Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Lucu Dan Kreatif" -Demam Cabaran Tetris Di Malaysia - Tentera Dan Posmen Pun Ada

11-10-2019 11:27 AM Komen: 31
Kredit foto: Instagram #tetrischallenge #unboxchallenge

Unbox Challenge atau Tetris Challenge kini menjadi trending di seluruh dunia. Mungkin masih ada yang belum tahu apakah itu #unboxchallenge / #tetrischallenge ?

Cabaran Tetris ini diinspirasi dari sejenis permainan komputer yang popular satu masa dulu dan masih dimainkan sehingga kini walaupun dengan kemajuan teknologi dan lambakan jenis permainan komputer yang semakin canggih.

Kredit foto: FB Savage Paramedics
Cabaran ini perlu mempamerkan apa sahaja perkakasan atau barangan yang dimiliki atau diperlukan seseorang. Sebagai contoh, perkakasan di dalam kenderaan bomba, pesawat, kelengkapan bayi, keperluan ahli sukan dan sebagainya.

Barangan dan perkakasan berkenaan akan disusun rapi di atas lantai mengikut kreativiti masing-masing. Figura manusia juga turut disusun bersama  untuk menambah elemen unik pada gambar.

Gambar / video akan diambil/ dirakam dari atas. Sekali pandang, persis seperti patung mainan tetapi sebenarnya kesemuanya adalah barangan dan fizikal manusia yang sebenar.

Kredit foto: FB Ruslan Khavriuta - Software Engineer #tetrischallenge

Kredit foto: FB Ariff Budiman

Anggota keselamatan negara turut tidak ketinggalan melakukan cabaran ini yang mula tular di laman sosial sejak 1 September lalu di mana gambar itu diambil menggunakan dron dari sudut pandangan atas bagi merakam aksi anggota dan objek bersama mereka.

Gambar ini sebenarnya dirakam bagi menarik perhatian orang ramai untuk menyertai pasukan The Royal Malaysia Air Force yang akan berada di Karnival Hari ATM pada 20 dan 29 September 2019 di Jeti Operasi TLDM Lumut, Perak. 

Kredit foto: Harian Metro - NO 18 Skuadron Pengkalan Udara TUDM Butterworth melakukan Tetris membabitkan 
pesawat tempur F/A-18D Hornet bersama peralatan dan kru pesawat
Kredit foto: Harian Metro - HELIKOPTER Super Lynx milik TLDM dari Skuadron 501 Markas Udara TLDM Lumut bersama peralatan dan kru turut tular di media sosial.
Kredit foto: FB Rizal Saad

Terbaru, Pos Malaysia pula hasilkan versi mereka sempena Hari Pos Sedunia yang akan disambut pada 9 Oktober setiap tahun.

Kredit foto: FB Pos Malaysia Berhad

Nampaknya ramai dah turut serta menyahut cabaran ini di laman sosial masing-masing. Anda bagaimana? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote imsonaif 14-10-2019 02:21 PM
hahahaha cool giler

Lain-lain Komen

Quote sarah82 11-10-2019 11:47 AM
Posmen cute.
Quote aleesyasofia 11-10-2019 12:01 PM
cantik dan kreatif
Quote gummiebear 11-10-2019 12:15 PM
Cool
Quote CiliPadiSedap 11-10-2019 12:41 PM
moderator cariforum bila nak bergambar camni?
Quote Artemesiaa 11-10-2019 12:43 PM
Bagus jugak benda ni selain sekadar photo boleh belajar dan tambah pengetahuan mengenai seseuatu subject tu
Quote ninnamina 11-10-2019 12:57 PM
Wow yg kecik2 tu rajin betul nak susun
Quote KIM.K 11-10-2019 12:58 PM
Hihihi chtomel sangat
Quote natrahn 11-10-2019 02:42 PM
CiliPadiSedap replied at 11-10-2019 12:41 PM
moderator cariforum bila nak bergambar camni?

hihihi... boleh buat ikut kategori
Quote kucingitam 11-10-2019 02:45 PM
terus musuh tau apa senjata yag tentera bawa...ahaha..

niway, cer unbox korangnya handbag, apa ada dalam tu..*pengsan*
Quote natrahn 11-10-2019 02:55 PM
kucingitam replied at 11-10-2019 02:45 PM
terus musuh tau apa senjata yag tentera bawa...ahaha..

niway, cer unbox korangnya handbag, apa ad ...

hahahahha masa nak susun tu mesti banyak sampah ( handbag aku)
Quote kucingitam 11-10-2019 02:59 PM
natrahn replied at 11-10-2019 02:55 PM
hahahahha masa nak susun tu mesti banyak sampah ( handbag aku)

hahahaa..samalah.

sebabtu aku  tulis *pengsan*..tikus dgn lipas je tak jumpa lagi dlm handbag tu


Quote siputsedut 11-10-2019 03:45 PM
comelnya abang posto tu...abang bomba badan kekar taknak buat jugak ke?
Quote mieymiey 11-10-2019 03:47 PM
Kreatif dan cute jer
Quote GigaMom 11-10-2019 04:53 PM
Kreatif
Kena kat org masuk air tadak harta
Ada pakaian sehelai sepinggang
Lama2 testis pun nmpk
Quote cikja 11-10-2019 05:03 PM
kucingitam replied at 11-10-2019 02:45 PM
terus musuh tau apa senjata yag tentera bawa...ahaha..

niway, cer unbox korangnya handbag, apa ad ...

Hahaha...byk brg dlm henbeg...ala2 poket doraemon...campur sampah skt2... ubt skt.. gula2 skt..kunci skt.. first aid skt.. mekap skt.. stationery skt... secukup rasa laaa kiranya...hahaha
Quote cahaya_emily 11-10-2019 05:09 PM
Cutenyaaaa
Quote tri-max 11-10-2019 05:11 PM
mcm cute tapi macam tak patut kan expose alatan ATM meluas kat socmed
takut ada org salah guna information yg sgt cute nih
Quote mohdcrow 11-10-2019 05:12 PM
Aku tunggu driver lori sampah buat
Quote tuberoses 11-10-2019 07:15 PM
rejimen askar melayu
mesti jenuh nak susun yg kecik2 tu

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.217738s Gzip On
To Top