Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Macam Budak Sekolah Rendah, Guru 'Baby Face' Ini Sebenarnya Berusia 23 Tahun!

30-9-2019 02:43 PM Komen: 16
Sekali lihat, tiada siapa menyangka lelaki ini sebenarnya seorang guru kerana wajahnya yang kelihatan jauh lebih muda berbanding usia.

Malah, dia diberi julukan 'baby face' kerana wajahnya yang kelihatan seperti kanak-kanak.


Kredit foto: AsiaOne

Ian Manga, 23, dari Filipina sering kali disalah anggap sebagai pelajar oleh ibu bapa kerana kelihatan sebaya dengan anak muridnya di sebuah sekolah di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina.

Menurut AsiaOne, Ian mengajar murid prasekolah dan Tahun 3 Sekolah Mater-El-Roi.

Ian yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter berkata kepada GMA News bahawa tumbesarannya terbantut selepas diserang penyakit ketika kecil menjadikan dia lebih rendah berbanding rakan sebaya.

Katanya, dia sering sekali dianggap sebagai adik kepada rakan sekelasnya. Malah, dia sering diejek sebagai 'buak kecil'.

Guru itu bagaimanapun tidak pernah mendapatkan nasihat doktor mengenai situasi dialaminya.


Kredit foto: AsiaOne

Cita-citanya mahu menjadi seorang guru seperti ibunya menguatkan semangatnya dalam menghadapi ejekan orang ramai yang memandang rendah terhadapnya hingga berjaya lulus dalam peperiksaan lesen guru (LET) pada May lalu.

Jelasnya, keadaannya itu adalah kelebihan untuk dia lebih dekat dengan pelajarnya.

"Saya berasa seperti seorang abang dan saya suka bermain dengan mereka," katanya.

Bagaimanapun, dia perlu menjadi tegas ketika mengajar supaya murid mendengar kata. Selain itu, Ian juga akan mengenakan pakaian besar dan longgar serta memakai kasut kulit untuk membezakan dirinya dengan murid-murid. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
5
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Bunggah 4-12-2019 06:04 PM
Ni bukan 162cm, tapi 152cm. Based on gambar graduation dgn kawan2 perempuan.

Lain-lain Komen

Quote beloomberk 30-9-2019 03:20 PM
Xkan la 162cm ketot cmtu..msti 140~150cm
Quote MadameOnion 30-9-2019 03:59 PM
162cm taklah pendek sgt pun..i pun 163 cm rasa begau sgt dah compared dgnn rakan2 lain..ramai je kawan jejantans yg lagi katik dr meols
Quote matchstick 30-9-2019 04:04 PM
Suara pun mcm budak2
Quote Artemesiaa 30-9-2019 04:23 PM
Termasuk galam golongan kerdil dengan muka dan suaranya sebegitu berbanding ketinggial kebiasaan lelaki normal.
Quote RatuDunia94 30-9-2019 04:48 PM
Muka x payah pakai filter kids.
Quote ainashiqa 30-9-2019 05:27 PM
Budak betul muka dia
Quote iznanaziz 30-9-2019 05:57 PM
dia dah ada awek ke belum?
Quote Andyscenes 30-9-2019 05:59 PM
@Kurex tak taste ke dgn mamat ni?
Quote Kurex 30-9-2019 07:05 PM
Andyscenes replied at 30-9-2019 05:59 PM
@Kurex tak taste ke dgn mamat ni?

Tak.. Kurex suka zul ripin
Quote Perawankota 30-9-2019 09:33 PM
Uiksss.. Muka blom baligh
Quote buapakperut 1-10-2019 07:08 AM
Comel je macam student dia pulak
Quote Mfzg89 1-10-2019 11:33 AM
Edited by Mfzg89 at 1-10-2019 11:35 AM

g mana2 bayar tiket harga budak la ni..
Quote Tinot7 1-10-2019 11:44 AM
Bestnye rupa muda. Forever young gitew..
Rupa iols dah tua
Quote diss69 1-10-2019 09:23 PM
Ni betul2 baby face..
Quote chinta89 2-10-2019 03:50 PM
kebudak2an muke heols.
Quote Bunggah 4-12-2019 06:04 PM
Ni bukan 162cm, tapi 152cm. Based on gambar graduation dgn kawan2 perempuan.

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.315453s Gzip On
To Top