Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Balu Nazrin Tak Sedih Masa Bomba Tiba Untuk Padam Api

2-10-2019 06:16 PM Komen: 194
"Sepanjang penugasan saya juga, saya tidak pernah melihat orang tidak menangis, tidak meraung dan tidak meratap apabila berlaku kematian dalam kes kebakaran."

Itu kata seorang saksi kes pembunuhan ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan kepada Mahkamah Tinggi semalam mengenai balu Allahyarham, Samirah Muzaffar, lapor Bernama seperti dipetik Sinar.

"Ketika saya dan pasukan bomba tiba di rumah mangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di bilik utama rumah itu, saya melihat tertuduh (Samirah) di hadapan pintu utama dengan wajah bersahaja.

"OKT (orang kena tuduh) juga tidak lari keluar dari rumah itu ketika berlaku kebakaran di tingkat atas bilik utama rumah berkenaan," kata pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mohamad Afzan Majid, 50.


Foto: Sinar/IBTimes India

Afzan yang sudah 22 tahun bertugas sebagai anggota bomba dan lebih 500 kali memadamkan kebakaran termasuk yang membabitkan kematian berkata, itu kali pertama dia melihat seseorang tidak menunjukkan reaksi sedih ketika berlaku kebakaran membabitkan kematian.

Tambahnya, Samirah, 44, merayu untuk melihat mayat suaminya selepas api dipadamkan sebelum mengiringi tertuduh 
selepas mendapat kebenaran penyelia operasi.

"Saya melihat tertuduh melutut dekatkan diri dengan mayat seorang lelaki dan dia pandang ke arah kepala mangsa dalam tempoh lima minit.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu reaksi wajah tertuduh kerana saya berada di belakang (tertuduh) cuma nampak kepala tertuduh bergerak ke kiri kanan, katanya.

Selain Samirah, terdapat tiga individu lain di dalam rumah itu iaitu dua wanita berusia lingkungan 40-an yang berada di meja makan di ruangan dapur dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

"Selepas saya dan pasukan selesai memadamkan kebakaran dan turun ke bawah, saya juga melihat tertuduh ke dapur dan membuat susu yang saya percaya untuk kanak-kanak berkenaan," katanya.

Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin, 47, ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes.

Pada 3 Ogos tahun lepas, kematiannya diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Samirah dan dua remaja lelaki berusia 17 serta 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas membunuh Nazrin. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 194
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Malaysia.Doom 12-10-2019 02:34 AM
beta_carotene replied at 4-10-2019 09:58 PM
pandai sheols pilih malam raya
sheols tahu malam raya banyak polis cuti n jiran2 cuti aaagitchewww

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 2-10-2019 04:05 PM
I tolong acik tempek versi bm..

Samirah tidak menangis, meratap, meraung lihat mayat Nazrin'
Oleh Norrasyidah Arshad
norrasyidah@bh.com.my

SHAH ALAM: Seorang pegawai bomba memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, tidak menangis, meratap atau meraung apabila mengetahui suaminya maut akibat kebakaran pada 14 Jun tahun lalu.

Saksi kesembilan, Mohd Afnan Zambri, berkata beliau juga tidak pernah melihat reaksi bersahaja seperti yang ditunjukkan isteri mangsa yang juga tertuduh pertama, Samirah Muzaffar, 44, selama 22 tahun bertugas sebagai anggota bomba.

Sepanjang 22 tahun itu, beliau pernah memadam lebih 500 kebakaran termasuk membabitkan kematian.

Katanya, ketika sampai di lokasi pada jam 12.46 tengah hari pada hari kejadian, Samirah melambai ke arah pasukan bomba yang meletakkan jentera berhampiran pagar rumah.

Kami mendekati wanita itu (tertuduh) dan beritahu dia pemilik rumah dan isteri kepada mangsa kebakaran.

Dia juga kata berlaku kebakaran bilik di bahagian atas rumah. Masa itu, wajah dia bersahaja dan tiada riak sedih, katanya di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman di sini, hari ini.

