Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Didenda RM17,500 Zarina Zainuddin Nafi Jual Produk Timbang Kilo, Dakwa Dianiaya

3-10-2019 10:42 AM|Sang_Pencinta| Komen: 74

Pelakon Zarina Zainuddin yang didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar Januari lalu menafikan produknya timbang kilo dan mendakwa dianiaya.


Menceritakan kisahnya di Instagram hari ini setelah beberapa bulan kes itu berlalu, Zarina mendakwa beliau mulanya dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali memuji-muji wajahnya dan ingin mengetahui produk kecantikan yang digunakannya.


Kredit foto: Carian Google


'Saya cakap akak kena tengok kulit dulu baru tahu apa yang sesuai, kemudian setelah berjumpa saya saya cadangkan beberapa produk kepadanya' luah Zarina.


'Rupanya ianya satu perangkap, selepas 3 minit kakak itu beredar satu pasukan penguatkuasa dari Kementerian Kesihatan menyerbu rumah saya mendakwa saya menjual produk tanpa notifikasi'  terangnya lagi.


'Saya tercengang, jahatnya perempuan tu berlakon sampai saya dikenakan 6 pertuduhan' tambahnya lagi.



Kredit foto: IG



'Saya sebenarnya dah tak berniaga lagi, produk saya masih dalam proses pendaftaran, bukan produk timbang kilo, saya dah 20 tahun jual, tak pernah ada orang komplen' ujarnya.


'Tapi saya bersabar, susah-susah cari duit RM17,500 melayang begitu sahaja' luahnya.


Kredit foto: IG



Netizen yang membaca perkongsian itu kemudiannya menerangkan kepada Zarina bahawa demikianlah penguatkuasa menjalankan serbuan untuk mendapatkan bukti.


'Eloklah da Jual beratus ribu denda 17k ja...tolong jgn petgkan diri nak untung je sampai da membahayakan org lain' kata seorang netizen.


Ada juga yang menyuruhnya bersabar atas dugaan tersebut, termasuklah beberapa rakan artis dan pengusaha kosmetik Aliff Syukri Terlajak Laris.


'Allah akak kenapa jahat sgt org tu...walau macam mana orang yang buat akak sy takin akak kena tabah saya kin Allah akan balas' kata Aliff Syukri.



Kredit foto: IG


Semoga Zarina Zainuddin ataupun semua artis yang mengusahakan kosmetik tidak berdaftar supaya menyedari bahawa tanpa penguatkuasaan yang ketat pengguna yang akan menanggung masalah kelak. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 74
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : Isu Kulit Gelap, Black Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

Komen Terbaru

Quote justchu 9-10-2019 12:33 PM
Ladybird910 replied at 8-10-2019 09:52 AM
Ayat dia ngaku produk dlm process pendaftaran tapi jual dah 20tahun pon dah sah2 nmpk bodoh pian ...

Hurmm mmg sejenis ognorance pun. Naib baik zaman berlaki dlu takde medsoc.
Kalo tak mmg org tau la atas bawah perangai dia.
Nasib zaman2 tu mak2 datin gussip belakang dapor je.
Nikmatilah sehabisnya puji2an melambong2 dek netizen ygt atau apa2

Lain-lain Komen

Quote harkktuih 3-10-2019 11:03 AM
Dah mmg ko jual tanpa kelulusan kkm, selayaknya lah kena.. Skang nak play victim..
Quote misuke 3-10-2019 11:23 AM
produk toklip tu mcm mana pulak.
Quote coco 3-10-2019 11:58 AM
sapa yg sokong kata ZZ tak bersalah.   mohon ko pakai la produk dia dan kena cancer kulit.  masa tu baru ko nak gi sembah dia mintak ganti rugi.     dia org ni ingat kalau racun merkuri tu mcm termakan makanan basi ke..... sakit kejap pastu hilang.   bengong
Quote claudya 3-10-2019 12:05 PM
yang komen pakai product drugstore tak elok tu, memang la ada orang tak sesuai. tak semua product drugstore tu sesuai dengan semua jenis kulit. pakai timbang kilo memang la floles, tapi tengoklah kesan akan datang macam mana. dah tahu tak sesuai pakai loreal, try la benda lain. skincare ni kena pandai try and error. i dulu camtu jugak susah betul nak dapat yang sesuai. pakai cetaphil baru okay.
Quote pichee 3-10-2019 12:25 PM
I rse mmg die ni ignorance..

Se-ignorance die drive smbil record ank mengamuk ..pgg hp...

