Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Wawa Zainal Terasa Hati Dengan Warganet Kritik Caranya Didik Anak

2-10-2019 04:24 PM|Shimmer Shine| Komen: 66



"Jangan selesa sangat anak tu pandai sebab gajet."

Wawa Zainal nampaknya kurang senang apabila ada warganet yang memberi komen berlagak pandai mengenai isu anak sulongnya, Attar, 6 yang mengalami masalah pertuturan (speech delay). Komen yang menyalahkan ibu bapa sebagai punca kerana tidak memantau anak ketika menggunakan gajet seolah-olah menuduh Wawa tidak bijak menjaga anak

Dengan membuat perbandingan anaknya yang berusia setahun tetapi sudah pandai ABC serta fasih bercakap membuatkan Wawa berasa kecewa dengan sikap segelintir warganet. Lantara itu, Wawa turut menasihatkan ibu bapa ini tidak berasa selesa kerana Attar juga begitu ketika seusianya.

Kredit foto: IG
Menurut Wawa, apa yang ditulis oleh ibu tersebut mengenai anaknya yang berusia setahun sudah dialaminya ketika Attar masih kecil. Bukan sahaja tahu, siap hafal lagi ABC, alif ba ta, nombor, warna dan macam-macam lagi, tapi masalah 'speech delay' bukan kerana itu semata-mata.

Jadi, menceritakan pengalamannya adalah kerana mahu berkongsi dengan pengikut yang mahu bertanya. Serta saranannya supaya ibu bapa mengurangkan gajet terhadap anak-anak patut disambut baik, bukannya diperli-perli.

IG

Sebanyak dua lampiran yang disertakan Wawa mengenai tulisan ibu yang seolah-olah menyalahkannya.


Bagaimanapun, ramai pengikut Wawa memintanya supaya tidak mempedulikan tulisan-tulisan yang tidak membina tersebut sebaliknya terus berkongsi mengenai kemajuan Attar yang telah dihantar ke pusat terapi pertuturan.


Begitulah, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul, mungkin begitulah yang diibaratkan kepada ibu bapa sebegini yang suka menyalahkan orang lain tentang sesuatu masalah. Mungkin ianya belum terkena dengan diri masing-masing, bolehlah cakap begitu begini? Untuk Wawa, teruskan berkongsi, masih ramai yang tidak tahu mengenai kaitan pengaruh gajet dengan masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 66
Komen

Previous : "Nak Jadi Pelakon Tamil Ke?" - Penampilan Macho KJ Jadi Sebutan

Next       : "Bila Kena Hentam Tak Serius, Mula Meroyan" - Arash Mohd Terkilan Sikap Artis Baru

Komen Terbaru

Quote famri7 14-11-2019 07:23 PM
Nak tgk kualitas parenting heshe..tengok gg anak..memang out...cash. cassssskh khassssshhh

Lain-lain Komen

Quote chinta89 2-10-2019 04:42 PM
dh slm unfollw wawa n aeril tp dlm bab ni masing2 netizen yg nak tunjuk bagus sila berhenti berkata2. menyampah! anak korang bagus, tiba satu masa anak korang slow, duk kelas hujung, lembap dari anak org lain, ape perasaan ko wahai emak yg bajet bagus?????

x boleh bersimpati, lbh baik diam!
Quote ffbeauties 2-10-2019 04:44 PM
Aku tak boleh betul tengok mak bapak yg tak reti jaga gigi anak.
Please la, mak pak tepek bbedak berinci inci gaya tak kalah tapi gosok gigi anak tak sampai 3minit pon malas.
Quote CikNano 2-10-2019 04:49 PM
Wawa & Aeril ambil mana teguran yg baik. Belum terlambat lg utk attar dptkan terapi tu
Quote damian_lee 2-10-2019 04:50 PM
Anak dia sumbang jadi viewers video2 dia ke?
Quote boojaat 2-10-2019 04:52 PM
Kalau umo sethn lebih xpandai bercakap, patut hantar awal2 jumpa doc pakar..  senang doc nak merawatnya...
Quote boojaat 2-10-2019 04:53 PM
Kalau umo sethn lebih xpandai bercakap, patut hantar awal2 jumpa doc pakar..  senang doc nak merawatnya... Bkn kurangkan gajet semata2 ya wawa...
Quote boojaat 2-10-2019 04:54 PM
ffbeauties replied at 2-10-2019 04:44 PM
Aku tak boleh betul tengok mak bapak yg tak reti jaga gigi anak.
Please la, mak pak tepek bbedak be ...

