Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Tetiba Mata Masuk Habuk' - Reaksi Wanita Akhirnya Hamil Selepas 13 Tahun Undang Sebak

4-10-2019 10:57 AM Komen: 37
Bagi yang menginginkan zuriat, pastinya ternanti-nantikan kehamilan selepas perkahwinan. Beruntunglah mereka yang mendapat rezeki anak tanpa menunggu terlalu lama. Tetapi bagi yang menunggu sehingga bertahun-tahun, diumumkan hamil sudah pastinya mengundang perasaan yang menggembirakan.



Kredit foto: IG


Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang menanti selepas 13 tahun untuk hamil dan akhirnya diumumkan bakal menimang cahaya mata.


Menerusi perkongsian video seorang doktor di Instagram bernama Dr. Thokha Mohammad, wanita yang tidak dinamakan itu menangis kegembiraan selepas diberitahu akan berita baik itu. 


'Wanita ini sudah menjalani 24 hari rawatan, dan akhirnya hamil. Kami sudah mengetahui kehamilannya dari pagi tadi tetapi menunggu saat ini untuk memberitahunya' kata Dr. Thokhta lagi.



Tidak hairanlah berita itu disambut dengan penuh tangisan oleh bakal ibu tersebut. Beliau dilihat tidak dapat mengawal emosinya dan memeluk seorang wanita yang menemaninya.

Selain wanita itu, Dr. Thokha juga berkongsi sebuah lagi video melibatkan pasangan yang turut membuat rawatan IVF. 



Tidak hairanlah, kedua-dua video itu mengundang perasaan sebak di kalangan pengikut Instagram Dr. Thokha.

'Dah basah skrin hp ini ikut menangis, alhamdullilah' kata seorang netizen.


Kredit foto: IG
Kredit foto: IG


'Saya juga pernah mengalaminya, hampir 8 tahun tunggu kehamilan pertama akhirnya berjaya selepas rawatan dengan Dr.Thokhta' kongsi seorang lagi.


Kredit foto: IG



Untuk pengetahuan, rawatan IVF adalah rawatan di mana persenyawaan dilakukan di dalam makmal menggunakan benih ibu dan sperma bapa. Kejayaan rawatan ini pula dianggarkan hanya 30-40% berdasarkan keadaan kesihatan ibu dan faktor lain. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 37
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 7-10-2019 11:05 AM
thread ni menceritakan kisah sebenar masyarakat Melayu.

dh tebal ngn sisi isteri je yg prob lmbt pregnant, sb tu suami susah nk pegi klinik/hospital utk teman isteri.

Lain-lain Komen

Quote Cumi2 4-10-2019 11:02 AM
Sebak nya...berkali tgk video ni ttap mengalir air mata
Quote Kurex 4-10-2019 11:04 AM
Tahniah.. Jagalah kandungan tu..
Quote sarah82 4-10-2019 11:17 AM
Bukan semua wanita diberikan rezeki lahirkan anak dari rahim sendiri.. Aku doakan wanita2 ni dipermudahkan dlm masa depa mengandung ni.. Huhuhu.. Kena cari coklat.. Aku bukan boleh tgk sedih2 ni
Quote awanysss 4-10-2019 11:17 AM
dr thokha ni femes kat johor.. ramai yg aku kenal yg susah dpt zuriat buat rawatan ngan dia.. pakar bab2 fertility ni.. alhamdulillah..
Quote ninnamina 4-10-2019 11:20 AM
Dia regency hospital kan? Couple yg dapat kembar 4 org tu pun consult dengan doctor ni. Tahniah semua.
Quote saviour_09 4-10-2019 11:20 AM

IVF ni ada yg RPA sponsor tu kan

congrats
Quote thetimes 4-10-2019 11:25 AM
Congrats...sebak pulak tengok
Quote fliphair8 4-10-2019 11:28 AM
sapa potong bawang....
Quote Sang_Pencinta 4-10-2019 11:29 AM
Sebaknya... 13 tahun tu tunggu
Quote Meiizu 4-10-2019 11:33 AM
alhamdulillah..elok2, hati2, smoga dipermudahkan urusan
Quote annehuda 4-10-2019 12:07 PM
motep yg non-malay bleh je bawak laki sekali dengar result doktor, yg melayu plak laki takde temankan.

patut time mcm ni la laki ikut skali, kasi moral support kt bini. kate dah tunggu bertahun2

1...2.....3... matilahmaknak kena kecam
Quote faraway1 4-10-2019 12:11 PM
ruginya suami yang melayu tu miss
beautiful moment camni...

Quote faraway1 4-10-2019 12:11 PM
annehuda replied at 3-10-2019 11:07 PM
motep yg non-malay bleh je bawak laki sekali dengar result doktor, yg melayu plak laki takde temanka ...

teringat cita iium hari ni pasal bini berusaha nak pregnant,
laki langsung tak kasi sokongan, jumpa doctor pun, laki
tunggu kat luar aje sebab merokok lebih penting..
Quote Artemesiaa 4-10-2019 12:16 PM
Tahniah buat mereka semua.  Kalau pasangan melayu jarang laki nak teman selalu mak juga yang diangkutnya.  
Quote annehuda 4-10-2019 12:21 PM
faraway1 replied at 4-10-2019 12:11 PM
teringat cita iium hari ni pasal bini berusaha nak pregnant,
laki langsung tak kasi sokongan, jum ...

kheeennn... i husnozon la maybe laki malay tu sibuk kerja, tapi he really did miss this precious moment. yg bini pun mcm tak teringat nk immediately call laki die ke umumkan this good news, IDK maybe bini sorg je yg beriya-iya nak baby?

cer banding ngan yg non malay walaupun stakat pakai seluar pendek ngan beg selempang mcm tu, tp i lg sebak dia usap2 kepala wife die, cium dahi wife die, ucap terima kasih kt doktor tu, he really does look happy tak tersangka.
Quote pakderis 4-10-2019 01:52 PM
sebak melihatnya Alhamdulillah
Quote kikuri 4-10-2019 02:49 PM
aku pulak rasa nak g peluk peluk je akak tu... tahniah... jaga kandungan semoga semuanya selamat hingga melahirkan dan dan semoga baby membesar menjadi anak soleh/solehah
Quote awanysss 4-10-2019 03:11 PM
annehuda replied at 4-10-2019 12:07 PM
motep yg non-malay bleh je bawak laki sekali dengar result doktor, yg melayu plak laki takde temanka ...

i baca kat komen ig tu, dah 3 tahun wanita tu tak buat pregnancy test.. so maybe dia pun tak expect ape2, sbb tu tak bawak laki..
Quote izzah_mia 4-10-2019 03:20 PM
orang yang sedang dan sudah melalui fasa penantian ini memang akan terkesan..
semoga dipermudahkan buat mereka

Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.219899s Gzip On
To Top