Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Makanan Sedap Untuk Lawan Migrain, Pernah Cuba Nombor 8?

7-10-2019 05:53 PM|Oleh: LilRose| Komen: 34

Sakit kepala atau migrain memang sangat tidak menyenangkan, sampai ada masa rasa macam nak hantuk kepala ke dinding saja!

Bagaimanapun, ubat tahan sakit bukanlah cara terbaik melegakan sakit kepala kerana ia bersifat sementara. Ada benda lain boleh anda lakukan selain mengambil ubat tahan sakit iaitu dengan mengubah diet pemakanan.

Walaupun sesetengah makanan boleh mengundang migrain, ada juga makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mencegah migrain.

BrightSide berkongsi lapan makanan yang boleh diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala.


1. Avokado

Kredit foto: Medical News Today

Buah ini kaya dengan antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin yang bukan sahaja meredakan sakit kepala, malah migrain pun tak nak dekat!


2. Buah tin

Kredit foto: Small Footprint Family

Buah tin memang banyak khasiat terutama ketika menangani masalah migrain.

Tin mengandungi kalium yang mampu mengurangkan keradangan dan mencegah sakit migrain.


3. Salmon

Kredit foto: The Spruce Eats

Kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin B-2, ikan ini mencegah platelet daripada berkumpul yang kemudian menghalang aliran darah dan menyebabkan sakit kepala.


4. Keledek

Kredit foto: HealthAIO

Ramai juga menggemari keledek yang manis-manis rasanya. Bukan saja sedap, keledek juga boleh melawan migrain ya.

Kaya degan vitamni C, vitamin B1 dan kalium, keledek mampu mengurangkan rasa sakit kepala.


5. Tembikai dan lobak merah

Kredit foto: peelwithzeal.com

Makan tembikai, karot, timun dan saderi bagus untuk mengatasi dehidrasi yang juga salah satu punca sakit kepala.


6. Yogurt

Kredit foto: WQCS

Menurut kajian, yogurt kaya dengan riboflavin iaitu sejenis vitamin B kompleks yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, ikan, susu, hati, ginjal, telur dan sebagainya yang sangat membantu dalam melawan migrain.


7. Jus lemon

Kredit foto: Organic Facts
 
Jika diserang migrain, minumlah segelas jus lemon yang ditambah dua sudu kecil garam. 


Bonus - Pes kayu manis

Kredit foto: Bowl Of Herbs

Tumbuk atau kisar halus kayu manis dan kacau rata dengan sedikit air untuk menjadikannya pes.

Sapu pes ini di bahagian dahi dan pelipis bila-bila masa anda diserang migrain.


Kredit foto: BrightSide

Bilas dengan air selepas 25 hingga 30 minit dan rasa sendiri hasilnya.

Atau mungkin anda ada cara lain untuk merawat sakit kepala tanpa menelan ubat-ubatan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 34
Komen

Previous : Rupa-rupanya, Ini Kesan Buruk Air- Cond Yang Ramai Tak Tahu

Next       : Filem Joker (2019): Sakit Mental Kerana Orang Sekeliling - Adakah Kita Juga Seorang 'Joker'?

Komen Terbaru

Quote prego 30-10-2019 08:37 PM
rasanya kalo dah migrain teruk, makan apa pon tak hilang sakit, iols cuba tido bilik gelap tak berkesan.. kena telan ubat jugak, if not boleh muntah2... huhu rasa mcm nak putus urat kepala

iols selalu kena migrain, telan panadol tak jalan.. setakat sakit kepala sikit2 takpe la, tapi kalo dah kena migrain, the only solution kena amik synflex (275mg), yg ni maximum 3 biji sehari sahaja, jgn lebih.

tapi biasanya doktor tak galakkan selalu ambik synflex ni, because long term nanti side effect boleh menyebabkan ulcer perut/usus. selalunya iols cuba dulu amik panadol, lepas 4-6 jam tak hilang baru telan synflex.. dah complain dgn doktor, sbb selalu sangat ambik synflex jadi mudah sakit perut/gastrik, at last doktor bagi tramadol.

tips dari doktor, migrain ni ada something yg trigger, kena elakkan punca, for eg; cuaca, makanan etc
rasa sikit je aura/sakit kepala, terus telan ubat panadol. lambat ambik ubat akan menyebabkan migrain lambat pulih mungkin 2 atau 3 hari baru hilang sendiri

