¡®MEMASTIKAN kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah¡¯. Perkataan ¡®memastikan¡¯ itu boleh dianggap sebagai langkah paling berhati-hati KPM dalam meletakkan seseorang pentadbir mengurus sekolah. Pemilihan Pengetua / Guru Besar (PGB) hari ini tidak lagi sama berbanding 10 atau 15 tahun lalu kerana kebanyakkan PGB ketika itu diarahkan @ diminta memohon jawatan oleh PPD atau JPN setelah melihat kebolehan dan keupayaan mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru biasa, penolong kanan dan akhirnya ¡®mendapat pekenan¡¯ untuk mengisi jawatan PGB. Proses yang dilalui oleh mereka agak panjang dan berliku. Ketika itu kami berkhidmat dengan penuh kegembiraan kerana diurus tadbir oleh ramai ¡®PGB SIHAT¡¯  @ (Sayang ¨C Integriti ¨C Hemah ¨C Amanah ¨C Toleransi )

Persekitaran pendidikan hari ini kian berubah sejak NPQEL diperkenalkan dan cara pemilihan PGB juga antaranya adalah atas ¡®kehendak sendiri¡¯ tanpa mengambil kira ¡®pandangan rakan sekerja¡¯. Senang cakap ada yang memohon jawatan PGB sebab gila kuasa, bukan atas kebolehan dan kewibawaannya. Tapisan NPQEL amat longgar hinggakan banyak rungutan mula kedengaran dan KPM semacam tidak mengendahkan. Akhirnya keluar PGB yang berprestasi rendah dan tidak berupaya mengurus emosi sendiri memimpin sekolah dan ianya bertentangan dengan aspirasi anjakan kelima. PGB SAKIT (Sombong Angkuh Kejam Irihati Takabur) menghancurkan kebahagiaan dan kegembiraaan warga pendidik hingga memaksa ramai guru memilih persaraan awal atau bertukar lokasi mencari kebahagiaan dalam pekerjaan. Mereka yang pandai bodek dan bermuka-muka mula bermaharajalela.

PPD dan JPN kini bukan tempat yang boleh diharap dalam membantu mengatasi kemelut yang berlaku dalam kalangan PGB prestasi rendah. Malapetaka apakah yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ?

Sesuatu tindakan MESTI dan WAJIB dilakukan sekarang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar keyakinan warga pendidikan kepada PPD dan JPN boleh dipulihkan, antaranya :

1. Unit aduan di PPD, JPN dan serta Bahagian Integriti KPM perlu berfungsi dengan betul dan tegas serta mempunyai pegawai yang benar-benar adil dan bukan mengikut telunjuk PPD dan JPN. Sebaiknya mereka dilantik dari kalangan PTD atau pegawai SPRM dan benar-benar bebas.

2. Calon guru yang ingin memohon jawatan Pengetua @ Guru Besar (PGB) diwajibkan mendapat sokongan dari bekas rakan sekerja di sekolah-sekolah yang pernah bertugas. Laporan ini adalah sulit sebagai penilaian kelayakan asas dan kewibawaan karektor PGB sebelum KPM melantik mereka sebagai PGB. Kebanyakkan rakan sekerja tahu perangai sebenar seorang PGB ketika mereka menjadi guru biasa. PGB wanita pula sebaiknya mendapat ¡®restu suami¡¯ kerana kajian menunjukkan ramai yang gagal mengurus emosi akibat ¡®ujian kuasa¡¯

3. Sistem sekarang iaitu  ¡®memohon jawatan¡¯ mempunyai elemen ¡®gila kuasa¡¯ berbanding sistem ¡®pencalonan¡¯ oleh rakan sekerja, PPD atau JPN supaya yang benar-benar berkelayakan mengisi jawatan PGB bagi mencapai Anjakan Kelima PPPM.