Tapi kan.. anak kwn i di jaga rapi pun hitam buruk juga gigi anaknya.  Hari2 cuci gigi.. mungkin jenis gigi rapuh x tahan dgn colgate budak2 tu kot.  
Quote LipasComel 2-10-2019 04:55 PM
speech impairment dikalangan kanak2 ni mmg ada. kdg2 bukan salah didikan parents pun, tapi sebab masalah2 lain. pakar kanak2 tau la nak tgk masalah budak2 yg lambat cakap ni.
Quote sonatalady 2-10-2019 04:58 PM
X minat laki bini ni tp kdg2 teguran org amik positif sikit.
Tp ada plak yg tegur seolah2 dorang aje tau jaga anak.
Apa2..anak masing2...pandai2 lah korang.
Quote sok_suci 2-10-2019 05:03 PM
Apsal gigi anak dia teruk nawnawnawww???
Quote Nenasketum 2-10-2019 05:07 PM
Wow, 6 tahun speech delayed pastu tak boleh terima komen lepas ko letak kat soc med utk tontonan umum. Mak/pak patut carik gaung and terjun man!
Quote matchstick 2-10-2019 05:08 PM
chinta89: dh slm unfollw wawa n aeril tp dlm bab ni masing2 netizen yg nak tunjuk bagus sila berhenti berkata2. menyampah! anak korang bagus, tiba satu masa ana ...


Couldn't agree more..
Quote Tudungpink 2-10-2019 05:11 PM
Xminat laki bini ni..over pun yer jgk..sepatutnya diorg pun xyah layan netizen ni, dah nama netizen, focus pada anak korang sudah..
Quote jijilaaa 2-10-2019 05:23 PM
bab nak compare anak ni jgn la dibuat main.. lain anak lain cara tumbesaran nya. xpayah cakap anak sapa lagi pandai anak sapa lagi cpt bercakap. Ingat sikit anak tu pinjaman je, bila2 pun allah boleh tarik balik
Quote takayama 2-10-2019 05:36 PM
Kesian kt si anak
Dia speech delayed tu kena refer pd pakar dan warganet yg anak memsg dah start awal bersyukurlah dgn apa yg Allah bg
Setiap anak pun cara tumbesaran x sama apa lg ni bkn anak sendiri, nk keji tu keji ajelah mak paknya tp jgnlah disentuh si anak
Quote Gumball 2-10-2019 05:45 PM
depa laki bini dah jutawan kan
so bolehla bawak anak pi buat treatment yang paling bagus
orang kata takdak masalah la kiranya pasal labur duit untuk treatment anak tuh

hat netizen pun, takyah la nak compare sangat
sekarang anak ko pandai yakmat
esok lusa sapa tau apa nak jadi kan kat anak ko tuh
ucap syukur Alhamdulillah jerla. lagi elok
Quote whadda 2-10-2019 05:48 PM
dengar elok je anak dia bercakap.. ingat diam seribu bahasa
Quote SherryZass 2-10-2019 05:53 PM
Tak payah la compare anak sendiri dengan anak orang lain. Pembesaran dorang pon tak sama Anak kawan sebaya ngan anak iolls (2yr), dah petah bercakap walaupun selalu/kerap bagi tengok youtube/hp. Compare dengan anak iolls.
Quote Suchi 2-10-2019 05:58 PM
Netizen pun janganlah suka2 compare anak sendiri ngn ank org.
Bersyukurlah Allah bagi anak yg senang dijaga takde masalah pertuturan bagai tahukah kalian ada org diuji anak speech delay yg takleh cakap langsung tapi bukan bisu dan anak tu dah mencapai umur dewasa pun.
Dia bukan takat speech delay takleh komunikasi ngn org tapi tak mampu nak bgtau bila nak kencing berak so kena guna lampin 24 jam.
Walaopun luaran kelihatan seperti lelaki dewasa normal.
So bersyukurlah bagi sesapa yg tak diuji tu,bangun pagi tak yah stress apa2, anak2 pun senang dijaga campak mana pun hidup.
Pada ibu bapa yg punyai anak2 high demand yg sentiasa diuji dgn pelbagai masalah itu ini semoga kalian terus diberi kekuatan hati dan dipermudahkan urusan.Sesungguhnya ujian yg hebat untuk orang yg  punyai jiwa yang hebat jua.

Lihat semua komen(66)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.095801s Gzip On
To Top