Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Meghan Markle Bakal Berdepan Bapa Di Mahkamah Setelah 5 Tahun 'Mengabaikannya'

Oleh: LilRose|7-10-2019 01:46 PM Komen: 18
Bapa kepada Meghan Markle, Thomas Markle semalam menjelaskan tindakannya mendedahkan isi surat peribadi yang dikirimkan Duchess of Sussex itu kepadanya.


Kredit foto: E! News/Cheat Sheet/WireImage

Isteri kepada Putera Harry itu sebelum ini membuat orang ramai terkejut kerana nekad menyaman akhbar Daily Mail yang dikatakan menerbitkan surat peribadinya itu tanpa izin.

Meghan menegaskan surat yang mengandungi perasaan sedihnya terhadap hubungan mereka anak beranak yang renggang sejak perkahwinannya itu bersifat peribadi.

Lapor The Sun, sumber terdekat kepada Thomas yang 'sudah lama dilupakan anaknya itu' bersedia untuk terbang ke United Kingdom bagi mempertahankan dirinya.

Difahamkan, Thomas, 75, yang tinggal di Rosarito, Mexico tidak hadir di majlis perkahwinan anaknya itu pada Mei tahun lalu kerana mengalami serangan jantung.


Kredit foto: Insider

Dikatakan, dua beranak itu tidak pernah bertemu sejak 2015 dan hingga kini, dia masih belum bersua dengan Harry dan cucunya, Archie.

Thomas didakwa menerima surat sepanjang lima muka surat yang ditulis tangan berkenaan pada Ogos 2018 menerusi pengurus Meghan ketika itu, Andrew Meyer dan berjanji untuk merahsiakannya.

Bagaimanapun, Meghan didakwa melakukan sebaliknya apabila dia memberitahu isi surat itu kepada rakan-rakannya dan memberi kebenaran kepada mereka untuk bercerita mengenai isi surat terbabit kepada umum.

Mereka (rakan Meghan) kemudian bercakap mengenai isi surat itu kepada majalah People di mana salah seorang daripadanya mendedahkan butiran surat itu secara terperinci.

Jika Meghan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi, dia mungkin diminta mengangkat sumpah bahawa dia tidak memberi kebenaran itu.


Kredit foto: The Sun

Semalam, Thomas memaklumkan kepada Mail on Sunday bahawa dia hanya mendedahkan sebahagian isi surat itu untuk mempertahankan dirinya selepas rakan-rakan Meghan menggambarkan isi surat itu mengandungi kata-kata manis daripada Meghan yang kononnya teraniaya.

Thomas sebaliknya mendakwa kebanyakan isi surat itu sangat mengguris hatinya sebagai seorang bapa. 

Siapa yang cakap tak serupa bikin sebenarnya ni? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote buapakperut 10-10-2019 08:12 AM
dani-rox replied at 9-10-2019 05:43 PM
wpun tak pernah tengok Suits, masa baca berita memula dia org dating ai ingat MM tuh nice and swee ...

astaga kamon la tak kenal PH? iols pun pelik cemana boleh blind date dengan prince, blind date rambang ikat tutup mata pehtu supriseeee gitu kot sampai tak kenal pasangan? jahat beno tak jemput bapak, sedang kan in good term dengan beliau, apa la yg bermain dalam pikiran sheol buat semua ni. last iols tgk mane page tah sheol cakap bergeser dengan in law sebab sheol berpantang sendiri tolak beitish royalties punya body treatments segala. macam die ade business kuruskan badan sendiri. iols tengok kaki slim tapi pinggang sheol beso

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 7-10-2019 02:20 PM
Kesiannya.. apalah yg dia benci sgt kat bapak dia tu
Quote Mfzg89 7-10-2019 02:43 PM
Perawankota replied at 7-10-2019 02:20 PM
Kesiannya.. apalah yg dia benci sgt kat bapak dia tu

nasha aziz v2.0
Quote Omakkaw 7-10-2019 02:45 PM
Go ddy! Go ddy!
Quote Eric.n9 7-10-2019 03:39 PM
Adalah sebabnya jadi mcm tu...
Quote addved 7-10-2019 05:00 PM
Not a fan of this Meghan and the British royal family.
Quote dekmieDandy 7-10-2019 05:11 PM
aku lagi percaya Meghan, especially lepas ayah dia complot ngan tabloid untuk duit tu

lagi satu semua interview dia dengan media ni paid interview, so memang nampak ayah dia nak duit n fame je
Quote buapakperut 7-10-2019 09:49 PM
mesti ade sebab kot .. sebab rasanya sebelum pemes dah renggang. umo kecik lagi mak pak dah bercerai. bapak kawen lain. tup2 die kawin anak raja bapa cakap meghan tak penah bagi duit.afik beradik tiri yg memang tak ngam dengan die pun claim die anak durhaka.  
Quote dani-rox 7-10-2019 11:24 PM
buapakperut replied at 7-10-2019 09:49 PM
mesti ade sebab kot .. sebab rasanya sebelum pemes dah renggang. umo kecik lagi mak pak dah bercerai ...

