Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Dahla Beli Pukal, Isi Dalam Bekas Dadih Pula Tu, Ewww, Tak Bersihnya" - Syampu Tempatan Dikritik

Shimmer Shine|2-10-2019 11:23 AM Komen: 64




Macam-macam ya produk tempatan sekarang, krim putih, vitamin C, jamu yang dimasukkan ke alat sulit dan lain-lain lagi. Ada yang mendapat sambutan dan ada juga yang dikritik. Terbaharu produk syampu yang semakin mendapat perhatian warganet. Bukan kerana kebaikan yang dibawa tetapi kerana stail pembungkusannya yang diletakkan ke dalam bekas dadih!

Menggelikan!
Dengan nama 'Sejuk Otok', kandungan syampu dibubuh ke dalam bekas lutsinar bersaiz tin minuman menampakkan teknik pemasaran yang unik tetapi dalam masa sama menampakkan ianya murah serta tidak bersih!


Kredit foto: Twitter

Menurut warganet, produk tempatan jarang yang ada kajian (R&D). Jadi, kebanyakannya adalah produk OEM, kemudian dibungkus dalam pek tertentu untuk dijual di pasaran. Mungkin itu tiada masalahnya kerana ramai yang melakukannya. Tetapi apabila ianya dipek ke dalam bekas 'dadih' itu yang membuatkan ramai marah!

"Pengaruh nak cepat kaya. Tanpa fikir risiko pengguna. Kalau tengok dekat fb, founder beli
dekat shopee Rm 15 utk 3000ml pastu repack dalam bekas dadih jual RM10."

Kredit foto: Twitter

Padanlah ramai yang marah kerana dikatakan ianya hanyalah produk yang mengaut keuntungan berganda dengan pembungkusan yang sangat buruk. Sudahlah serupa bekas dadih, harganya juga tidak logik, kebersihan turut dipertikaikan kerana tiada pam untuk mengeluarkan syampu tersebut. Maknanya terpaksa mengambil syampu dari bekas dengan tangan?


Kredit foto: Google

Bagaimanapun, bagi ejen-ejen produk ini, mereka akan tetap menjual produk tersebut dan kritikan tersebut hanyalah pandangan yang tidak mahu melihat orang Melayu maju.


Kalau anda, sanggup ke pakai syampu 'dadih' ini? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 64
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aderaderker 5-10-2019 04:32 PM
Sejuk otok.
Korok mung.

And dah2 la tu guna ayat Melayu tolong Melayu,  Melayu jatuhkan Melayu.
It's lame and effing annoying.

Lain-lain Komen

Quote Melorqe 2-10-2019 11:28 AM
awat la founder ni
tu berapa lama boleh tahan bekas plastik tu?
kemek sikit pun boleh pecah bekas tu
tambah lagi kalau nak pos.
mcm level bbnu je yg jual benda ni pun
takde klass.

Quote RatuDunia94 2-10-2019 11:29 AM
Timbang kilo level bawah dr pprt sgt dh ni...
Nape x pack dlm plastik sambal mee siput je terus??
Quote kucingitam 2-10-2019 11:30 AM
sejuk otok kepalo hotokmu...
Quote sarah82 2-10-2019 11:45 AM
RM25 naaa.. Aku sanggup beli shampoo dari korea yg why better resultnya
Quote seller6183 2-10-2019 11:45 AM
mahal weh... rasa mcm lagi mahal dr yang kat saloon je.
Quote Boomibulat 2-10-2019 11:50 AM
kucingitam replied at 2-10-2019 11:30 AM
sejuk otok kepalo hotokmu...

Tgk nama brand  mcm produk timbang kilo kelantan beli kat siam...
Quote Boomibulat 2-10-2019 11:51 AM
seller6183 replied at 2-10-2019 11:45 AM
mahal weh... rasa mcm lagi mahal dr yang kat saloon je.

Kurang2 kita support produk muslim katanya...
Quote lalalxlx 2-10-2019 11:53 AM
aduhai packaging pun tak semenggah...
Quote Meiizu 2-10-2019 12:07 PM
nak tuang camna tuh..dah tuang nak tutup camno?? pakai alas cawan, pakai pinggan??
Quote Mfzg89 2-10-2019 12:16 PM
lagi mahal dari syampoo Ronaldo ni...
Quote kucingitam 2-10-2019 12:23 PM
Meiizu replied at 2-10-2019 12:07 PM
nak tuang camna tuh..dah tuang nak tutup camno?? pakai alas cawan, pakai pinggan??

guna sudu, tapi kena sudu plastik, kalo sudu stainless steel nanti ada chemical reaction, otokmu tok sejuk nanti..

Quote smartaleck07 2-10-2019 12:36 PM
kucingitam replied at 2-10-2019 12:23 PM
guna sudu, tapi kena sudu plastik, kalo sudu stainless steel nanti ada chemical reaction, otokmu t ...

hahhahahhah... banyak pulak pantang larang nye.. hahahaha

Quote matchstick 2-10-2019 12:39 PM
Shampoo sejuk otok.. Yg beli xdok otok...mcm mana nk nmpk kesan nya tu
Quote shark_eow7 2-10-2019 12:42 PM
https://www.facebook.com/ladyamaranthe/posts/2560318927323312
guyss.. ni cerita dari one of my fb friend. dia confront with the founder of this shampoo. korang nilaikan sendiri mcm mana they all handle this issue. bila minta ingredient dia hentam bagi ntah mana mana botol. lepastu bahasa memang haram jadah.
Quote Artemesiaa 2-10-2019 12:42 PM
Punya nak jimat kos untung nak banyak
Quote armin 2-10-2019 12:44 PM
Loreal pin tak mahal cenggitu.
Quote matchstick 2-10-2019 12:46 PM
Meiizu replied at 2-10-2019 12:07 PM
nak tuang camna tuh..dah tuang nak tutup camno?? pakai alas cawan, pakai pinggan??

Mungkin penjual expect pembeli tu pandai2 sendiri lah transfer ke botol shampoo lain yg dh habis pakai ke, beli botol kosong kt daiso or watsons ke.. Pendek kata kos packaging yg proper customer sendiri tanggung.. Mmg xdok otok lah sape yg jadi ejen n yg membeli. Founder otok 'genius'. Semoga melingkup secepat mungkin
Quote mizruncing 2-10-2019 12:48 PM
pembeli pn jgn la bodoh prcaya. boikot je dh tau produk timbang kilo mcm ni. lg ada hati nk beli. pls laa jgn bodoh sgt
Quote realist_13 2-10-2019 01:19 PM
Tertengok komen2 testimoni... eurghhh geli baca . Hotakk mu laahh

Lihat semua komen(64)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.226253s Gzip On
To Top