Saksi itu memberitahu mahkamah, berdasarkan pengalamannya sebagai anggota bomba, selalunya penghuni rumah yang terbabit dengan kebakaran akan segera meninggalkan rumah dan menunggu di luar rumah sementara bomba memadamkan kebakaran.

Katanya, jika membabitkan kematian akibat kebakaran, penghuni rumah akan meratap, meraung dan menangis akibat terlalu sedih selepas kehilangan ahli keluarga.

Anggota bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara itu berkata, beliau berjaya memadamkan kebakaran yang dikategorikan sebagai kebakaran yang tidak terlalu besar itu dalam tempoh dua minit.

Selepas kebakaran dipadamkan, Mohd Afzan, 50, berkata beliau menyerahkan tugas seterusnya kepada pegawai bomba Muhammad Rezza bagi melakukan proses membuang asap.

Beliau pula membawa Samirah turun berikutan wanita itu bertindak menghalangnya melakukan tugas dengan cuba memasuki bilik berkenaan.

Saksi itu berkata, selepas memastikan kebakaran terkawal, beliau mencabut segala peralatan yang dipakainya dan melihat Pemangku Penyelia Operasi Pegawai Bomba Tanhoss Bah Agem, turun sebelum memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki di bilik terbabit.

Tertuduh merayu untuk naik ke bilik melihat suaminya. Tanhoss membenarkan sebelum saya iringi tertuduh ke bilik.

Selepas sampai dalam bilik, saya lihat satu mayat lelaki terbaring dalam keadaan terlentang dan hanya berseluar dalam sahaja.

Tertuduh melutut mendekatkan diri dengan mayat dan dia pandang ke arah kepala mangsa dalam tempoh lima minit. Bagaimanapun, saya tidak tahu reaksi wajah tertuduh kerana berada di belakangnya cuma nampak kepala tertuduh bergerak ke kiri kanan (memerhatikan kepala), katanya.

Mohd Afzan berkata tertuduh tidak mengeluarkan sebarang perkataan ketika turun dan kemudian menuju ke sinki dapur membuat susu dalam botol susu bayi.
Quote manehnya 2-10-2019 04:16 PM
relax je dia...

how calm....
Quote aliahus12 2-10-2019 04:19 PM
Hmmmm.. something fishy ni
Quote mizruncing 2-10-2019 04:22 PM
alahai samirah. keringnya hati kau. klu btol la dia yg buat punca kebakaran n pembunuhan tu mmg dasar takde sedih or trkejut ke buat laki mcm tu. apa la motif dia agak nye ek
Quote munchkin 2-10-2019 04:23 PM
kat hospital pun sama kan?  according tu apa yg i baca kat page justice tu lah
Quote Cookingholic 2-10-2019 04:34 PM
Tuh dia peguambela baik punya back up ckp samira minachi tak peduli keselamatan diri sendiri dan tetap nak ikut bomba padam api walaupun keadaan bahaya.
Quote Remyda 2-10-2019 04:40 PM
Wajah balu Nazrin bersahaja ketika kebakaran - Saksi

Bernama |  Published Oktober 02, 2019 15:59 MYT
Samirah (gambar) dan dua remaja lelaki didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh Nazrin. - Gambar fail/BERNAMA.

SHAH ALAM: : Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya, bagi memadamkan kebakaran pada 14 Jun tahun lepas.

Saksi ke-9 kes itu, Mohamad Afzan Majid, 50 berkata, ketika tiba di rumah tersebut beliau melihat Samirah Muzaffar, di pintu utama rumah tersebut yang menunggu ketibaan pasukan bomba tanpa sebarang reaksi sama ada menangis, meratap atau meraung ketika suaminya berada dalam sebuah bilik yang terbakar di rumah tersebut.

Beliau yang merupakan pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara itu berkata demikian, ketika memberi keterangan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, di sini.

"Ketika saya dan pasukan bomba tiba di rumah mangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di bilik utama rumah itu, saya melihat tertuduh (Samirah) di hadapan pintu utama rumah dengan wajah bersahaja.

