Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Bapa Yang Rogol Anak Ni Sebab Seronok Ke Takda Kerja Nak Buat?"

Shimmer Shine|7-10-2019 11:45 AM Komen: 39


Seakan menjadi-jadi kes rogol anak sendiri ini di Malaysia. Terbaharu kes yang membangkitkan kemarahan orang ramai ialah seorang bapa yang merogol anaknya berusia 12 tahun yang juga OKU pembelajaran lalu merekod perbuatan menjijikkan itu dengan telefon bimbit mangsa.

Menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), 83 peratus jenayah rogol kanak-kanak dilakukan oleh orang yang dikenali. Malahan pelaku tertinggi jenayah tersebut ialah bapa mangsa dengan mengambil kira 25 peratus dari jumlah keseluruhan.

Ianya sangat menakutkan kerana pemangsa adalah orang kepercayaan setiap kanak-kanak di dunia ini. Tetapi ianya dimusnahkan hanya kerana nafsu yang tidak dikawal. Kenapakah ianya berlaku dan makin membarah?


Kredit foto: Twitter

Kebanyakan kejadian ini berlaku dalam keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, keruntuhan institusi keluarga yang juga berkait rapat dengan faktor ekonomi, pendidikan dan pengaruh persekitaran antara punca utama.

Namun warganet mempunyai pandangan sendiri. Ianya adalah kerana ramai orang yang tidak tahu untuk menikmati erti kegembiraan itu sendiri. Jadi, bagi lelaki sebegini, erti keseronokan ialah seks walaupun terpaksa 'meratah' anak sendiri!

Google

Kanak-kanak ini akan 'didandan' atau 'grooming' sejak dari awal supaya bapa tersebut merasakan ianya tidak mengapa mempunyai hubungan seks dengan darah kandung sendiri. Oleh sebab itu, ianya berlaku berulang kali kerana kenaifan kanak-kanak (tidak tahu apa erti hubungan seks) serta perbuatan tidak bermaruah oleh si bapa!

Rupa-rupanya bapa mempunyai banyak masa lapang hinggakan sanggup menggunakan masa tersebut untuk melakukan aktiviti tidak bermoral ini.

Begitu juga statistik ini adalah rekod yang dilaporkan oleh mangsa. Pastinya lebih banyak yang tidak dilaporkan oleh keluarga dengan pelbagai alasan seperti malu, tiadanya pencari rezeki dan sebagainya.


Jika sudah tahu punca, mengapa tiada penyelesaian jitu yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa? Selain hukuman yang nampaknya tidak begitu menakutkan mereka (penjenayah), mungkin perlu ada langkah lain supaya masalah ini sekurang-kurangnya tidak bertambah.

Sememangnya pencegahan adalah yang terbaik berbanding merawat mangsa yang sudah trauma. Anda ada idea yang boleh disampaikan?- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MissLana 8-10-2019 09:05 AM
cmf_jeangrey replied at 7-10-2019 11:54 PM
Tapi ummah konservatif ckp tak boleh buka aib org..dosa katanya..sejenis kepelikkan bila benda cam ...

betul couldnt agree more. Malaysia pentingkan sgt suara demokrasi padehal solution kes mcm ni still kelaut. kasihan ye uolls sbb kdg2 kebanyakan kes mcm ni jd kat kg2 walhal kg i sendiri. dorang org kg tak educated, tak kaya dan nasib tak terbela. Yg perogol pun tetap salah sbb merogol imannya setipis kulit bawang, tp knp dia nak merogol tu maybe sbb video porn yg berleluasa dan kemudahan akses internet and smart phone. habis bab tu tp mangsa yg trauma sepanjang hidup takkan tak dibantu dan dpt mana2 sokongan? dkt kg i kes mcmni terberanak lg anak sulung pulak terpaksa berenti sekolah cycle kemiskinan mak ayah jd balik, and the worse part maknya pun tak lama tu mati kena heart attack maybe sbb menahan stress kemarahan yg melampau.

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 7-10-2019 11:49 AM
Bukan.

Sebab meka pedo.

Dan Malaysia sayang pedo.

