Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

PRK Parlimen Tanjung Piai 16 November Ini

Oleh: Tukang Tulis|1-10-2019 06:15 PM Komen: 10
Datuk Azhar Azizan Harun (tengah) dalam sidang akhbar pengumuman PRK Tanjung Piai. Kredit foto: Facebook / SPR

Pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai akan mengundi pada 16 November 2019 (Sabtu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk memilih Ahli Parlimen yang baharu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, tarikh itu ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tempoh kempen selama 14 hari bermula selepas hari penamaan dan pengisytiharan calon pada 2 November.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan, permohonan undi pos bagi pengundi di luar dan dalam negara mula dibuka pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober.

Calon yang bakal bertanding boleh membeli Borang Penamaan Calon di Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor atau di Ibu Pejabat SPR Putrajaya mulai 8 Oktober.

Mereka juga dinasihatkan supaya mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang berkenaan dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan calon mulai 28 Oktober.


PRK Parlimen Tanjung Piai bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Kredit foto: Carian Google

Azhar memberitahu, bakal calon turut dinasihatkan membayar deposit lebih awal bagi memastikan proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

"Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dan disemak itu hendaklah dikemukakan oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa Hari Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon yang telah ditetapkan oleh SPR," katanya.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,019 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK Parlimen Tanjung Piai di 127 saluran di 28 pusat mengundi.

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, Johor akan digunakan sebagai lokasi pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.


Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik. Kredit foto: Facebook

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan pemergian penyandangnya dari Pakatan Harapan, Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik pada 21 September. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:01 PM
Bila nak umum calon ni? Harap2 hensem macam syed sadiq

Lain-lain Komen

Quote Ina8895 1-10-2019 06:28 PM
Al Fatihah untuk arwah Dr Farid
Quote Perawankota 1-10-2019 07:30 PM
Undi betul2 yer guys
Quote EmaAsmadi 1-10-2019 08:33 PM
Jangan salah pilih pulak
Quote danieladam 2-10-2019 01:18 AM
Jangan rela dikencing lagi
Quote Eric.n9 2-10-2019 04:59 AM
Nak sangat tengok, apa pilihan terkini org2 tanjung piai..
Quote Ina8895 2-10-2019 09:48 AM
danieladam: Jangan rela dikencing lagi


Kes sungai kim kim pun tak setel lagi
Quote Ina8895 2-10-2019 12:47 PM
Dengar calon umur 18 tahun pun boleh bertanding. Ada yg berani ke?
Quote Knights 2-10-2019 12:49 PM
istiqamah VOTE MUSLIM FIRST di Tanjung Piai
Quote hussaini4675 2-10-2019 12:58 PM
Knights: istiqamah VOTE MUSLIM FIRST di Tanjung Piai


Kalau calon semua Islam, camna?
Quote Ina8895 6-10-2019 09:01 PM
Bila nak umum calon ni? Harap2 hensem macam syed sadiq

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.308197s Gzip On
To Top