" OKT (Samirah) juga tidak lari keluar dari rumah itu ketika berlaku kebakaran di tingkat atas bilik utama rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di soal Timbalan Pendakwa Raya, Asyhraf Ashy'ari Kamaruzaman,berhubung reaksi Samirah ketika pasukan bomba tiba di rumah berkenaan untuk memadamkan kebakaran.

Mohamad Afzan berkata ia juga merupakan kali pertama beliau melihat seorang individu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih apabila berlakunya kebakaran yang membabitkan kematian.

"Saya telah menjadi anggota bomba selama 22 tahun dan saya telah bertugas memadamkan kebakaran lebih 500 kali termasuk kebakaran yang membabitkan kematian.

"... dan sepanjang penugasan saya juga, saya tidak pernah melihat orang tidak menangis, tidak meraung dan tidak meratap apabila berlaku kematian dalam kes kebakaran, " katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Samirah juga merayu kepadanya untuk melihat mayat suaminya yang berada di atas katil di dalam bilik yang terbakar, selepas api dipadamkan.

Mohamad Afzan berkata beliau kemudian mengiringi tertuduh melihat mayat Nazrin selepas mendapat kebenaran dari penyelia operasi.

"Saya melihat tertuduh melutut dekatkan diri dengan mayat seorang lelaki dan dia pandang ke arah kepala mangsa dalam tempoh lima minit.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu reaksi wajah tertuduh kerana saya berada di belakang (tertuduh) cuma nampak kepala tertuduh bergerak ke kiri kanan," katanya.

Katanya, selain Samirah, beliau turut melihat ada individu lain di dalam rumah tersebut iaitu dua wanita berusia lingkungan 40-an dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila turun ke tingkat bawah rumah.

Beliau berkata dua wanita yang tidak dikenalinya itu berada di meja makan di ruangan dapur.

"Selepas saya dan pasukan selesai memadamkan kebakaran dan turun ke bawah, saya juga melihat tertuduh ke dapur dan membuat susu yang saya percaya untuk kanak-kanak berkenaan," katanya.

Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Nazrin, 47, diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Berikutan itu, Samirah, 44, yang merupakan bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pihak pendakwaan kes itu diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Datuk Salim.

Samirah pula diwakili peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

--BERNAMA
Quote batmana 2-10-2019 04:46 PM
psl kawin byk kali,

urat muke sedih dh putus agknya..

Quote damian_lee 2-10-2019 05:00 PM
kalau betul la ... failed sangat ...
Quote Acikgomen 2-10-2019 05:02 PM
batmana replied at 2-10-2019 04:46 PM
psl kawin byk kali,

urat muke sedih dh putus agknya..

Kawin cerai dgn nizam tu jek byk kali
Nazrin nih second husband yach
Quote Foxey 2-10-2019 05:05 PM
Macamana dia boleh tak menangis jika dia betul2 sayang arwah? Something is not right with her or she was born abnormal
Quote ezypepper 2-10-2019 05:13 PM
When the rich gets greedy la kan...anything pun dia leh buat..
Quote awanysss 2-10-2019 05:14 PM
eh elok pulak nak storm ikut bomba tu.. kalau betul nak berkorban sebelum bomba dtg risk her life lah masuk selamatkan laki dia.. propa lak samerah ni.. sorry setelah baca thread dolu2 pasal kes ni, aku tak boleh nak husnuzon  
Quote matchstick 2-10-2019 05:22 PM
Acik samirah dh susah2 nk disguise murder tu sampai sanggup set fire, berlakon lah sikit kot ye pun.
Quote dubuk 2-10-2019 05:47 PM
stop the madness
Quote becir 2-10-2019 05:49 PM
Mcm psycho je pempuan ni..
Quote MissVixen 2-10-2019 05:58 PM
Bangsa dia ni paling kuat drama kalau ada keluarga meninggal di wad. Acik samirah ni tipu beno la kalau dia boleh tenang je.
Quote xy_daen 2-10-2019 05:59 PM
Dia nak tgk kot mayat terbakar ke tak?
Quote iloveselangor 2-10-2019 06:00 PM
Gagah Nye bomba tu @Kurex

Lihat semua komen(194)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.311073s Gzip On
To Top