Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sambung Legasi Arwah Ayah - Alif Johan Masuk Mentor Guna 'Cable'?

4-10-2019 11:06 AM|Oleh: natrahn| Komen: 69

Kredit foto: Instagram Alif Johan

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi Nora Ariffin, Muhd Syakir Alif mencuba nasib menyertai program realiti TV3, Mentor Milenia 2019.

Tuah menyebelahinya kerana tersenarai antara 20 calon protege program realiti itu yang akan mula bersiaran pada 6 Ooktober ini jam 9 malam.


Kredit foto: Kosmo

Menurut Alif, penyertaannya dalam rancangan realiti itu demi menyambung legasi muzik keluarganya kerana percaya pada kemampuan dan bakat yang ada pada dirinya. 

"Saya mahu mencari platform yang berkualiti untuk menonjolkan kemampuan yang saya ada dan belajar daripada kelima-lima Mentor selain ilmu daripada ibu dan arwah ayah saya.

"Niat untuk masuk Mentor Milenia 2019 pun demi menyambung legasi muzik keluarga memandangkan abang saya tidak berminat dan adik pula masih bersekolah. Saya selalu terfikir selepas ini kalau ibu sudah bersara, siapa yang akan menyambung nama Johan?" ujarnya memetik laporan Kosmo.



Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

Alif turut menolak dakwaan bahawa beliau terpilih kerana pengaruh arwah bapa dan ibunya, sebaliknya berusaha dan melalui proses yang sama seperti peserta lain.


Kredit foto: Instagram Alif Johan

Beliau juga berazam untuk memperbaiki penampilannya serta membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. 

"Masuk Mentor Milenia, saya perlu utamakan juga soal penampilan. Saya nekad untuk kurus. Berat dahulu 130 kilogram (kg), sekarang 96 kg. Penampilan penting untuk mendapat tempat dalam industri ini," ujarnya lagi.


Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

Semestinya jangkaan orang ramai terhadapnya tinggi kerana merupakan anak kepada penyanyi Nora Ariffin, 46, dan penggubah lagu yang disanjung ramai.
Selamat maju jaya Aliff! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 69
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : Didenda RM17,500 Zarina Zainuddin Nafi Jual Produk Timbang Kilo, Dakwa Dianiaya

Komen Terbaru

Quote anony-mous 14-10-2019 09:50 AM
Lega betul i dia xterpilih. Suara biasa2 nya lahai. Mmg x layak sbb ramai lg yg berbakat. Even yg pakai jaket dri sabah tu suara sedap pon xlayak apatah lg heol.

Yg girl nyanyi no 1 pon sama nasib baik xlayak. Cuma kesian mary grace suara sedap tp x terpilih.

Kalau i mentor pon i xnk ank si nora ni sbb mak diva. Sah2 kene ikut ckp nora. Then ank dia xde kualiti utk jd artis. Artis bkn takat suara je. Yg ada pakej smlm yg bdk shah alam tu si arepp

Lain-lain Komen

Quote Kurex 4-10-2019 11:15 AM
Nampak sisi gayahnya..

Tapi bagus budak ni sebab fikir keluarga..

Bagus jugak kurus, sebab senang nak beribadat nanti.. Bagus2
Quote Leo_Tigris 4-10-2019 11:26 AM
Patut la dok npk Nora berkobar2 promote anak dia dlm IG akaun beliau - sbb nak masuk Mentor rupanya.

Kurus sbb buat bariatric surgery, tak payah nak ckp banyak laaa....
Quote boojaat 4-10-2019 11:29 AM
Patutnya xpayah bgtau dia anak siapa.. baru la org nanti kata dia masuk industri sebab bakat sendiri
Quote boojaat 4-10-2019 11:30 AM
Leo_Tigris replied at 4-10-2019 11:26 AM
Patut la dok npk Nora berkobar2 promote anak dia dlm IG akaun beliau - sbb nak masuk Mentor rupanya. ...

Ye ke sebab surgery? Hurmmn...
Quote pearl.silver 4-10-2019 11:34 AM
Klu ko btul2 talented, buat cover video kt utube, gain jutaan viewers, kompom jd retis bbnu meletop.. Kalah juara mentor 2019 tu nnt tau idokk..
Quote haruslah 4-10-2019 11:36 AM
gambar 1st belah kiri mcm k.lins pompom + nora
Quote kechikchomel 4-10-2019 11:42 AM
bukan ke dulu abang dia pun ada g audition mentor ke apa ntah.
tapi tak lepas
Quote nazzse 4-10-2019 11:50 AM
yang ni la yang buat gastric bypass yg mak dia dok gebang haritukan..rupanyan nak masuk mentor..
patut beria maknya
Quote miracle_forever 4-10-2019 11:53 AM
Kurex replied at 4-10-2019 11:15 AM
Nampak sisi gayahnya..

Tapi bagus budak ni sebab fikir keluarga..

yg gmbr dgn maknya tu nmpk radar berdenting ting ting kan
Quote inspektoremos21 4-10-2019 11:55 AM
Mcm rizky febian sikit muka dia
Quote Kurex 4-10-2019 11:59 AM
miracle_forever replied at 4-10-2019 11:53 AM
yg gmbr dgn maknya tu nmpk radar berdenting ting ting kan

Ye... Ketara! Yg last masa tembun post kaki naik atas pun nampak gayahnya
Quote jijilaaa 4-10-2019 11:59 AM
patot la beria buat bypass tu, rupanya masuk mentor.  awal2 lagi ep dah resy untuk dikormesialkan

untunglaaaaa mak bapak nya dlm bidang seni
Quote Nenasketum 4-10-2019 12:05 PM
Leo_Tigris replied at 4-10-2019 11:26 AM
Patut la dok npk Nora berkobar2 promote anak dia dlm IG akaun beliau - sbb nak masuk Mentor rupanya. ...

Haishh, muda2 dah buat surgery cenggini? Malas betul ko dik. Harap tak overindulge yer dek. Anyway, Nora bagi makan beras apa, gitu gigantic anak2 beliau? Semoga berjaya dan tak tambah ummah gayah yerk.
Quote putu 4-10-2019 12:23 PM
Kurex replied at 4-10-2019 11:15 AM
Nampak sisi gayahnya..

Tapi bagus budak ni sebab fikir keluarga..

Xda semoga ka? Hihi
Quote Kurex 4-10-2019 12:26 PM
putu replied at 4-10-2019 12:23 PM
Xda semoga ka? Hihi

Semoga berjaya.. Tu je la..
Quote danieladam 4-10-2019 01:23 PM
Sesuatukah heshe? Heshe ni ke yg bertanding dlm program realiti kat indon sana? Ke yg tu org lain?
Quote Pink_Purple 4-10-2019 01:37 PM
untung la guna nama mak pak untuk naik..

orang lain berbakat besar tapi xde 'nama' melangut je la..
Quote mixed 4-10-2019 02:21 PM
fesyen bertopi dah mcm hafiz af dan hazami

radar kurex dah berdeting ting
Quote Leo_Tigris 4-10-2019 02:31 PM
boojaat replied at 4-10-2019 11:30 AM
Ye ke sebab surgery? Hurmmn...



Nora tak pernah sembunyikan the fact yg anak dia buat bariatric surgery dgn Mr Mustafa (the same surgeon yg buat Aishah Janji-Manismu) - padahal I rasa anak dia tak de la gemuk mana - boleh je control portion and exercise....

Lihat semua komen(69)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.133840s Gzip On
To Top