salah info tu sister. Thomas Markle tak kawen lg lepas cerai dgn emak MM. Dia yg besarkan anaknya tu sorang2, sekolahkan ke private school. MM tu pon puji abis apaknya, dlm blog dan IG. Kabel apak dia kat Hollywood la dia dpt job dlm satu game show. Malah bbrp bulan sebelum kawen pun tak lekang sebut2 psl apak dia. Sebaik saja confirm nak kawen dgn putera ginger tu yg dia buang semua org. Yup TM silap sbb ikutkan hati yg marah lantas berhubungan dgn media, tp kawan2 MM lain elok jah jual cerita kat reporters. Dalam surat kontroversi tu, MM cakap jgn lukakan hati dia lagi, kalo ada apa2 call jah bincang anak beranak. TM terpaksa buktikan depan reporter yg dia dah dibuang MM dgn buat panggilan dan ternyata dah lama kena block. Dia buang apaknya sbb kulit putih, gemuk, huduh dan merempat di Mexico. Gituhh.









My parents had been so supportive, she told V.F., watching me audition, trying to make ends meet, taking all the odds-and-ends jobs to pay my bills. I was doing calligraphy, and I was a hostess at a restaurantand all those things that actors do. My father knew how hard it is for an actor to get work, so he above all people was so proud that I was able to beat the odds.

Meghans father, Thomas Markle, was a successful lighting director in Hollywood; he lit the popular sitcom Married . . . with Children and, for 35 years, General Hospital. Markle recalled, Every day after school for 10 years, I was on the set of Married . . . with Children, which was a really funny and perverse place for a little girl in a Catholic-school uniform to grow up.

Markle says, Whats so incredible, you know, is that my parents split up when I was two, [but] I never saw them fight. We would still take vacations together. My dad would come on Sundays to drop me off, and wed watch Jeopardy! eating dinner on TV trays, the three of us. . . . We were still so close-knit. When she turned 18, she left for Northwestern University, in Evanston, Illinoisbecoming the first person in her family to graduate from collegeand double-majored in theater and international relations. In line with her international-relations major, Markle worked at the U.S. Embassy in Argentina her senior year, so I had been in a completely different world and then suddenly jumped into this one.


https://www.vanityfair.com/style/2017/09/meghan-markle-cover-story

https://www.usmagazine.com/celebrity-news/news/meghan-markles-deleted-instagram-reveals-love-for-dad-thomas/
Quote DARSITA 8-10-2019 12:43 AM


Korang percaya sangat dgn si Me-gain ni?

Bapak dia yang bayar persekolahan dia (harap dlm makamah nanti ayah dia tunjuk resit tu semua). Megan ni dlm resume tulis dia Caucasian dan dan sekarang ni jer lah pulak ckp dia woman of color.
Dulu megan buat cerita tak ada kawan di sekolah, kena buli yada yada yada padahal banyak jer gambar time dia sekolah bergumbira ria dgn kawan kawan orang putih. Celah bedah mana ke bully?

Tu trip dia ke Africa tu pun lakunan semata mata sebab sebenarnya lawatan dia itu utk satu documentary. Kacing!!! kacing!!! $$$$$$$ money for her.  

Dia bagi kawan kawan dia share surat yang dia hantar pada media .. kenapa tak saman kawan kawan dia jugak?  
Quote buapakperut 8-10-2019 08:59 AM
dani-rox replied at 7-10-2019 03:24 PM
salah info tu sister. Thomas Markle tak kawen lg lepas cerai dgn emak MM. Dia yg besarkan anaknya  ...

oh begitu, betul ke sheol ade step sibling yang estranged. penah dengar juga sheol jadi actress sebab inspired dari keje ayah. kire betul la sheol anak durhaka ni.ingatkan trauma sebab pengabaian. musykil juga la sebab sheol sekolah kat sekolah baik2 juga masa kecik kan.thanks pencerahan
Quote shark_eow7 8-10-2019 02:43 PM
banyak pulak kesah perempuan ni  dari kate middleton tu.
Quote dani-rox 9-10-2019 12:57 AM
buapakperut replied at 8-10-2019 08:59 AM
oh begitu, betul ke sheol ade step sibling yang estranged. penah dengar juga sheol jadi actress se ...

