Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pakar Bidan Dr Hamid Arshat Kesal Diserbu KKM Tanpa Notis

3-10-2019 06:15 PM Komen: 210
Tanpa notis dan tanpa tujuan yang jelas, mereka datang dengan mengejut seolah-olah saya seorang penjenayah.

Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun."

Itulah yang dikatakan oleh Pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat yang kesal apabila pejabatnya diserbu sekumpulan kakitangan KKM semalam. 

Foto: Awani
Malah, serbuan itu dilakukan tanpa membawa notis serbuan dan tidak menyatakan tujuan jelas ia dilakukan di pejabatnya di Plaza Damansara. 

Saya berasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan muda yang seperti gila kuasa, tulisnya menerusi status di Facebook. 

Katanya lagi, seharusnya pihak berkuasa menghubunginya terlebih dahulu dan menjelaskan kesalahan yang dilakukan. 

"Tetapi perkara sebaliknya berlaku, mereka menyerbu sehingga keadaan pejabat saya kucar kacir dan tidak menjumpai apa-apa bukti kesalahan saya.

Foto: FB

Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar mereka ke atas kakitangan dan pejabat saya, ujarnya. 

Tambahnya, pada tahun 70-an dan 80-an, dia bersama rakan doktor yang lain telah berkhidmat bertungkus lumus tanpa mengira masa dan gaji.

"Saya juga telah berkhidmat dengan KKM sebelum kakitangan yang membuat serbuan ini belum lahir ke dunia lagi, katanya, kesal. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 210
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MarissaOberlin 11-10-2019 01:57 AM
danieladam replied at 3-10-2019 06:50 PM
Cuba bayangkan kalao KKM, Kastam, Imigresen, Polis, JAIS telepon dulu org yg nak serbu. Korang rasa  ...

Hakak pun pikir gini nok. Motep sangat nak mensi khidmat bakti he ols.
ye la kalau ye pun ko berkhidmat berpuluh tahun tapi ko kalau dah buat salah takyah nak sugar coating.
Nama pun serbuan/spot check, motep la nak call dulu. Sah2 la nanti semua bukti gone

Lain-lain Komen

Quote riyadhK 3-10-2019 06:09 PM
Hire lawyer Dr hamid
Quote vespa_oren 3-10-2019 06:23 PM
kes apa dia kne serbu?
Quote natrahn 3-10-2019 06:24 PM
Aik Dr Hamid Arshad pon kena serbu??
Kenapa?
Quote iloveselangor 3-10-2019 06:24 PM
Pasal apa kena serbu????

Negara Dunia Ketiga memang camni...sabar je lah
Quote adila39 3-10-2019 06:28 PM
ehhh jahatnya KKM ni
Quote fofuler 3-10-2019 06:29 PM
Ada orang report something ke pasal klinik dia? Takkan KKM saja serbu kan
Quote Atata 3-10-2019 06:33 PM
fofuler replied at 3-10-2019 06:29 PM
Ada orang report something ke pasal klinik dia? Takkan KKM saja serbu kan

Aah. Mesti ada yg report tu
Quote honeythebee 3-10-2019 06:33 PM
Kali ke 2 klinik Prof ni kene...
Quote msdummy.2018 3-10-2019 06:33 PM
dia buat salah haper weh?
Quote lee_sakura 3-10-2019 06:34 PM
saman je la kkm tu dr hamid
Quote ms.mango 3-10-2019 06:45 PM
Kalau nak serbu bkn boleh main serbu je kan? Kene bawak surat atau notis serbuan cam dr hamid ni ckp..
Quote danieladam 3-10-2019 06:50 PM
Cuba bayangkan kalao KKM, Kastam, Imigresen, Polis, JAIS telepon dulu org yg nak serbu. Korang rasa apa jadi? Jumpa tak bahan bukti? Tu perkara pertama.

Perkara kedua, selalunya serbuan ni dibuat sebab dapat maklumat atau laporan tentang benda yg salah. Kalau ko x buat salah, x perlu takut pon org call ko dlu atau tak sebelum serbuan. Bg je kerjasama kalau pegawai mintak apa2 dokumen.

Perkara ketiga, apa bukti kucar kacir opis yg doktor ni bangkitkan? Setakat serbuan datang opis suruh bawak klua semua dokumen tu perkara biasa. Iols percaya ada SOP nak buat serbuan, bukan masuk opis pastu geledah mcm pencuri masuk rumah. the way doktor ni cakap mcm nak kata pegawai KKM x profesional.

Tambahan pula apa motif heols membangkitkan pengorbanan bekerja 72 jam dlu denagn serbuan ni? Mengharap simpati?

Dengan statement doktor mcm ni, iols lebih curious apa agaknya kesalahan company dia yg dilaporkan pada KKM. Tunggu dan lihat.
Quote Jiddin 3-10-2019 06:52 PM
Adakah Dr Hamid ada affliatekan diri dgn geng2 doula?

Aku rasa staff kkm yg mai wat keja tu tak kenai Dr legend ni. Aku marhaen biasa pun pasti segan kalau kata ada peluang berckp face to face dgn Dr Hamid ni.

But I really hope Dr Hamid tak terlibat dgn benda2 ug unthinkable. Sejujurnya nervous juga aku melihat geng2 doula and anti vax bergentayangan Di Komen fb Dr Tu.
Quote harkktuih 3-10-2019 06:55 PM
Mungkin pasti kkm, imigresen, polis, mana2 agensi penguatkuasa nak serbu pape kena announced dlu.. Bgtau awal2 suruh tuan rumah siap sedia.. Sediakan air sirap limau, mihun grg, karipap utk dijamu..
Quote sudahlah 3-10-2019 06:55 PM
takkan kkm nak serbu macam tu jer . mesti ada yang report ni . kene tunggu penjelasan pihak kkm dulu
Quote Miss.H 3-10-2019 06:55 PM
Memang macam ni pun kkm buat kerja. Nasib la time aku kene tu dieorang minta izin nak masuk then buat sportcheck. Yang tak best datang bawa polis macam ko nak serbu kilang dadah
Quote Miss.H 3-10-2019 06:57 PM
Jiddin replied at 3-10-2019 06:52 PM
Adakah Dr Hamid ada affliatekan diri dgn geng2 doula?

Aku rasa staff kkm yg mai wat keja tu tak k ...

Bukan geng2 tu suka menempel ke. Td ada baca komen laki si masyitah doula
Quote Madel 3-10-2019 06:58 PM
Aku baca komen kat fb, kata nya jual MC
Ada yg komen PW yg buat report
Entah la , tunggu je la penjelasan Dr.Hamid nnti.
Wpun dia doc legend tpi kalau dah buat salah melanggar akta dan prfesion kedoctoran..mmg patut la diambil tindakan.
Tapi biar la dgn SOP,  bukan mai terjah n serbu gitu aje.
Quote AyaqMeloSuam 3-10-2019 06:59 PM
SAMANNNNN jer prof...

Lihat semua komen(210)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.291917s Gzip On
To Top