Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Nak Kahwin, Tapi Belum Jumpa Jodoh" - Syafiq Farhain Mula Rasa Sunyi

14-10-2019 05:16 PM|Oleh: ameenarara| Komen: 108

Siapa yang tidak fikir pasal jodoh, tambah pula bila usia semakin meningkat bukan? Tidak terkecuali Syafiq Farhain yang sedang membina nama dalam industri seni.

Dia juga mengakui hidupnya kadangkala sunyi apabila kebanyakkan rakan-rakan seusia dengannya sudah mula mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang.


Foto: Instagram Syafiq Farhain

Niat di hati ingin berkahwin, namun Syafiq masih belum menemui mana-mana wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.

Tambahnya lagi, dia tidak meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya, namun dia berdoa agar tidak lewat untuk bertemu jodoh dan menimang cahaya mata dalam usia yang masih kuat untuk bekerja.



Ketika ditemu bual Berita Harian, gadis impiannya mestilah seorang yang tidak kuat cemburu serta sanggup mengharungi kehidupan susah senang bersamanya.

Dia risau dirinya dihambat rasa serba salah jika peminat wanita bertindak diluar jangkaan sehingga menimbulkan rasa cemburu buta pada pasangan.



Melihat kepada kerjayanya pula, Syafiq mencuba konsep baru untuk lagunya dengan tidak lagi berkisarkan cinta manusia. Dia beralih arah dengan lagu berkonsepkan cinta ketuhanan seperti lagu Demi Setia ciptaan Al-Farouq.

Konsept tersebut adalah salah satu cara untuk dirinya menyumbang kepada unsur positif dalam penyampaian lagu.



Lagu tersebut berkisahkan sifat manusia yang melupakan tanggungjawabnya pada Allah dan lagu ini juga turut memberi kesan pada dirinya setiap kali menyanyi.

Sabarlah Syafiq dan banyakkan berdoa. Jodoh itu ada untuk setiap manusia. Antara cepat dan lambat sahaja. Apa yang penting, persiapkan diri dulu sebelum berumah tangga. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 108
Komen

Previous : Jangan Percaya Maaf Penagih Dadah - Ameng

Next       : "Anak Kritikal! Tapi Sibuk Berkaraoke, Sibuk Nak Kurus!" - Abby Abadi Kena Maki

Komen Terbaru

Quote caritegar 24-10-2019 05:21 PM
Mari chuolls,,,kawen dengan iolls...pintu hati sedia terbuka buat mu

Lain-lain Komen

Quote Kurex 14-10-2019 05:21 PM
Wowww lengan dia!!!
Kan bagus dapat baring berbantalkan lengan syafiq sambil shafiq nyanyi lagu  cinta dgn sayup tepi telinga..

Jangan risau syafiq, kurex ada abg syafiq..
Quote annadonna 14-10-2019 05:21 PM
insya Allah ramai orang nakkan kau dek. Sebab kau ada kerja tetap, so nyanyian tu boleh laa buat memikat hati gadis gadis. Hensem pun ya, suara sedap pun ya, berpendapatan tetap pun iya.
Quote epis 14-10-2019 05:35 PM
La igtkan dia ni dah kawen...
Quote doubleA 14-10-2019 05:46 PM
kalau ko buka kaunter je dek, mesti barisan sampai tak nampak hujung

nak buat camana jodoh ni bukan boleh main daftar je, kalau tak takdir yg menemukan di mana2 dan saling tertarik antara satu sama lain, tak jadi jugak. sampai masa nanti ada la tu
Quote Psfzi 14-10-2019 05:46 PM
Who are yousss?
Quote little_sis 14-10-2019 05:49 PM
aku igtkan dh ada gf dia ni..
Quote pencintaABC 14-10-2019 05:51 PM
Ingatkan da kawen
Quote Quinharley 14-10-2019 05:52 PM
hi, me pun single dan kesunyian
Quote TerataiMelur02 14-10-2019 05:54 PM
Kurex replied at 14-10-2019 05:21 PM
Wowww lengan dia!!!
Kan bagus dapat baring berbantalkan lengan syafiq sambil shafiq nyanyi lagu  ci ...

Semoga impian kurex terlaksana
Quote Boomibulat 14-10-2019 05:55 PM
Kurex replied at 14-10-2019 05:21 PM
Wowww lengan dia!!!
Kan bagus dapat baring berbantalkan lengan syafiq sambil shafiq nyanyi lagu  ci ...

Semoga syafik sudi azan ditelinga kanan kurex..dan iqamat di belah kiri
Quote xixin5230 14-10-2019 05:55 PM
Kawen dgn sherry al hadad la...sherry comels dan kelakar.....pasti hidup x sunyi lagiii....
Quote Boomibulat 14-10-2019 05:56 PM
Umur br 25 dh gatal nk kawin..
Quote unguaurora 14-10-2019 06:04 PM
Boomibulat replied at 14-10-2019 05:56 PM
Umur br 25 dh gatal nk kawin..

26 tahun kan baya khai bahar? KB perangai kebudak2an, si ain ni plak mcm bapak bdk umur 36...hihihi
Quote Boomibulat 14-10-2019 06:06 PM
unguaurora replied at 14-10-2019 06:04 PM
26 tahun kan baya khai bahar? KB perangai kebudak2an, si ain ni plak mcm bapak bdk umur 36...hihih ...

Lbh kurang la tu..kat BH ckp 25..
Quote cap_ayam 14-10-2019 06:09 PM
Cuba tanya mak kalau boleh carikan calon isteri.
Quote RonnySia 14-10-2019 06:20 PM
PA dia nama alia tu bukan ke gf dia ape pulak belum jumpa jodoh nye propaaaa jek
Quote Perawankota 14-10-2019 06:24 PM
Yerlah tu.. Ntah2 sorok. Gf
Quote aleesyasofia 14-10-2019 06:41 PM
moga jmpa jodoh yg sesuai..
Quote thetimes 14-10-2019 06:47 PM
Yelah... Semoga cepat bertemu dengan jodoh hendaknya

Lihat semua komen(108)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.157511s Gzip On
To Top