Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

MyCC Mahu Denda Grab RM86.77 Juta, Apa Kesalahannya?

Tukang Tulis|5-10-2019 09:51 AM Komen: 31
Grab akan mengemukakan pembelaan bertulis kepada MyCC berikutan denda yang dicadangkan. Kredit foto: Says
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mahu mengenakan denda sebanyak RM86.77 juta kepada Grab kerana melarang pemandu-pemandunya daripada mengiklankan platform e-hailing lain pada kenderaan masing-masing.

Memetik laporan The Edge Markets pada 3 Oktober, denda yang dikenakan adalah sebanyak RM15,000 sehari dan difahamkan, ia merupakan jumlah denda terbesar yang dikeluarkan oleh MyCC setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail mendakwa, kesalahan itu dilakukan oleh Grab menerusi klausa yang tidak membenarkan para pemandu menggunakan kenderaan mereka untuk mempromosi dan mengiklankan syarikat-syarikat e-hailing yang lain.

"Tetapi kereta dimiliki oleh pemandu dan bukannya syarikat justeru, tidak sepatutnya ada sekatan kepada pemandu dari segi iklan yang dipaparkan pada kenderaan mereka.

"Sekatan ini akan mengganggu pasaran kerana ia mewujudkan halangan untuk memasuki industri dan pertumbuhan pesaing-pesaing Grab sedia ada serta pada masa akan datang," jelasnya.

Denda RM86.77 juta yang dicadangkan MyCC terhadap Grab merupakan jumlah terbesar yang dikeluarkannya setakat ini. Kredit foto: MyCC
Sementara itu, Grab yang terkejut dengan tindakan MyCC itu menegaskan bahawa ia mematuhi sepenuhnya Akta Persaingan 2010.

Syarikat e-hailing terbesar di Asia Tenggara itu akan memfailkan pembelaan bertulisnya kepada MyCC sebelum 27 November ini.

"Sementara pasukan guaman kami mengkaji keputusan yang dicadangkan itu, kami percaya ia adalah amalan biasa bagi syarikat perniagaan untuk memutuskan tentang ruang dan jenis iklan pihak ketiga pada platform masing-masing, mengikut keperluan dan maklum balas pelanggan," katanya.

Pemandu Grab tidak dibenarkan meletak iklan syarikat e-hailing lain pada kenderaan mereka (gambar hiasan). Kredit foto: Marketing Land
Grab menjadi pemain paling dominan dalam industri e-hailing di Malaysia setelah operasinya di Asia Tenggara digabungkan dengan Uber pada Mac 2018. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote videcloset 7-10-2019 12:11 PM
Kitty_catz replied at 5-10-2019 04:47 PM
Sokong je mmg patot kn saman. Dah la grab beli uber, then ko nk monopolize ke??

Relationship betw ...

true that

Lain-lain Komen

Quote shernazz 5-10-2019 10:09 AM
Entah lah.tapi iols suka je tgk crown la..bulu tangkis la..cupcake la..tin wonda la..
Syok tengok kete siap ada hiasan gitu...menarik.perhatian sangat dan iols.dh agak..itu adalah grabcar...
Quote fofuler 5-10-2019 10:11 AM
Mahu atau sudah didenda? Kenapa sembang kencang dulu sebelum laksanakan denda ni. Sekali tak jadi kelakar pulak, jadi bahan lawak enforcement kita ni
Quote disneyrecess 5-10-2019 10:49 AM
shernazz replied at 5-10-2019 10:09 AM
Entah lah.tapi iols suka je tgk crown la..bulu tangkis la..cupcake la..tin wonda la..
Syok tengok k ...

Meols haritu tengok cawan besar... lipton xsilap.. nak gelak pun yea.. comel pun yea hahhahaha
Quote danieladam 5-10-2019 11:29 AM
Loh....sukati dia la nak bg ruang iklan kat sapa. Itu pon kena anti persaingan ke? Badan kapalterbang air asia pon x de promo mas. Diorg promo benda lain. Xde masalah pon.

Iols speku mycc saja nak saman grab sebab grab ni rosmah punya kan? Hahhahaha
Quote Xim 5-10-2019 11:31 AM
shernazz replied at 5-10-2019 10:09 AM
Entah lah.tapi iols suka je tgk crown la..bulu tangkis la..cupcake la..tin wonda la..
Syok tengok k ...