Apatah lagik pedo genius beriman.
Quote chicozinn 7-10-2019 11:51 AM
aku setuju ngan komen terakhir tu, kes slalu diwarwarkan tapi takde jalan penyelesaian..kalu aku senang je jalan penyelesaian dia, penjara seumur hidup takpun gantung sampai mati je si pelaku tu..dah la merosakkan masa depan anak sendiri, lagi nak bagi peluang jalan taubat?padahal masa 1st tme buat tu ptutnya kalu ko tu seorang ayah ko da tak gamak nak rogol anak sendiri..babi anjirrr
Quote sarah82 7-10-2019 12:01 PM
Malaysia x ada hukuman tegas utk pedo dan perogol.
Quote duri_durians 7-10-2019 12:06 PM
chicozinn replied at 7-10-2019 11:51 AM
aku setuju ngan komen terakhir tu, kes slalu diwarwarkan tapi takde jalan penyelesaian..kalu aku sen ...

setuju hukuman berat patut dilaksanakan
Quote RED 666 7-10-2019 12:07 PM
mcm bapak bewok malas keje yg ramai buat hal ni dlm artikel tu. kalau macam ni baik bini yg bekerja tu leh dakwa dan halau je keluar terus
Quote videcloset 7-10-2019 12:07 PM
ewwwwwwwww
Quote batmana 7-10-2019 12:11 PM
tak paham, wartawan  ni bengong
jenayah tu dibuat oleh si penjenayah, hang pi la penjara, tanya dia depan2

tanya kitaorg ni mcm kitaorang ni perogol ke apa?

banyak gila masalah lain nk dipikir

patut jenayah rogol ni, pancung kepala dpn dataran merdeka je, wat live kat tv1-9
biar kepala tu jatuh bergolek atas tangga

barula betul. datang kegusaran dlm hati2 bakal perogol nnti..
Quote singajantan 7-10-2019 12:12 PM
please laa TPM menteri wanita keluarga dan masyarakat polis wanita...fight for the women and kids right.... buat lah pindaan akta biar hukuman lebih keras....buat sex offender check list ....hukuman biar yg kerja berat ....letak diaorang ni ramai2 kat pulau kemudian kena buang daerah tak boleh dekat dengan keluarga atau anak2 bawah umur

Quote shazaz 7-10-2019 12:13 PM
Perogola kanak2 patut di hukum bunuh
Quote minguk 7-10-2019 12:21 PM
kenapa tak dihukum potong anunya saja? kan kalau dah  tak berfungsi kegiatannya tak boleh berulang lagi.
Quote delsmomm 7-10-2019 12:23 PM
potong penis bagi mkn hanjeng..

xpon xyah potong, bagi je hanjeng yang kelaparan mkn kunyah penis dia hidup2...

pastu hukum bunuh jgn kasi membiak lagi..
Quote adila39 7-10-2019 12:49 PM
banyak sgt protocol. patut bapa macam ni hukuman the tembak sampai mati je
Quote dekmieDandy 7-10-2019 12:56 PM
bila nak buat castration ni

asik-asik dok propose kat medsoc je
Quote CardiGans85 7-10-2019 12:57 PM
Perogol ni macam pembunuh bagi aku. Sama. Jadi hukuman patut sama. Rakam lagi.

Child grooming ni patut dah di ajar oleh mak2 atau penjaga wanita dan baru cikgu2 kat sekolah. Rsnya ade tambah baik undang2 on this matter somewhere in 2017, if m x mistaken la.
Quote Mfzg89 7-10-2019 01:04 PM
shazaz replied at 7-10-2019 12:13 PM
Perogola kanak2 patut di hukum bunuh

x sesuai hukum bunuh.mati terus xde rasa terseksa. manusia camni elok kena hukuman penyeksaan seumur hidup contoh potong penis / sula / sebat setiap hari dlm penjara..
Quote Artemesiaa 7-10-2019 01:07 PM
Sebab tu hukuman kembiri macam yang dicadangkan dinegara jiran ada baik dikenakan
Quote shernazz 7-10-2019 01:14 PM
Iols kekadang terfikir...betapa kuatnya hati polis ..lawyer dan nurse/doc yang handle case sebegini..
Sebabnya kjta yang orang luar ni pung rasa sakit ari...apatah lagi yang handle ni...
Kalau iols...dah nanges kat situ jugak tgk bebudak yang tak berdosa ni terpaksa hadap trauma..dan yang lagi teruk..mengandung...

Iols rasa pedo dan haruan makan anak ni elok dikasikan aje..dan sisihkan depa dari orang ramai...perlu ke bagi peluang kedua pada depa?
Quote buapakperut 7-10-2019 01:30 PM
like what je kes ni melambak2 di negeri so called islamic.
Quote Perawankota 7-10-2019 01:44 PM
Sbb nafsu ler apa lg

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.135695s Gzip On
To Top