Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Madu Segera' - Tak Tahu Nak Pilih, Lelaki Kahwin Dua Girlfriend Sekaligus

1-10-2019 11:50 AM|Sang_Pencinta| Komen: 10

Seorang lelaki dari Semporna, Sabah mengahwini kedua-dua teman wanitanya sekaligus apabila tidak tahu nak memilih yang mana satu untuk dinikahi.


Kredit foto: China Press


Menurut Berita Harian dan China Press, lelaki itu yang berasal dari Kampung Bukas telah melangsungkan perkahwinannya secara serentak pada Jumaat lalu, 27 September.

Memetik cerita daripada sepupu kepada pengantin bernama Jimmy Jim di Facebook, lelaki itu telah bertunang dengan salah seorang wanita itu yang berasal dari Kota Kinabalu. Bagaimanapun, ketika bekerja di sebuah pusat pelancongan, beliau jatuh cinta dengan teman wanita keduanya.



Kredit foto: China Press


Entah bagaimana ceritanya, lelaki itu dikatakan telah berterus terang kepada kedua-dua wanita tersebut kerana tidak tahu memilih suri hidupnya, tetapi tidak ada yang mengalah atau menarik diri. Lelaki itu kemudiannya mencadangkan untuk mengahwini kedua-dua teman wanitanya.

Perkahwinan dilaporkan berlangsung dengan meriah dan menjadi tumpuan ramai kerana jarang berlaku. Beberapa gambar beredar di media social menunjukkan pengantin lelaki diapit kedua-dua isterinya dan mereka bertiga memakai pakaian traditional. 


Kredit foto: China Press



Bagaimanapun, ramai netizen yang menyedari bahawa kedua-dua pengantin perempuan kelihatan tidak berapa gembira sepanjang majlis berlangsung.

 
Poligami sememangnya sukar diterima oleh wanita, apa lagi buat mereka yang baru memulakan bahtera perkahwinan. Jadi, ramai mendoakan perkahwinan ini akan memberikan kebahagiaan kepada ketiga-tiga mereka.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : Ini Contoh Hadiah Hantaran Berguna Selepas Kahwin, Khas Untuk Bakal Pengantin Baru!

Next       : Foto Terkini, Adik Ainul Mardhiah Semakin Comel

Komen Terbaru

Quote nanies 5-10-2019 08:40 AM
yg muka masam tu, nape teruskan? kalo dia boleh curang ms tunang, ko ingat dia nk setia sampai tua? kalo nk buat keputusan nk pilih pun susah, sampai ke tua la memang tak boleh buat keputusan.

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 1-10-2019 11:56 AM
Untung ke atau cari penyakit??
Quote msdummy.2018 1-10-2019 12:07 PM
rasa mcm dah baca thread ni semalam...kenapa buka lagi?
Quote msdummy.2018 1-10-2019 12:07 PM
yes..confrim duplicate news

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1175739
Quote iznanaziz 1-10-2019 12:17 PM
dia bertunang dengan yang mana satu? dgn anak tudung purple tu ke?
nampak sgt dia tak setia dan curang.
Quote Sang_Pencinta 1-10-2019 12:29 PM
iznanaziz replied at 1-10-2019 12:17 PM
dia bertunang dengan yang mana satu? dgn anak tudung purple tu ke?
nampak sgt dia tak setia dan cur ...

Mungkin yang tu lah kot, muka matang sikit

Yg satu lagi tu macam masih belasan tahun
Quote mieymiey 1-10-2019 12:32 PM
Masam muka akak sorang tu.
Quote Mfzg89 1-10-2019 02:34 PM
alasan nak selamat : ikut sunnah...
Quote mujer_in_espejo 1-10-2019 07:15 PM
Sah2 curang. kalau aku bagi tinggal terus!
Quote Sang_Pencinta 1-10-2019 07:44 PM
mieymiey replied at 1-10-2019 12:32 PM
Masam muka akak sorang tu.

Mungkin yg masam tu tunang terdahulu dia
Quote nanies 5-10-2019 08:40 AM
yg muka masam tu, nape teruskan? kalo dia boleh curang ms tunang, ko ingat dia nk setia sampai tua? kalo nk buat keputusan nk pilih pun susah, sampai ke tua la memang tak boleh buat keputusan.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.083879s Gzip On
    To Top