Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kegilaan 'Joker' Semakin Hampir, Polis LA Ketatkan Kawalan Susulan Hari Tayangan

2-10-2019 12:40 PM| Komen: 12

Jabatan Polis Los Angeles telah membuka cadangan bagi memperketat kawalan di sekeliling majlis tayangan filem Joker yang bakal ditayangkan bermula minggu hadapan. Mereka akan menambah bilangan anggota semperna tayangan perdana filem tersebut berikutan terdapat kerisauan terhadap isi kandungan filem tersebut yang disifatkan sebagai terlalu ganas dan kurang nilai moral dari sesetengah pengkritik filem profesional.

Meskipun tidak ada sebarang ancaman ketara di Los Angeles setakat ini, namun mereka berpendapat bahawa mereka tidak boleh terlalu berhati-hati dan peningkatan kawalan akan tetap diteruskan di sekitar panggung, andai berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. 

Kata jurucakap polis kepada AFP, sudah tentu mereka menggalakkan orang ramai bergembira dan menikmati hujung minggu dengan aktiviti masing-masing, namun penduduk masih diingatkan agar berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Foto: Carian Google
Joker ditayangkan tujuh tahun selepas tragedi berdarah ketika tayangan filem Batman "The Dark Knight Rises" diserang seorang pengganas bersenjata melibatkan kematian 12 orang di Aurora, Colorado. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa ahli keluarga mangsa insiden tersebut telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap filem Joker melalui sepucuk surat terbuka kepada Warner Brothers, produser bagi filem ini. 

Surat terbuka tersebut dihantar awal minggu ini, dan antara kandungan surat tersebut mengatakan bahawa mereka tidak senang apabila watak Joker itu dijadikan protagonis dan mempunyai sejarah hidup yang mengundang simpati.

Warner Brothers memberi respons terhadap surat tersebut, mengatakan bahawa bukan niat filem, pembikin filem dan studio untuk menyanjung watak badut gila itu sebagai seorang hero. Mereka turut menafikan bahawa pihak mereka menyokong sebarang bentuk keganasan.

Kredit Foto: The Hollywood Reporter
Bukan itu saja, beberapa panggung wayang turut dilaporkan melarang sebarang pemakaian topeng, kostum dan contengan muka pada tayangan Joker pada minggu hadapan, atas faktor kebimbangan terhadap insiden di Aurora. Landmark Theatres, salah satu syarikat pawagam berpengaruh di Amerika Syarikat akan menguatkuasakan undang-undang tersebut ke atas 50 pawagam mereka. 

Begitu juga AMC Theatres, syarikat pawagam terbesar di AS tidak membenarkan sebarang topeng dan lukisan pada muka sempena filem ini, namun mereka tidak akan menghalang pemakaian kostum.

Filem Joker dibintangi Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck akan mula dimainkan di Malaysia pada 2 Oktober 2019, dan sudah tentu mana-mana peminat filem superhero tidak akan terlepas untuk menontonnya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Previous : Anti-Fan Rentap Rambut, Terbongkar Lucinta Luna Sebenarnya Botak?

Next       : Nak Kutuk Shawn Mendes Lari Bila Diajak Selfie Di KLCC, Tetapi Dihencap Netizen Lain Pula

Komen Terbaru

Quote tagas 27-10-2019 06:25 PM
takde la best sgt

slow & feel sleepy then ade sket adegan ganas2 manja

maybe aku kaki citer2 twisted & horror movie kot

3/5

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 2-10-2019 12:47 PM
PPRT nyaaa
Quote Artemesiaa 2-10-2019 12:51 PM
Lepas ni Bird of Pray pulak ambil alih tak berhentikah abam polis nak kena buat kerja lebih
Quote paiayam 2-10-2019 01:33 PM
Sempena lah, bukan sempeRna
Quote paiayam 2-10-2019 01:34 PM
Sempena lah, bukan sempeRna
Quote MeghanK 2-10-2019 01:59 PM
Artemesiaa: Lepas ni Bird of Pray pulak ambil alih tak berhentikah abam polis nak kena buat kerja lebih



birds of prey kot sistur
Quote Supersirap 2-10-2019 03:09 PM
Dasyatnya sampai boleh jadi begini, pentingnya didikan agama yang berterusan
Quote chinta89 2-10-2019 05:00 PM
bahayanya la...
Quote Perawankota 2-10-2019 06:54 PM
Harap2 org2 Malaysia x terlalu obses nk ikut perangai joker ni
Quote holaaaaaa 4-10-2019 02:17 PM
best cite joker..... org2 yg kena depression ni perlukan perhatian..
Quote seoexpert2020 17-10-2019 12:28 PM
Weighted Blanket For the Year 2019
Quote katymattress 24-10-2019 05:45 PM
Edited by katymattress at 24-10-2019 05:48 PM

Bring The 5-Star Hotel To Your Room With This Soft, Green,
Luxurious Bamboo Sheets
Quote tagas 27-10-2019 06:25 PM
takde la best sgt

slow & feel sleepy then ade sket adegan ganas2 manja

maybe aku kaki citer2 twisted & horror movie kot

3/5

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086207s Gzip On
To Top