Ooo hiasan2 tu ke . Puas la dok pkr iklan ape la td . Tp penah tgk . Comel2 blaka ye hiasan2 tu
Quote Supersirap 5-10-2019 11:47 AM
Kita tunggu dan lihat sahaja
Quote Victorioussss 5-10-2019 11:58 AM
shernazz: Entah lah.tapi iols suka je tgk crown la..bulu tangkis la..cupcake la..tin wonda la..Syok tengok kete siap ada hiasan gitu...menarik.perhatian sangat  ...


Ios pn suke jgk. Mmg kreatif dan menarik
Xsabar nak tunggu durex apply untuk advertisment dgn dorg

Pen15 atas kereta for sure
Quote ymeesoboring 5-10-2019 12:36 PM
Apa kesudahannya
Quote sehirkedi 5-10-2019 12:50 PM
Logik lah. Grab tak bagi iklankan e-hailing lain utk pemandu mereka walaupun kereta pakai sendiri. Dah mencari rezeki bawah grab takkan nak promote e-hailing lain!  Banyak je iklan lain yg boleh letak kat kereta tu selain pesaing lain e-haling.

Kasihan Grab, bukan sikit punya saman!
Quote eizarz 5-10-2019 02:28 PM
danieladam replied at 5-10-2019 11:29 AM
Loh....sukati dia la nak bg ruang iklan kat sapa. Itu pon kena anti persaingan ke? Badan kapalterban ...

abah kau bagi tau ke grab ni rosmah punya..
Quote belilies 5-10-2019 02:53 PM
Lerrr...... Udah2 le tu. Aku tak suka part install app lain. Grab tu je lah app ehailing dlm fon aku
Quote shernazz 5-10-2019 04:02 PM
disneyrecess replied at 5-10-2019 10:49 AM
Meols haritu tengok cawan besar... lipton xsilap.. nak gelak pun yea.. comel pun yea hahhahaha

Kan
Memula iols gelak
Tapi bila anak anak nampak kete cam tu..depa kata grab..
Budak budak pon tau grab..hahahaha
Comel je
Quote shernazz 5-10-2019 04:03 PM
Xim replied at 5-10-2019 11:31 AM
Ooo hiasan2 tu ke . Puas la dok pkr iklan ape la td . Tp penah tgk . Comel2 blaka ye hiasan2 tu

Kan..
Dolu depa buat ikut musim
Bulu tangkis masa piala thomas
Songkok masa raya puasa hari tu..
Comel comel je..
Iols teringin nak naik tapi blom ada keperluan lagi..hihi
Quote shernazz 5-10-2019 04:04 PM
Victorioussss replied at 5-10-2019 11:58 AM
Ios pn suke jgk. Mmg kreatif dan menarik
Xsabar nak tunggu durex apply untuk advertisment dgn d ...

Kan...kreatif..dan salah satu marketing strategy theyols lah..menjadi gitu..

Amboiiii...depa xkan letak oenis lah
Depa akan letak katil queen..hahahahahaa
Quote Kitty_catz 5-10-2019 04:47 PM
Sokong je mmg patot kn saman. Dah la grab beli uber, then ko nk monopolize ke??

Relationship between grab & driver ni bukan direct employer employee relationship.. so grab cannot restrict what the driver wants to do termasuk la mengiklankan other ehailing services, apatah lagi kereta tu private ownership/driver yg punya

Grab ni kira profit sharing dgn driver .. once dia dah dpt portion dia.. habis kat situ je

Denga citer ada lg 40 ehailing services lepas ni.. elok la byk competition.. yg untung customers and also drivers.. cari la yg boleh bg byk sket n x selalu nk take advantage
Quote honeybee1802 5-10-2019 05:33 PM
Kt malaysia baru cadanhan kan?kt singapore pun grab kena jgk..baper juta2 ntah...
Quote supernaturalee 5-10-2019 11:54 PM
Victorioussss: Ios pn suke jgk. Mmg kreatif dan menarikXsabar nak tunggu durex apply untuk advertisment dgn dorgPen15 atas kereta for sure


Nalla pny saiz lh klu gitu

Quote albedah 6-10-2019 01:41 AM
Amendenyaaaa...
Sapa yg setuju ttepek iklan grab yg besar2 tu akan dibayar ler. Ingt free keeee.  Sbb tu ada klausa bla bl bla...  Tp kalu takat driver kosong tampal stiker kecik nak tampal jugak stiker lain,  tampal je ler..  Tadak hal pun...  Free kaaan...
Quote CiliPadiSedap 6-10-2019 03:31 AM
Dulu ataw kereta kaka ada air tin, dia ada apps dan kira mileage serta route dilalui. Kalau route tu jem dan banyak driver lain makin tinggi bayaran.

Bagi kaka plus minus xberbaloi pun.

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.303882s Gzip On
To Top