Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Peralihan Kuasa Tak Ada Isu, Tapi Dibangkit-bangkitkan Jadi Isu" - TPM

3-10-2019 05:51 PM Komen: 11
¡°Saya kira isu ini tidak timbul kerana sudah ada perjanjian."

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak berhenti membangkitkan isu peralihan kuasa, lapor Berita Harian.


Foto: IG

Tegasnya, isu Perdana Menteri' yang bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah diputuskan dalam perjanjian antara parti Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

¡°Saya kira isu ini tidak timbul kerana sudah ada perjanjian. Dulu sebelum PRU, kita katakan Perdana Menteri susulan (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Itulah yang dijanjikan.

¡°Isu ini tidak timbul tapi dibangkit-bangkitkan, jadi isu. Patutnya kita ada isu lain, isu nak perbetulkan negara kita, kita nak perbaiki... sudahlah.

¡°Isu itu (peralihan kuasa) sudah selesai. Kita sudah ada perjanjian,¡± katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote helicornia 4-10-2019 08:25 AM
syed sadiq kata tkde perjanjian pun.mana betul

Lain-lain Komen

Quote R2D2 3-10-2019 02:20 PM
Nak bincang apa lagi? - TPM jawab isu peralihan kuasa
  Dikemaskini Hari ini 1:56 tengahari
   

Tidak ada keperluan untuk membincangkan soal pelan peralihan kuasa perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Aziah Wan Ismail.

Walaupun mengakui tidak mengetahui secara terperinci tentang agenda mesyuarat itu nanti, Dr Wan Azizah bagaimanapun berkata soal peralihan kuasa perdana menteri adalah satu hal yang sudah dipersetujui bersama.

¡°Saya rasa ia sudah dipersetujui bersama. Jadi saya rasa, nak bincang apa lagi?¡± katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Yayasan MyStemi di TPC Kuala Lumpur.

Beliau mengulas soalan pemberita tentang kemungkinan isu peralihan kuasa perdana menteri kepada presiden PKR akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah berkata, isu berkenaan tidak harus dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak.

Katanya, ada banyak lagi isu lebih penting yang sepatutnya menjadi tumpuan untuk menambah baik keadaan negara berbanding isu peralihan kuasa perdana menteri.

¡°Isu ni tak ada timbul, tapi dibangkit-bangkitkan, (oleh itu) dia jadi isu.

¡°Patutnya kita ada isu lain, isu jantung, isu nak memperbetulkan dan membaiki negara kita.

¡°Sudahlah, isu itu sudah selesai. Kita ada perjanjian. Mari kita kekalkan begitu,¡± katanya.

Isu peralihan kuasa perdana menteri sentiasa menjadi perhatian apabila kedua-dua penyokong Dr Mahathir dan Anwar sering berbalas kenyataan berhubung tempoh peralihan kuasa.

Penyokong Dr Mahathir menegaskan tiada tempoh khusus ditetapkan sebelum menyerahkan kuasanya kepada Anwar.

Manakala penyokong Anwar pula bertegas bahawa peralihan kuasa harus berlaku dalam tempoh dua tahun selepas PH membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei tahun lalu.

Polemik semakin hangat apabila pada 29 September lalu, bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali mengecam pemimpin PH yang menurutnya kini tidak lagi mampu berdepan dengan Dr Mahathir.

Syed Husin berkata demikian ketika sebagai mengulas kenyataan Mahathir pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York pada 26 September bahawa beliau mempunyai masa paling lama tiga tahun lagi untuk memegang jawatan itu.

Kata Syed Husin yang juga pegasas bersama PKR itu, jawatan perdana menteri perlu diserahkan kepada Anwar sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU ke-15 bagi memberi ruang untuknya bersedia untuk berdepan dengannya.

Jika tidak, tambahnya, ia hanya akan ¡°membunuh¡± PH.

Syed Husin turut mempersoalkan apakah pemimpin PH seperti Anwar, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sudah ¡°dibonsaikan¡± oleh Mahathir, dan membidas mereka sudah bertukar suara apabila hanya memuji dan mengampu ¡°perdana menteri tua¡± itu.

Ketika diminta mengulas kenyataan Syed Husin itu, Dr Wan Azizah menyifatkan kenyataan veteran PKR itu sebagai pendapat peribadinya.

¡°Itu pendapat dia.

¡°Isu ini tak timbul kerana kita dah ada perjanjian. Dulu masa kita pergi ke PRU, kita katakan PM (Dr Mahathir) akan (memegang kuasa), dan PM yang susulan itu (ialah Anwar).

¡°Itulah yang dijanjikan,¡± kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu lagi.

Dr Mahathir hari ini berkata adalah sukar untuk meletakkan tarikh yang tetap untuk berlakunya peralihan kepimpinan negara.

"Kita kena kaji keadaan. Dalam angka, tarikh yang spesifik...jika kerja separuh selesai or atau belum selesai, susahlah," katanya ketika ditanya jika ada tarikh yang tetap untuk melaksanakan peralihan kuasa supaya rakyat tidak terlalu bimbang mengenai perkara ini.
Quote Rogue98 3-10-2019 03:00 PM
Kerja 18 jam pun x de hasil....resign jer lah Atuk.  Mmg otak umur camtu dah beku dah asik konar2 dlm roundabout tu jerr..
Quote Kurex 3-10-2019 06:02 PM
Bungkus je korang
Quote creep_bite 3-10-2019 06:38 PM
Tggu PRU 15 laaa...tgk Bung Nuwar blh mng ataupun tidak...
Quote dino 3-10-2019 06:53 PM
creep_bite replied at 3-10-2019 06:38 PM
Tggu PRU 15 laaa...tgk Bung Nuwar blh mng ataupun tidak...

kahkah.. next pru korg bungkus yea haha
Quote sudahlah 3-10-2019 07:00 PM
sempat ker tak bung nuwar nak merasa jadi pm tu

#kerajaansepenggal
Quote misuke 3-10-2019 08:30 PM
alih kuasa 1 hal.. yg ala2 TPM tp aku xtau la apa fungsi ni. elok dialihkan jgk la kuasa dia ni...
Quote Gumball 3-10-2019 09:16 PM
Ingat semudah itu ker Bang Nuar nak jadi PM..
Serah jawatan PM niy macam pas baton plak..
Klw bran, buat pilihanraya laaa..
Ingat semua rakyat nak ngko jadi PM ke 8 ker..
Quote GigaMom 4-10-2019 02:11 AM
Kesian pulak aku dgn pak nuar ni
Gigih puluh tahun berusaha.
Atok jg yg naik
Quote lkick2113 4-10-2019 07:53 AM
Kesian TPM dok back up 'bini' dia yg gila nak jadi PM
Quote helicornia 4-10-2019 08:25 AM
syed sadiq kata tkde perjanjian pun.mana betul

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.168897s Gzip On
To Top