Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Utusan Malaysia Dan Kosmo! Tutup Operasi, Apa Nasib 800 Pekerja?

Tukang Tulis|9-10-2019 10:25 AM Komen: 59
Ibu Pejabat Kumpuan Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Kredit foto: Carian Google
Masa depan kira-kira 800 pekerja Utusan Melayu (M) Berhad semakin tidak menentu apabila sekali lagi timbul desas-desus bahawa syarikat penerbitan akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu tidak akan lagi beroperasi selepas 9 Oktober.

Memetik laporan myMetro, langkah itu dikatakan ada kaitan dengan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir yang dijangka akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat tersebut.

Abd. Aziz Sheikh Fadzir. Kredit foto: Malaysiakini
Seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan Cawangan Utusan Melayu (NUJ-UM), Muhammad Basir Abu Bakar, semua pekerja telah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya pukul 1 tengah hari.

Andaian operasi syarikat tidak akan diteruskan bertambah kuat apabila wartawan dan jurugambar tidak diberikan tugasan untuk 9 Oktober.

"Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit.

"Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami," katanya.

Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kredit foto: Carian Google
Sementara itu, memetik sumber dalaman di Kumpulan Utusan, langkah penutupan itu adalah untuk beberapa bulan berikutan pengambilalihan saham majoriti anak syarikatnya, Dilof Sdn. Bhd. oleh Aurora Mulia Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary baru-baru ini.

Difahamkan, Kumpulan Utusan akan menjual semua asetnya bagi membayar hutang manakala semua pekerja diberhentikan dan hanya 120 orang sahaja akan diambil semula oleh Aurora Mulia untuk menjalankan operasi portal berita Utusan Online serta Kosmo! Online.

Edisi cetak Utusan Malaysia dan Kosmo! mungkin dihentikan dan diterbitkan secara dalam talian sahaja. Kredit foto: Facebook
Desas-desus tentang penutupan operasi Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad mula berlegar sejak Ogos lalu ekoran krisis kewangan syarikat yang semakin meruncing.

Masalah yang gagal ditangani oleh pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan itu bukan sahaja menyebabkan syarikat gagal menjelaskan hutang-piutangnya malah tidak dapat membayar gaji pekerja dan bayaran ansuran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada bekas pekerja selama berbulan-bulan.

Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada pengurusan Kumpulan Utusan, Dilof atau Aurora Mulia tentang perkara ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
6
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 59
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote haruslah 10-10-2019 12:20 PM
org dah x baca sokaba manual

tp pejabat2 gomen amsih langgan

utusan dah xde kan?

Lain-lain Komen

Quote top5complete 9-10-2019 10:37 AM
tak pe, cariwarrior ada.. boleh try apply kerja sini hahaha
Quote minguk 9-10-2019 10:38 AM
sekarang kurang orang membaca surat kabar. orang lebih memilih digital platform. free.
Quote cikja 9-10-2019 10:43 AM
Kesian plk dkt mak...lps ni dh x dpt baca kosmo...mak acik peminat tegar kosmo ngn mingguan malaysia sbb dlm tu dia suka baca dicelah-celah kehidupan...
Quote Sazida 9-10-2019 10:46 AM
nasi lemak surat khabar pun mesti jrg2 kelihatan
Quote tripleid 9-10-2019 10:47 AM
cashlah sbb byk sgt sebar burita fitnah sblum pru14 dulu
Quote Foxey 9-10-2019 10:51 AM
Pulak dah. Baru je beroperasi cam biasa and my dad pun selalu beli (kalau dia ada kat sini la, kat kampung fox takde jual newspaper ni). Doa yang terbaik untuk pekerja2 utusan dan kosmo
Quote EmaAsmadi 9-10-2019 11:02 AM
Gambar aziz tu macam gampang eh
Quote leylapple 9-10-2019 11:03 AM
Kumpulan Utusan akan menjual semua asetnya bagi membayar hutang manakala semua pekerja diberhentikan dan hanya 120 orang sahaja akan diambil semula oleh Aurora Mulia untuk menjalankan operasi portal berita Utusan Online serta Kosmo! Online.


yang nie takde org meroyan ker kenapa nak jual aset utk bayar hutang?

even 120 pekerja pun agak ramai utk business skrg.. semua nak kecikkan kos operasi...

skrg dunia digital...
Quote Mfzg89 9-10-2019 11:27 AM
start motor buat delivery food.. modal minyak RM5 sehari pn da cukup. boleh la buat survive sementara dapat job lain.
Quote taikor 9-10-2019 11:34 AM
leylapple replied at 9-10-2019 11:03 AM
yang nie takde org meroyan ker kenapa nak jual aset utk bayar hutang?

even 120 pekerja pun ag ...

Benda biasa. Orang lain boleh, PH tak boleh
Quote taikor 9-10-2019 11:35 AM
Mfzg89 replied at 9-10-2019 11:27 AM
start motor buat delivery food.. modal minyak RM5 sehari pn da cukup. boleh la buat survive sementar ...

Join BungkusIt
Quote Sangkar_Emas7 9-10-2019 11:43 AM
kesiannya...semoga nasib pekerja semua terbela.

Quote gigahertz 9-10-2019 11:46 AM
nah surat pekeliling
Quote gigahertz 9-10-2019 11:47 AM
leylapple replied at 9-10-2019 03:03 AM
yang nie takde org meroyan ker kenapa nak jual aset utk bayar hutang?

even 120 pekerja pun ag ...

jual aset sendiri takpe.
Quote gigahertz 9-10-2019 11:48 AM
cikja replied at 9-10-2019 02:43 AM
Kesian plk dkt mak...lps ni dh x dpt baca kosmo...mak acik peminat tegar kosmo ngn mingguan malaysia ...

i pun suka di celah celah kehidupan tu best baca
Quote gigahertz 9-10-2019 11:49 AM
Foxey replied at 9-10-2019 02:51 AM
Pulak dah. Baru je beroperasi cam biasa and my dad pun selalu beli (kalau dia ada kat sini la, kat k ...

Utusan satu satunya yang meniaga kat dunia esok dah nak mati malam ni naik harga
Quote Artemesiaa 9-10-2019 11:52 AM
Tumpas juga akhirnya kesian kepada para pekerja bukan mudah nak cari kerja lain zaman sekarang ni.  
Quote Foxey 9-10-2019 11:56 AM
gigahertz replied at 9-10-2019 11:49 AM
Utusan satu satunya yang meniaga kat dunia esok dah nak mati malam ni naik harga

     
Quote thetimes 9-10-2019 11:57 AM
Apalah nasib pekerja2 ni...dah la sekarang payah nak cari kerja.. kesiannya

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
3.685744s Gzip On
To Top