Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tolak Tawaran Program Realiti - Naim Daniel 'Kekwat ' ?

29-9-2019 09:36 AM|Oleh: natrahn| Komen: 31

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

Penyanyi dan pelakon yang semakin terkenal dalam industri hiburan Naim Daniel didakwa bersikap sombong dan biadap kerana menolak tawaran menyertai program realiti terbitan sebuah stesen televisyen tempatan.

Malah Naim dilaporkan telah digam oleh stesen televisyen tersebut gara-gara tindakannya itu. 

Kredit foto: Instagram Naim Daniel - Naim terkenal dengan wataknya sebagai Budi dalam drama Pia. 
Malah lagu 'Sumpah'nyanyian dan ciptaanya turut dijadikan OST drama tersebut.

Terkejut dengan dakwaan berkenaan, Naim berkata dia memang menolak tawaran terbabit, namun ia dilakukan tanpa menyinggung perasaan sesiapa.

Setakat ini, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan mana-mana stesen penyiaran. Isu kena gam itu juga tidak benar sama sekali. Ia hanya khabar angin. Seboleh mungkin, saya cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak." ujarnya memetik laporan dari Berita Harian.

Naim turut memaklumkan beliau tidak dapat menyertai program tersebut kerana jadual kerja yang padat. Walaubagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah itu berkata, dia tidak berasa hati dengan tuduhan sedemikian.

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

Biasalah, gosip sebegini menjadi mainan anak seni dan saya lebih suka apabila ada yang bertanyakan kepada saya sendiri, sama ada cerita itu sahih ataupun sebaliknya,” tegasnya.

Terdahulu, Naim baru saja mengeluarkan single terbarunya, Adakah Engkau Menungguku, yang menyaksikannya berkolaborasi dengan artis rap, Tuju. Lagu bergenre pop itu adalah hasil ciptaan Adib Hamdi dan Naim sendiri.

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

Begitulah asam garam kehidupan sebagai artis. Bila semakin lama dalam industri hiburan, memang akan ada saja pelbagai cerita yang akan keluar samada yang baik atau sebaliknya. 

Apapun selamat maju jaya Naim. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 31
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : Bila Upload Foto Anak Mesti Kena Kutuk - Rita Rudaini

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 4-11-2019 10:03 AM
Dia ni asyik isu merapu je. Mungkin boleh pencen dah kot

Lain-lain Komen

Quote haruslah 29-9-2019 09:40 AM
Realiti ape? Big stage ke?
Quote unguaurora 29-9-2019 09:52 AM
Byk juga ye thread psl heols.
Quote supernaturalee 29-9-2019 09:54 AM
unguaurora replied at 29-9-2019 09:52 AM
Byk juga ye thread psl heols.

Rengsa eh?
Sabor2
Tgh up gitu lah

Hehe
Quote wordlife 29-9-2019 09:58 AM
big stage? asteruk berani nak gam peserta hanya kerana reject big stage?
Quote Kurex 29-9-2019 10:33 AM
Masuk la hero in remaja
Quote Fettybombom 29-9-2019 11:54 AM
Naim ni pandai nyanyi,pandai berlakon n mcm pandai bwk diri...tertengok dia kat rancangan panggung  xde skrip tu,menghiburkan..gud..
Quote Fettybombom 29-9-2019 11:55 AM
Harapnye berita kene gam ni xbtul...kalo btul mmg stesen tv tu xpro,buat malu dgn artis bbnu je..
Quote unguaurora 29-9-2019 11:57 AM
supernaturalee replied at 29-9-2019 09:54 AM
Rengsa eh?
Sabor2
Tgh up gitu lah

Haha.. mmg rengsa skit. Hr tu kakak heols yg kekwat
Quote sleepandream 29-9-2019 12:16 PM
iols rasa heols dah quite well known untuk masuk big stage...
iols stuju kalau heols tolak
Quote epuepy 29-9-2019 02:55 PM
I just nk komen 1 je. Tajuk lagu baru dia dh mcm tjuk drama dh.
Biasa org buat tajuk lagu ni simple je. Ni berjela nk sebut pn susah.
Quote matchstick 29-9-2019 04:25 PM
unguaurora: Byk juga ye thread psl heols.

Kasi can lah uols.. Budak baru nk up. Lgpun heols berbakat. Selagi x over merapu meols okay aje. Drpd thread psl pesen nelopa, anjoulie tayang kopek, meols lg rela baca thread ni. Any thread psl lopak n anjoulie tu mmg meols dh nekad x mau ambik tau no matter betapa clickbait pun tajuk nye
Quote cunnye 29-9-2019 04:52 PM
Bagus naim ni. Blakon pandai mjiwai watak .. nyanyi pon sedap.. antara bbnu yg aku suka gak.. anyway naim.. x berani kot asterok nk ban ko
Quote chicozinn 29-9-2019 05:17 PM
epuepy replied at 29-9-2019 02:55 PM
I just nk komen 1 je. Tajuk lagu baru dia dh mcm tjuk drama dh.
Biasa org buat tajuk lagu ni sim ...

Dia nk folo jaman dulu la tajuk lagu cm ala2 drama..Cm kemaafan dendam yang terindah, teratai layu tasik madu
Quote YomiuriLandMae 29-9-2019 06:43 PM
realiti show ape la tu ye.. hmm
Quote ninja boy 29-9-2019 06:45 PM
X payah la masuk rancangan itu, masa suria Radio buat nyanyi2 4 org kalah sama ara johari kikim wani hastrita, tapi beliau bagus pandai negubah lagu sesuai dgn jiwa beliau apa lagu kedua di suria dia nyanyi tu bagus kasi laju.
Quote minah_selekeh 29-9-2019 06:50 PM
Rasanya dia ni dah tak perlu nak join realiti tv competition kot.. Buang masa.. Bakat dah ada, orang dah nampak..
Quote Perawankota 29-9-2019 09:50 PM
Dia bkn bbnu lg.. so mcm x layak nk masuk..
Quote Rapz 29-9-2019 11:05 PM
Tk payah la nk join program realiti tu....bakat pelakon,penyanyi & composer da ade juz follow d flow asalkan jgn menyombong sudah keep stay grounded....
Quote ninja boy 30-9-2019 01:02 AM
Lagu sesungguhnya aku telah jatuh chenta versi beliau lagi bagus dari penyanyi asal

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.124666s Gzip On
To Top