Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Calon SPM Edar Dadah Untuk Ringankan Beban Keluarga

1-10-2019 12:03 PM Komen: 34
Pelajar Tingkatan Lima dicekup selepas disyaki mengedar dadah dalam Op Tapis di Lahad Datu kira-kira jam 3.30 petang pada Isnin, lapor Astro AWANI.

Menurut laporan, suspek berusia 18 tahun itu ditahan bersama 5.25 gram dadah dianggarkan bernilai lebih RM787.

Difahamkan, anggota yang sedang menjalankan operasi terserempak dengan suspek yang dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.


Foto: AWANI

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, ketika diperiksa, suspek menyerahkan sendiri dadah berkenaan yang disimpan dalam satu paket lutsinar dan sembilan gulung kertas timah.

Hasil siasatan juga mendapati suspek merupakan pelajar sekolah menengah di daerah itu dan bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini.

Tambahnya, pelajar itu mengakui mula mengedar dadah secara kecil-kecilan sejak awal September lalu akibat terpengaruh dengan rakan selain mencari wang meringankan beban keluarga.

Difahamkan, polis kini giat memburu lelaki dikenali sebagai 'Abang' di Kampung Puyut, Lahad Datu dipercayai menjadi pembekal dadah kepada pelajar terbabit.

Pemeriksaan mendapati pelajar itu tidak memiliki rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1957. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 34
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-11-2019 11:02 PM
Adoyai. Kesian pun iya jugak

Lain-lain Komen

Quote Meiizu 1-10-2019 12:07 PM
wooowww pandai dik jual dadah..jual takpe , jgn amik utk diri.
Quote RatuDunia94 1-10-2019 12:16 PM
Ada gambar x censored x? Mcm comel je adik ni.m
Quote Artemesiaa 1-10-2019 12:19 PM
Banyak je caralain kalau betul cari kerja untuk tambah pendapatan keluarga tapi bukannya dengan cara ni
Quote Forfoxache 1-10-2019 12:22 PM
Baguslah tu. kecik2 dah pandai cari rezeki haram. Bila dah kuar jail nanti boleh upgrade skill penjahat ke level tokan.
Quote jazaa100 1-10-2019 12:26 PM
Umor 21 nanti dahblh buat system MLM lah....lg untung besar
Quote fliphair8 1-10-2019 12:39 PM
hakak tak tahu nak kate ape, mintak dijauhkan dr anak2 kita....
Quote sarah82 1-10-2019 12:59 PM
Bagi org yg pernah rasa kesusahan tu.. Acik faham.. Ang nak tlg ringankan beban keluarga ang,  dik. Tapi cara ang cari rezeki lebih tu tak betul dik.. Ang memusnahkan kehidupan keluarga org lain.

Moga jadi pengajaran yg sgt mendalam utk ang dik
Quote Boomibulat 1-10-2019 12:59 PM
RatuDunia94 replied at 1-10-2019 12:16 PM
Ada gambar x censored x? Mcm comel je adik ni.m

Jap lg kurex sahkan..
Quote CiliPadiSedap 1-10-2019 01:04 PM
sebelum tokan kena tangkap janganlah sebarkan maklumat pelajar dalam newspaper. sepatutnya tangkap semua baru masukkan artikel surat khabar. biarkan polis buat kerja.

tengok polis tumpaskan tokan 1 ton dadah dalam kontena tu baru betul hau liao. tahniah pdrm
Quote minguk 1-10-2019 01:11 PM
RatuDunia94 replied at 1-10-2019 12:16 PM
Ada gambar x censored x? Mcm comel je adik ni.m

kan... se7...........

Quote minguk 1-10-2019 01:12 PM
kalau comel, kakak maafkan kesalahan adik tu sebab nak bantu keluarga.
kalau wajah berlumpur kakak harap adik dikenakan tindakan sewajarnya.
Quote Melorqe 1-10-2019 01:26 PM
muda2 dah belajar bisness jadi ejen.
Quote Mfzg89 1-10-2019 02:33 PM
sarah82 replied at 1-10-2019 12:59 PM
Bagi org yg pernah rasa kesusahan tu.. Acik faham.. Ang nak tlg ringankan beban keluarga ang,  dik.  ...

betul.. yg xpernah merasa susah boleh kecam..tapi mmg betul cara adik ni salah..banyak lagi sebenarnya keje halal yg sesuai utk adik ni.tapi syg dia amik jln pintas.. hmmm
Quote Pink_Purple 1-10-2019 02:42 PM
kalau selidik budak ni xminat bersekolah pun..mesti rajin ponteng, sbb tu dapat kawan budak2/orang2 yang xberakhlak..
Quote Pink_Purple 1-10-2019 02:45 PM
suspek berusia 18 tahun..  da habis spm la..

kalau mengulang spm..rajinnya dia
Quote haryatie 1-10-2019 03:22 PM
kalau btul la nak bantu keluarga
nape pilih jln yg salah dia
sia2 jerk
Quote cmf_premierleag 1-10-2019 03:23 PM
kesiannya.semoga semua urusan adik ni dipermudahkan dan dimurahkan rezeki
blaja rajin2 dik, ubah la nasib keluarga dgn pelajaran
Quote sarah82 1-10-2019 03:26 PM
Mfzg89 replied at 1-10-2019 02:33 PM
betul.. yg xpernah merasa susah boleh kecam..tapi mmg betul cara adik ni salah..banyak lagi sebena ...

Tu la.. Pilihan dia salah walaupun matlamat dia murni.
Quote iloveselangor 1-10-2019 03:31 PM
Kesian...tapi ank buat cam me Malaysia ni negara Dunia Ketiga

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.243691s Gzip On
To Top