Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Benarkah Ibu Mengandung Tak Boleh Minum Kopi? Ini Penjelasan Doktor...

7-10-2019 11:37 AM|Oleh: Jarimenari| Komen: 5

Foto sekadar hiasan

Buat yang menggemari kopi, sehari tidak minum minuman ini bagaikan tidak lengkap hari mereka. Haruman kopi sahaja sudah boleh 'menggoda' sesiapa sahaja. 

Malah, ianya lebih menyenangkan kerana dengan secangkir kopi mampu membuatkan mata hilang mengantuk dan cergas.

Namun, buat wanita hamil, adakah selamat untuk menikmati kopi bagi melengkapi hari mereka? Satu perkara yang sering menjadi tanda tanya buat bakal-bakal ibu dalam masyarakat kita hari ini.

Menjawab persoalan ini, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkongsikan megenai perihal ini menerusi laman Twitternya. 

Menurutnya, ibu mengandung perlu menghadkan pengambilan kafein dengan hanya 200 miligram setiap hari. Malah, dia turut mengingatkan kafein tidak semestinya ada dalam kopi sahaja, tapi turut ada dalam teh, coklat, minuman tenaga, minuman ringan bergas seperti cola dan dalam sesetengah ubat batuk dan selesema.


Foto sekadar hiasan

Tambahnya lagi, pengambilan kafein yang berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan seperti saiz bayi jadi kecil dan meningkatkan kemungkinan untuk gugur lebih-lebih lagi di awal kehamilan. 

Dr Izzat turut menasihati para ibu mengandung pada 12 minggu kehamilan untuk mengelakkan pengambilan kafein.

"Hadkan pengambilan kafein 200mg setiap hari jika ibu mengandung sememangnya rasa tidak boleh hidup tanpa kafein. Lebih baik gantikan dengan minuman jus buah-buahan atau segala minuman yang telah dinyah kaffein. Itu lebih baik. Jangan lupa kurangkan manis ya," tulisnya.

Jadi, buat ibu-ibu mengandung di luar sana, boleh ambil minuman berkafein tapi ada hadnya. Jika boleh elakkan, cubalah tidak mengambilnya demi kesihatan bayi dan ibu-ibu juga! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Previous : Baru 6 Tahun, Si Cilik Dari Malaysia Menang Pertandingan Piano Antarabangsa Di Vienna!

Next       : 'Aku Doa Kau Mati Beranak Nanti, Amin' - Suami Ditangkap Curang Sumpah Isteri

Komen Terbaru

Quote Sazida 8-10-2019 10:54 PM
At first trimester aku balun je milo ais,teh ais tu. 2x sehari.  Black coffee je xterasa nk mnum. Sampai ke hari nk beranak aku still minum air semua tu. Alhamdulillah anak keluar sihat walafiat.

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 7-10-2019 02:00 PM
Naaib baik aku bkn coffee lover
Quote mimienaa 8-10-2019 03:46 PM
Cuci Tilam

Tips yang sangat bagus untuk yang bakal ibu yang coffee lover. Terima kasih atas perkongsian
Quote faraway1 8-10-2019 07:49 PM
Benti minum kopi start hari tahu pregnant.

Memang histeria tanggung gian nak minum, tapi tu lah bukan setiap tahun pregnant, so buat untuk anak dikandung gitu.

Lepas beranak terus start minum.. Tapi secawan sehari sebab bf
Quote nsmy 8-10-2019 10:13 PM
Kalau minum coffee mc cafe hari2 ok x?
Quote Sazida 8-10-2019 10:54 PM
At first trimester aku balun je milo ais,teh ais tu. 2x sehari.  Black coffee je xterasa nk mnum. Sampai ke hari nk beranak aku still minum air semua tu. Alhamdulillah anak keluar sihat walafiat.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.087955s Gzip On
    To Top