Begitulah jua dgn product timbang kati...yg pegawai tu lak yg disalahkan...

sshnye nk explain kt  org mcm ni.... Yg die buat tu salah....
Quote Miss.H 3-10-2019 12:45 PM
Yang aniaya kau pun bukan customer. Mesti pegawai kkm juga. Macam kes aku pun sama la. Pegawai kkm beli online. Datang rumah siap bawa polis macam aku ni jual dadah. Aku dropship je pun. (aku memang tak tau yang barang aku jual tu kene banned). Dekat setahun baru surat mahkamah sampai. Naik court ngaku salah dan bayar .Sampai sekarang kalau bab xde kkm mampus aku xnak jual. Paham2 je la untung dropship tu berapa sen pastu nak bayar saman beribu tu.
Quote Suchi 3-10-2019 12:56 PM
Cerita dia nih mcm lebih kurang kisah kawan sekolah iols, kena serbu pun sbb pegawai tu menyamar jd customer tak silap.
Memang bengang giler la dia nak plak kawan iols tu bukan founder tp dropship ke stokis tak igt dah sbb kes ni bbrp tahun lepas la terjadi.
La ni xtau la dia niaga lg ke tak sbb asik wat fb baru je so iols pun dah taktau.
Sebab tu la tak berani la nk jual produk timbang kilo ni tp ramai gak kawan2 iols yg niaga demi kelangsungan hidup.
Quote Sang_Pencinta 3-10-2019 01:00 PM
Miss.H replied at 3-10-2019 12:45 PM
Yang aniaya kau pun bukan customer. Mesti pegawai kkm juga. Macam kes aku pun sama la. Pegawai kkm b ...

Founder kosmetik tak kena ke?

Atau dropship je kena?
Quote meteorspeed 3-10-2019 01:16 PM
Tak payah la indinied. Kkm tak kan serbu kalu benda tak betul. Udah ler.. Iols mmg tak berano la pakai produk timbang kilo nie. Takut rosak, muka
Quote ell768 3-10-2019 01:20 PM
Sang_Pencinta replied at 3-10-2019 01:00 PM
Founder kosmetik tak kena ke?

Atau dropship je kena?

kan..founder elok2 je bersenang lenang..
Quote Miss.H 3-10-2019 01:30 PM
Sang_Pencinta replied at 3-10-2019 01:00 PM
Founder kosmetik tak kena ke?

Atau dropship je kena?

So far yang i perasan. Kkm banyak attack dropship & agen. Founder mana dieorang pergi attack. Tgok la berapa kali produk dari pengasas yang sama detect bahan terlarang, tapi xde pula kkm pergi sue sampai bankrup.
Quote Makcik2 3-10-2019 01:32 PM
20 tahun jual takkan baru dalam proses nak dapat kelulusan KKM. {:teatime
Quote luluaurora 3-10-2019 01:46 PM
hmm...dh xde kkm mmg la kena..mesti ada yg buat aduan..dh 20th jual takkan bru skrg nk dftar??
Quote me12345 3-10-2019 02:00 PM
Kak ina..dh kena saman..diam diam sudah. Lebih2 lg ko nk gi umrah katanye. Anggaplah Allah nk bersihkan harta..sedekah zakat giteww...satu lg penguatkuasa ni diaoeg selalunya ada bukti dan dh lama follow..sure dh beberapa kali spy depa beli diam2..sbb tu hang simpan stok kt rumah ..jd diam je lah...redhoo ..dh mmg ko jual pun kannn tak kira lah kena pujuk jual ke hapa..sbb ko jujur ko explain doh kt pembeli napa ko takleh jual...tapi ni ko jual juga kannn...
Quote me12345 3-10-2019 02:02 PM
Miss.H replied at 3-10-2019 02:30 PM
So far yang i perasan. Kkm banyak attack dropship & agen. Founder mana dieorang pergi attack. Tgok ...

Yg chocofit tu owner dia just tukar nama produk je lps diharamkan aritu...
Quote Miss.H 3-10-2019 02:08 PM
me12345 replied at 3-10-2019 02:02 PM
Yg chocofit tu owner dia just tukar nama produk je lps diharamkan aritu...

Ye betul. Sama mcm skincare yang kene banned la. Tukar packaging pastu request NOT baru. Dengan nama baru. Tak lama lepas tu kene banned lagi.
Yang xleh blah, claim yang kene banned tu fake.
Quote Perawankota 3-10-2019 02:12 PM
me12345 replied at 3-10-2019 02:02 PM
Yg chocofit tu owner dia just tukar nama produk je lps diharamkan aritu...

Dia tukar ke jenama apa?
Quote unguaurora 3-10-2019 02:17 PM
Kalau bukan timbang kilo, sheols buat sendiri ke produk tu? Ada lab dan kilangkah? Ada beli barang mentah lps tu blend dan godak2 sendirikah???
Quote Fleur81 3-10-2019 02:23 PM
Dah kau yang salah jual produk tak berdaftar buat apa nak salahkan penguatkuasa tu pulak

Lihat semua komen(74)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.149502s Gzip On
To Top