Kalau ditengok pd gambar2 family dia org, nampak ok jah. Masa MM kecik mcm rapat terutamanya dgn belah Markle. Bila dah dewasa, dia pernah menghadiri majlis konvo akaknya Samantha. Mungkin sepanjang kemesraan, tersimpan sedikit sebanyak dendam dan tak puas hati. Sibling rivalries etc
Versi kakaknya, Sam Markle - Memandangkan M nih anak bongsu, abg dan kakak jauh lebih berumur, dan apak dia org masa tu dah stabil dan established dari segi karier, maka perhatian, kasih sayang dan duit byk dicurahkan pd baby of the family. Katanya, M selalu menunjuk2 yg si apak lebih sayangkan dia depan abg dan kakaknya. Mungkin ni la yg buat Sam tak puas hati, tambah berbulusss bila si adik yg hansuang dpt pulak berlakikan anak raja

Versi MM pulak, dia tuduh adik beradik dengkikan dia dan pernah bersikap rasis dgn emaknya.
Quote buapakperut 9-10-2019 08:05 AM
thanks chuols.. iols nape ntah ade soft spot dengan sheol, ingatkan cindarella versi nigger. rupanya half sibling tu sebelum sheol lahir rupanya. iols memaksa diri cari wow factor sheol sebagai actress tapi takda. personaliti pun takda. sebagai duchess lagi la jauh. maybe that's why dia mengeksotikkan diri. kat sana kalau nk cerai kos mesti mahal kan
Quote pittjie 9-10-2019 08:38 AM
dani-rox replied at 7-10-2019 11:24 PM
salah info tu sister. Thomas Markle tak kawen lg lepas cerai dgn emak MM. Dia yg besarkan anaknya  ...

ahkaq belum katam thread katak tu dik dani. kena start dari thread pertama ke? aiyoo (kaki membawangnya meols ni)
Quote dani-rox 10-10-2019 01:30 AM
pittjie replied at 9-10-2019 08:38 AM
ahkaq belum katam thread katak tu dik dani. kena start dari thread pertama ke? aiyoo (kaki membawa ...

ha'ah kak Jie... kalau nak paham jalan cerita psl Meghan + korga mentuanya kena baca dari mula. kadang2 OT jua... bincang2 sejarah keturunan royal UK, skandal2 panas moyang dia org termasuk la QE2 sundirik pendek kata, thread gusip tp berilmiah konsepnya

jom2 minum teh dgn acik bawang kat sana.
Quote dani-rox 10-10-2019 01:43 AM
buapakperut replied at 9-10-2019 08:05 AM
thanks chuols.. iols nape ntah ade soft spot dengan sheol, ingatkan cindarella versi nigger. rupanya ...

wpun tak pernah tengok Suits, masa baca berita memula dia org dating ai ingat MM tuh nice and sweet jah. Sekali dlm interview, ditanya psl perkenalan mereka - MM cakap dia tak kenal Prince Harry, siap tanya dgn kawan yg introduce dgn Harry, "Is he kind?" kalau dia tak kind, dia tak berminat katanya. Mampooo, cerita hasanah Tak lama lepas tu bekas kawan dia pecah lobang, MM dari zaman remaja suka beli buku psl British Royals esp. Princess Diana.
Kemudian kisah dia tak pernah bawak PH jumpa apaknya hinggalah ke hari perkahwinan, tuptup apaknya tak dpt hadir sbb 'serangan sakit jantung'.
Last straw, masa wedding Princess Eugenie, MM sengaja pakai baby bump dan kot besar supaya curi perhatian tetamu dan media. Keesokan harinya, masa lawatan ke Ostolia elok jah perut kempis pakai skirt.

kat sana kalau nk cerai kos mesti mahal kan

Kalau MM dan PH cerai, mungkin tak kot. dengar cerita Harry takda harta sgt (rumah yg dikatakan tempat dia org dok sekarang milik Crown Estate) dan cuma menerima elaun tahunan drpd Charles.
Quote MenteriWanita 10-10-2019 01:50 AM
Tak payah tengok jauh, ada sorang tu bila kahwin dengan menteri, terus buang semua keluarga dia, nasib baik lakinya jatuh PRU lepas, kantoi segala 1001 maciam perangai dia
Quote buapakperut 10-10-2019 08:12 AM
dani-rox replied at 9-10-2019 05:43 PM
wpun tak pernah tengok Suits, masa baca berita memula dia org dating ai ingat MM tuh nice and swee ...

astaga kamon la tak kenal PH? iols pun pelik cemana boleh blind date dengan prince, blind date rambang ikat tutup mata pehtu supriseeee gitu kot sampai tak kenal pasangan? jahat beno tak jemput bapak, sedang kan in good term dengan beliau, apa la yg bermain dalam pikiran sheol buat semua ni. last iols tgk mane page tah sheol cakap bergeser dengan in law sebab sheol berpantang sendiri tolak beitish royalties punya body treatments segala. macam die ade business kuruskan badan sendiri. iols tengok kaki slim tapi pinggang sheol beso

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.166708s Gzip On
To Top