Lain-lain Komen

Quote tuberoses 7-10-2019 06:14 PM
terbayang keledek rebus petang2 yg sejuk ni
Quote Artemesiaa 7-10-2019 06:24 PM
Info menarik
Quote MakcikPrada 7-10-2019 08:34 PM
Wow! Boleh try ni
Quote buapakperut 7-10-2019 08:55 PM
yeke? iols kerap migrain. makan upamol kadang tak jalan.
Quote misc 7-10-2019 09:30 PM
Kalau I sakit kepala, makan panadol 650mg, tuang minyak cap kapak satu kepala dan sapu keliling mata pastu gi tidur. Bila bangun tido terus hilang sakit.
Quote sudahlah 7-10-2019 09:36 PM
setakat ni kalau terkena migrain ubat dia,
tidur jer .
Quote shernazz 7-10-2019 09:42 PM
buapakperut replied at 7-10-2019 08:55 PM
yeke? iols kerap migrain. makan upamol kadang tak jalan.

Iols dolu slalu migrain
Ubatnya synflex
Tp kena.minum air banyak banyak
Iols amek synflex 750 x silap
Quote buapakperut 7-10-2019 09:50 PM
shernazz replied at 7-10-2019 01:42 PM
Iols dolu slalu migrain
Ubatnya synflex
Tp kena.minum air banyak banyak

oh berkesan la? belum tau lak brand ni. kenal uphamol je
Quote shernazz 7-10-2019 10:39 PM
buapakperut replied at 7-10-2019 09:50 PM
oh berkesan la? belum tau lak brand ni. kenal uphamol je

Iols dolu uphamol tak.jalan
Iols ckpnkat doc..ponstan pon dah xjalan
Last resort dia bg synflex
Tp hanya bila terukkk sgt baru boleh mKan..
Dolu masa keje..stress banyak..tiap tiap bulan iols makan...skang dh xde
Quote Abot 7-10-2019 10:40 PM
sudahlah: setakat ni kalau terkena migrain ubat dia,tidur jer .

kalau kuat sgt sakit nye nk tdo pun x dpt uols
Quote Intanterpilih09 8-10-2019 07:29 AM
Nak kena bnyk mkn carrot n tembikai.
Quote Biabetik 8-10-2019 08:07 AM
Bagus info. Bole cuba ni
Quote Mfzg89 8-10-2019 08:44 AM
buapakperut replied at 7-10-2019 08:55 PM
yeke? iols kerap migrain. makan upamol kadang tak jalan.

try penadol extend sebelum tido..
Quote haryatie 8-10-2019 08:52 AM
pes kulit kayu manis tu jgn berani2 taruh byk2
boleh melecur kulit
kalau migrain aku mkn caffox jerk...bertahun da makn ni
Alhamdulillah..hilang migrain
Quote buapakperut 8-10-2019 08:53 AM
shernazz replied at 7-10-2019 02:39 PM
Iols dolu uphamol tak.jalan
Iols ckpnkat doc..ponstan pon dah xjalan
Last resort dia bg synflex
...

ada side effect tak?
Quote buapakperut 8-10-2019 08:54 AM
Mfzg89 replied at 8-10-2019 12:44 AM
try penadol extend sebelum tido..

tu lah, panadol extend tak jalan la chouls, nanti bangun die masih ada lagi. tq atas saranan. tapi untuk sakit sendi, tulang bagus extend ni.
Quote shernazz 8-10-2019 08:55 AM
buapakperut replied at 8-10-2019 08:53 AM
ada side effect tak?

Iols.kalau makan tu xyah tido pung elok dah...
Kalau secara semulajadinya kita migrain kena tido maa...
Tp iols masa tu keje n nak elok cepat..haha
Tu aje lah ubat yang boleh bagi iols elok dgn cepat  

Side efek dia sama je cm panadol..kena minum banyak..tapi dia x ngantok...atau iols yang mmg xngantok lepas makan ubat ke xtau lah..haha
Quote MFR_IN 8-10-2019 08:58 AM
pes kayu manis tu iols guna gntikan pilis time pntang..lagi ok kot sebb sejuk2 ja.
Quote TalibanRock 8-10-2019 08:59 AM
salmonn avokado buah tin....sumanya mahal lako...baik la telan uphamol650...kehkeh

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077916s Gzip On
To Top