4. Penilaian prestasi : Semua guru di Malaysia wajar mendapat markah prestasi 85% ke atas sekiranya hadir kerja tepat waktu dan balik ikut masa, menyediakan rancangan mengajar dan masuk ke kelas mengajar mengikut jadual. Ugutan markah prestasi rendah tidak boleh dilakukan sekiranya mereka memenuhi 3 perkara utama dalam pekerjaan seorang guru. Pertubuhan menerima banyak aduan guru bahawa terdapat PGB menyalahguna kuasa mengugut mereka dalam isu kenaikan pangkat dan prestasi.

5. Markah prestasi PGB juga dicadangkan boleh diberikan oleh guru dan kakitangan berdasarkan kewibawaan mentadbir sekolah. Ini akan mewujudkan budaya saling bergantung antara satu sama lain dan tidak berat sebelah.

6. Perlucutan jawatan atau turun pangkat PGB bermasalah perlu diberikan perhatian serius oleh KPM memandangkan isu ini semakin menghambat kegembiraan bekerja warga sekolah. Pertubuhan mencadangkan agar semua guru diberikan kebenaran untuk membuat petisyen rasmi dengan menyenaraikan salahlaku PGB dan disokong 60 % hingga 80 % warga sekolah bagi diambil tindakan siasatan oleh KPM. Sekiranya aduan ini berasas maka KPM harus mengambil tindakan turun pangkat kepada PGB.

KPM perlu mengambil serius apa yang sedang dihadapi ramai warga pendidikan sekarang. Tekanan jiwa dan sakit mental dalam kalangan guru semakin bertambah, persaraan awal terus menjadi pilihan dan ada tindakan guaman yang terpaksa diambil demi pembelaan. Nasi sebenarnya sudah menjadi bubur apabila tikus diberikan jawatan membaiki labu. Jawatan bukan keistimewaan untuk menunjukkan keangkuhan atau tidak melakukan perubahan. Jika tidak sanggup berdepan masalah atau mengambil tindakan berani demi kebaikan ramai lebih baik menolak jawatan yang ditawarkan dari merosakkan organisasi.

Sebenarnya begitu banyak maklumat yang kami terima dari berbagai pihak tetapi apakan daya, kami hanya mentimun yang tidak berkuasa. Melalui nasihat ramai rakan yang memahami, penulis juga sedang berusaha untuk mengambil tindakan guaman kepada pihak-pihak yang terlibat  menabur pasir dalam periuk nasi penulis. Malah pegawai siasatan  di JPN Kedah juga tidak menyiasat dengan telus aduan dan laporan polis penulis sebaliknya mengugut dan mengertak penulis menarik balik aduan terhadap pengetua SAKIT. Penulis juga tiada pilihan kerana sehingga hari ini pihak PPD dan JPN langsung tidak membantu isu yang sedang dihadapi. Penulis memohon sokongan dan DOA semua agar perkara ini dipermudahkanNya. Ameen

Sekiranya anda bersimpati dan bermurah hati sudilah membantu tindakan guaman yang akan dilakukan nanti.  Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan ke Akaun Maybank :
1520 2321 3599 sebagai
tanda soladiriti, bantuan anda amatlah dihargai.

Terima kasih kerana sudi membaca serta berkongsi tulisan ini. Semoga Allah SWT berkati.

Penulis ialah :
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia
Pakar Motivasi Kecemerlangan & Kaunselor Berdaftar
Tokoh Belia Negara 2008 Kategori Kepimpinan Negeri Kedah
Johan Juara Penuh Disiplin Pegawai Kanan Kor Kadet PDRM
Panel Pemikir & Duta Pendidikan GPMS Kedah
Anugerah  Penglibatan Kaunselor Cemerlang
Penceramah /Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa KPM (2015-2017)
Quote akakdendeng 15-10-2019 11:57 AM
hujung mohon derma.  tak kisah lah nak mintak derma ke apa ke tapi kalau sy nak menderma sy nak kepastian apa kesalahan guru besar tu.  Betul ke segala tuduhan tu?

Lihat semua komen(190)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.147237s Gzip On
To Top