Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Teo Nie Ching Yang Cakap Bahasa Mandarin, TV3 Pula Minta Maaf

Tukang Tulis|4-10-2019 12:17 PM Komen: 72
Permohonan maaf daripada TV3. Kredit foto: Facebook / Buletin TV3
TV3 memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penyiaran petikan kenyataan beliau dalam bahasa Mandarin dalam Buletin Utama, 2 Oktober lalu.

Stesen penyiaran itu berbuat demikian melalui kenyataan dalam laman Facebook rasminya dan Buletin Utama pada 3 Oktober.

"Penggunaan petikan kenyataan dalam bahasa Mandarin itu sepatutnya digunakan hanya untuk Berita Mandarin di ntv7 dan 8tv," jelas kenyataan itu.


Sebelum itu, tular rakaman video sebahagian daripada siaran Buletin Utama yang memaparkan Nie Ching bercakap dalam bahasa Mandarin kepada pemberita.


Akibatnya, ramai netizen mempersoalkan mengapa beliau menggunakan bahasa Mandarin dalam slot berita yang disampaikan dalam bahasa Melayu.

Kredit foto: Facebook
Bagi menjawab kekeliruan itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai dalam kenyataan melalui laman Facebook miliknya menjelaskan, beliau memang menjawab dalam bahasa Melayu semasa ditanya tentang kes seorang kanak-kanak yang hampir dirogol di Kudat, Sabah semasa sidang media.

"Ini adalah untuk memastikan semua wartawan yang hadir memahami jawapan saya.

"Walau bagaimanapun, rakaman video saya berbahasa Cina yang diguna pakai dalam Buletin Utama semalam adalah jawapan saya setelah wartawan NTV7 meminta saya untuk mengulang jawapan bagi digunakan di dalam berita Bahasa Cina untuk NTV7 dan 8TV," katanya.

Teo Nie Ching. Kredit foto: Facebook
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang sudi menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan salah faham berpanjangan. 

"Namun, saya juga amat kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kerana cuba mensensasikan perkara ini. Saya berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Leceh juga apabila terpaksa mengulangi kenyataan yang sama dalam dua bahasa berbeza untuk menjawab isu yang sama. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
4
Komen: 72
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote silencekiller 16-10-2019 08:57 PM
pyropura replied at 11-10-2019 01:23 PM
Ni sekor lagi takut nau.ngan cina

tu ja macai berbayaq buleh komen?? atau hang ni bengap tak paham bahasa Melayu gak??

sia2 "tuan" hang bayaq.. ni jaa level pemikiran.. tulis camtu.. takot ngn cina hahaha . low class punya pemikiran sekoq macai ..

Lain-lain Komen

Quote Pink_Purple 4-10-2019 12:22 PM
tivi tiga suku selamanya penjilat dulu kini selamanya..
Quote Kurex 4-10-2019 12:23 PM
Pahal muka macam nadya nisaa?
Quote palmolive 4-10-2019 12:24 PM
maka bila slot utk TV3 kena pakai alih suara macam cerita Telenovela
Quote ultra78 4-10-2019 12:33 PM
Puncanya adalah tv3 guna rakaman jawapan utk ntv7 dan 8tv. Persoalannya kenapa wartawan ntv7 dan 8tv tak faham bahasa melayu? Mereka tu stesen tv dari china ke?
Quote pokaibanktokyo 4-10-2019 12:36 PM
Staf mana bangang sangat siarkan ulasan versi mandarin sedangkan versi bahasa malaysia dah sedia ada ?  Apa nama malaun itu ?
Quote pyropura 4-10-2019 12:41 PM
Napa semua takut nau ngan basa cina? Najis mughalazoh ka
Quote R2D2 4-10-2019 12:51 PM
Wartawan tak fhm BM ka sampai kan Cina DAP kena ckp versi Mandarin?
Quote harisbee 4-10-2019 12:53 PM
Patutnya ntv7 8tv letak sarikata mandarin...bongoknya nak kena berbahasa mandarin pulak? Kita di taiwan kew
Quote harisbee 4-10-2019 12:54 PM
pyropura replied at 4-10-2019 12:41 PM
Napa semua takut nau ngan basa cina? Najis mughalazoh ka

Sebab bahasa cina bhs kebangsaan taiwan tmpt kelahiran ko...bukan msia
Quote pyropura 4-10-2019 12:59 PM
harisbee replied at 4-10-2019 12:53 PM
Patutnya ntv7 8tv letak sarikata mandarin...bongoknya nak kena berbahasa mandarin pulak? Kita di tai ...

Sebab bahasa mandarin bahasa rakyat Msia. Macam Jarman French Italian tu bahasa rakyat Swiss. Rata2 org Swiss boleh cakap 3 bahasa. Kalau nak maju, contohi negara maju.
Quote pakderis 4-10-2019 01:01 PM
sepatutnya xperlu pun keluar kenyataan dalam dwibahasa, ke memang org deme ni tak paham langsung bahasa kebangsaan
Quote jureencute 4-10-2019 01:04 PM
pyropura replied at 4-10-2019 12:41 PM
Napa semua takut nau ngan basa cina? Najis mughalazoh ka

memang pun..jijik mcm ko jgk
Quote pyropura 4-10-2019 01:06 PM
jureencute replied at 4-10-2019 01:04 PM
memang pun..jijik mcm ko jgk


Tu bakal bahasa doniya, BM yg dipandang jijik di luar sana. Basa Cina basa UN  
Quote sotongbakar 4-10-2019 01:18 PM
pyropura replied at 4-10-2019 12:59 PM
Sebab bahasa mandarin bahasa rakyat Msia. Macam Jarman French Italian tu bahasa rakyat Swiss. Rata ...

Pertama sekali, bahasa-bahasa jerman, perancis dan itali adalah bahasa-bahasa rasmi switzerland. Malaysia ada satu sahaja bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan, bahasa Melayu. Kedua, bahasa-bahasa tu adalah bahasa-bahasa orang pribumi di switzerland, bukan bahasa kaum yang dibawa masuk oleh penjajah. Jadi memang wajar lah bahasa-bahasa tu dijadikan bahasa rasmi negara mereka
Quote bakingsoda 4-10-2019 01:58 PM
so mana rakaman kenyataan dlm bm nye? pastu mari kita persoal kenapa ntv7 dgn 8tv sebok2 nk kenyataan mandarin, letak subtitle je tak boleh ke
Quote kikuri 4-10-2019 01:59 PM
lenkali cakap omputih je senang.... translate la sarikata bahasa melayu ke tamil ke mandarin ke lantak pi situ
Quote Catpaw 4-10-2019 02:00 PM
pyropura replied at 4-10-2019 01:06 PM
Tu bakal bahasa doniya, BM yg dipandang jijik di luar sana. Basa Cina basa UN

Dah berapa zaman aku dengar bakal bahasa donia, tak mendonia pun, piraahhhhhh koooo
Quote lemak_masin 4-10-2019 02:05 PM
PAtutnye takde siaran berita mengikut bangsa. Semua perlu tgk berita bahasa malaysia dan berita bahasa inggeris shj. Kalau tak paham pigi balik negara sendiri laaa..!
Quote sotongbakar 4-10-2019 02:16 PM
lemak_masin replied at 4-10-2019 02:05 PM
PAtutnye takde siaran berita mengikut bangsa. Semua perlu tgk berita bahasa malaysia dan berita baha ...

Berita bahasa inggeris pun tak patut ada. Ni bukan england. Kalau berita dalam bahasa orang asli, bumiputera sabah, bumiputera sarawak boleh.

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.244216s Gzip On
To Top