Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Cantiknya Masjid Sri Sendayan, Macam Taj Mahal!

2-10-2019 10:52 AM|Oleh: natrahn| Komen: 14

Kredit Foto - Google

Mempesonakan! Masjid cantik ini mula dibina pada tahun 2015 dan diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB. 

Masjid yang dibina di atas tanah seluas 4.5 ekar melalui konsep wakaf itu dilihat seperti Taj Mahal Malaysia ditambah dengan dominasi seni binanya yang bercirikan negara Timur Tengah cukup solid nampak begitu indah.




Masjid yang tersergam indah ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain. Antaranya adalah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran dan dewan makan

Malah, turut didirikan adalah enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulang kaji serta dewan makan.



Ramai yang menyamakan masjid ini dengan Taj Mahal dan ada juga mengatakan ia seperti Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah. 

Tidak hairanlah masjid itu tidak putus dikunjungi dari pagi hingga malam yang bukan sekadar mahu menyaksikan keindahannya, tetapi turut menjadi sebahagian daripada jemaah untuk menunaikan solat.


Kredit Foto - FB Farhan Che Hassan

RHB atau Rashid Hussain Berhad merupakan singkatan kepada nama pengasas kumpulan RHB iaitu, Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang merupakan seorang tokoh paling berjaya di dalam arena perbankan negara.

Dalam tempoh kurang satu dekad, beliau  berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan RHB Bank.


Kredit Foto - Google : Tan Sri Abdul Rashid Hussain

Ini merupakan masjid ketiga yang diwakafkan dermawan itu di Negeri Sembilan selepas Masjid Hussain yang digelar sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.


Kredit Foto - Mapio.net : Masjid Aishah Sg. Mengulu, Langkawi
Kredit Foto - Mohd Racd Photography : Masjid Hussain Atau Majis Putih, Seremban 2

Semoga masjid-masjid ini dapat diimarahkan sebaik mungkin oleh jemaah tidak kira di kawasan ini atau dari luar Bandar Sri Sendayan. - CARI

Sumber - FB Farhan Che Hassan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Tiada Kawan? Lone Ranger? - Ini Tips Travel Solo Untuk Anda

Next       : Siap Bergari! Hotel Berkonsepkan Penjara Ini Curi Perhatian Warganet

Komen Terbaru

Quote BurungBiru 21-10-2019 09:40 AM
Subhanallah cantik.. tak banyak masjid yang lengkap dengan semua faciliti mcm masjid ni.. semoga Allah kurniakan rezeki yang lebih banyak pada RHB

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 2-10-2019 11:15 AM
Senangnya la Siti Nordiana nak bersolat..
Quote Artemesiaa 2-10-2019 11:51 AM
Kalau tersekat dalam kesesakan di lebuhraya boleh ler singgah situ untuk sembahyang
Quote meisapoya 2-10-2019 01:26 PM
Wahh cantik. Semoga pahala tan sri berpanjangan..
Quote sudahlah 2-10-2019 04:01 PM
sangat indah ..
Quote mimienaa 2-10-2019 05:53 PM
Cuci Sofa

Sangat indah & cantik
Quote Perawankota 2-10-2019 07:18 PM
Cantik betul masjid ni
Quote Perawankota 2-10-2019 07:18 PM
Cantik betul masjid ni
Quote MakcikPrada 3-10-2019 09:04 PM
Cantiknya masjid ni
Quote mrsLY 9-10-2019 02:56 PM
kalau ade rezeki, nak singgah solat di sini...nampak cantik sgt
Quote nur_dania 12-10-2019 09:41 PM
mmg cantik sgt masjid nih
Quote Foxey 15-10-2019 03:13 PM
Besar betul kompleks masjid ni. Memang cantik dan ada banyak fasiliti. Bertuah RH dikurniakan rezeki yang murah dan dapat membina bukan satu, tapi tiga masjid!
Quote natrahn 15-10-2019 03:40 PM
Foxey replied at 15-10-2019 03:13 PM
Besar betul kompleks masjid ni. Memang cantik dan ada banyak fasiliti. Bertuah RH dikurniakan rezeki ...

syukur alhamdulillah
Quote ichaliza 18-10-2019 09:32 AM
moga2 masjid yang cantik ini penuh setiap waktu
Quote BurungBiru 21-10-2019 09:40 AM
Subhanallah cantik.. tak banyak masjid yang lengkap dengan semua faciliti mcm masjid ni.. semoga Allah kurniakan rezeki yang lebih banyak pada RHB

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079765s Gzip On
To Top