Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Belum Puas Dengan Karier, Mimi Lana Tak Pernah Terlintas Nak Tumpang Nama Syafiq Kyle

8-10-2019 12:26 PM|Oleh: LilRose| Komen: 23

"Saya dan Syafiq belum lagi terfikir atau mempunyai hasrat untuk membawa hubungan kami ke peringkat yang lebih serius."

Mimi Lana menjelaskan dia masih belum puas dengan karier lakonannya dan mahu terus tingkatkan diri dalam industri.

Oleh itu, dia masih belum berhasrat membawa hubungannya dengan kekasih, pelakon Syafiq Kyle ke peringkat seterusnya.


Kredit foto: IG

"Dia sudah mempunyai nama dan sedang dikenali, lebih baik dia terus fokus. Saya juga sama, banyak lagi perkara yang mahu saya capai dan lalui untuk berada di tahap sepertinya. 

"Saya idamkan untuk membawa pelbagai lagi watak bagi melengkapkan portfolio sebagai seorang pelakon," katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Mimi menepis dakwaan yang menuduh dirinya menggunakan nama dan status Syafiq untuk menumpang populariti.

"Saya tak pernah terlintas untuk menumpang nama Syafiq atau meraih populariti dari perhubungan yang kami jalinkan. Sebelum ini pun, kami diamkan sahaja kasih yang terjalin.

"Namun begitu, saya memang merujuk dengan Syafiq dalam setiap aktiviti seni yang saya lakukan. Pengalaman yang dia ada semenjak berlakon bermula tahun 2011 saya ambil dan aplikasikan dalam kerjaya saya," jelasnya.


Kredit foto: IG

Tegas Mimi, dia hanya menjadikan kisah dan sokongan daripada kekasihnya itu sebagai pembakar semangat.

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Tak begitu? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 23
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : Dah Dapat Lampu Hijau, Nabil Mahir Boleh Pergi Jauh Ke Sebagai Pelakon?

Komen Terbaru

Quote bintangct 9-10-2019 06:42 PM
Suka tgk mimi lana ni... masa berlakun dgn janna dan ariel drama apa tah.. mmg superb lakonan dia
Mimi ni muda lg tp dia mcm tak sesuai bwk watak gila2 remaja mcm janna..
Drama janna skg tgh main kat astro ria.. watak dia sama je dgn watak2 sblm ni - drama dgn baim, dgn ariel, dgn syapik

Lain-lain Komen

Quote mieymiey 8-10-2019 12:54 PM
Membohongnya gambar atas tu Capik lagi tinggi dari Mimi
Quote fushimi 8-10-2019 01:08 PM
dia ni lawa

tapi  kenapa nampak kepam

Quote rotijohanz 8-10-2019 01:11 PM
sian mimilana.......sapik buat sheols mcm chipsmore....dh la capik kata heols bosan tak mo bgndingan dgn mimilanak lagi.........
Quote c_antique 8-10-2019 02:45 PM
mieymiey replied at 8-10-2019 12:54 PM
Membohongnya gambar atas tu Capik lagi tinggi dari Mimi

diorg mmg sama tinggi sebab pernah jumpa live kat Rasta TTDI  ...tapi masa tu aku tak kenal mimi lana...ada org bergambar dgn syafiq, mimi dok kat meja makan
Quote mai-shi 8-10-2019 03:00 PM
Dia ni dulu bukan ada kes dadah ke?
Ke didapati tak bersalah.
Quote mieymiey 8-10-2019 03:13 PM
c_antique replied at 8-10-2019 02:45 PM
diorg mmg sama tinggi sebab pernah jumpa live kat Rasta TTDI  ...tapi masa tu aku tak kenal mimi l ...

Gambar atas tu Capik tinggi banyak dari Mimi
Quote sarukhan 8-10-2019 03:17 PM
Jawapan selamat mimi. Idok ler nampak nau dia terhegeh2 gituu..
Quote puteribaya 8-10-2019 03:54 PM
rotijohanz replied at 8-10-2019 01:11 PM
sian mimilana.......sapik buat sheols mcm chipsmore....dh la capik kata heols bosan tak mo bgndingan ...

matilanak..orang dok ship JannaKyle..
Quote Mleeen82 8-10-2019 04:14 PM
sarukhan replied at 8-10-2019 03:17 PM
Jawapan selamat mimi. Idok ler nampak nau dia terhegeh2 gituu..

....
Harap ada la jodoh ngan Capik...
Quote fealefea 8-10-2019 05:45 PM
mimilana lagi berbakat kot
Quote PocongTerbang 8-10-2019 11:18 PM
Edited by PocongTerbang at 8-10-2019 11:20 PM
puteribaya replied at 8-10-2019 03:54 PM
matilanak..orang dok ship JannaKyle..


Iols x faham yg ship janna dgn capik ni. Janna tu skrg ni pon dah takda selindung2,terus je tayang bf dia, nak ship untuk apa lagi?
Quote barto 8-10-2019 11:35 PM
Semoga ada movie/drama heols sheols berdua yang deep. Mesti best.
Quote MentariSenja 8-10-2019 11:59 PM
Meols minat mimi berlakon.....tak per lah mimi...kalau jodoh tak kemana. Cumanya dimata meols capik macam tak serius....kesian pulak kat dik mimi nih.....
Quote shanew3stga1z 9-10-2019 09:13 AM
xpe la mimi .. kejar la karier dlu .. klu dpt yg lebih baik .. go on . dorg both muda la .. blum tentu akan kekal .. bukan nak doa yg x baik cuma ...... perjalanan masih jauh .. hihi
Quote cikatilia 9-10-2019 09:22 AM
setiap kali percintaan / hubungan / sedara artis mmg ada kan artikel tak tumpang tak tumpang tak tumpang

Tasya Tak Tumpang Populariti Achey
Sufian tak tumpang populariti kakak
Tya tak tumpang populariti mentua
Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna
Adam Lee tak mahu tumpang populariti sepupu
Bella Dally Tak Mahu Tumpang Populariti Suami
Irma Hasmi "saya tak tumpang populariti Nabil"
Fara Hezel Tak Tumpang Populariti Aiman Tino
Amar Baharin Nafi Tumpang Populariti Isteri
Syeriv Tidak Tumpang Populariti Shaheizy Sam, Syatilla Melvin
rajin plak aku menggoogle tak tumpang tak tumpang

kalau betul tak tumpang diam2 sudahlah
Quote nazzse 9-10-2019 09:23 AM
bagus jawapan dia..idokler terhegeh2 dekat sapik..
usaha untuk diri sendiri dulu pening mimi
Quote Buritan 9-10-2019 09:39 AM
Tumpang glamer pun ape shalahnyaa.. kalo aku jd gf capik pun aku tumpang jahh smbil royan kata tak tumpang.. bkn aku jah yg tumpang mak pak tuk nenek jiran tetangga pun aku tumpangkan skalikk.. kawin tak kawin brlakang kira yg penting glamer ko nyahhh
Quote Orix 9-10-2019 10:08 AM
motip iols terbc tajuk as "Mimilana belum puas dgan Syafiq Kyle"
Quote adeqo 9-10-2019 10:10 AM
Aku suka tgok mimi lana ni.. pd aku dia cantik

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088992s Gzip On
To Top