Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penyerang Ditembak Polis Mati Syahid - Puteri UMNO

26-9-2019 12:08 PM Komen: 27
Naib Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi menyifatkan penyerang yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini sebagai seorang sheikh yang mati syahid.

MalaysiaKini melaporkan, walaupun polis sudah memberi amaran supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes tembakan itu, pemimpin Puteri Umno terbabit dengan yakin dan berani membuat kenyataan itu dalam satu ceramah di Kubang Kerian, Kota Bharu, malam tadi.


Kredit foto: FB

"Kelmarin, bersemadinya seorang syuhada, assyahid Sheikh Mohd Khairil yang ditembak disebabkan beliau mengamuk id hadapan dua orang kafir yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad di Bayan Baru, Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sebelum ini menegaskan ada pihak memuat naik kenyataan tidak benar berhubung kejadian di media sosial dengan niat "amat buruk" bertujuan untuk menyakitkan hati pembaca.

Difahamkan, pengguna media sosial menyebarkan kononnya seorang lelaki berparang yang ditembak mati oleh polis selepas mengamuk dan membunuh penyelianya adalah syahid selepas mangsa didakwa menghina Islam.

Katanya, pihak yang terbabit sudah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mengulas mengenai kejadian, beliau mendakwa penyerang terpengaruh dengan video ganas membabitkan kekejaman terhadap muslimin dari Timur Tengah. - CARI


Loading FB Post...

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote R2D2 27-9-2019 01:09 AM
Polis siasat kenyataan Naib Ketua Puteri UMNO - KPN


KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat kenyataan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi yang mendakwa lelaki ditembak mati di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menyerang majikannya kerana menghina Nabi Muhammad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika ini sedang membuat semakan berhubung kenyataan berkenaan.

D5 sedang semak dan siasat, katanya ringkas pada BH, malam ini.

Beberapa portal berita melaporkan Nurul Aman dalam satu ceramah di Kubang Kerian, Kelantan, semalam, mendakwa kes amuk menyebabkan seorang lelaki mati ditembak di kilang itu dicetuskan oleh dua individu yang menghina Nabi Muhammad.

Semalam, Abdul Hamid turut dilaporkan memberi amaran polis akan menahan mereka yang menularkan komen berbaur perkauman dan agama berdasarkan sesuatu kes jenayah berikutan kes amuk itu.


Dalam kejadian jam 4.45 petang Isnin lalu, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di kilang terbabit mengamuk sebelum menetak penyelia wanita dan pengurus keselamatan menggunakan parang.

Penyelia wanita berusia 47 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana parah di beberapa bahagian badan terutama di kepala manakala lelaki yang juga pengurus keselamatan berusia 53 tahun cedera, tetapi berada dalam keadaan stabil.

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 26-9-2019 12:14 PM
Wahh umno dh diterima baik di Kelantan yach..
Quote smartaleck07 26-9-2019 12:21 PM
kalau zaman nabi SAW dulu setiap kali kena hina caci terus mengamuk & serang org, mmg tak de lah islam berkembang satu dunia.. sudah2 la tu buat aksi2 ganas atas alasan nk pertahankan islam.. sunnah nabi yg nak ikut kawen lebih sorang je, yg lain2 sume tak nak ikut..
Quote kucingitam 26-9-2019 12:32 PM
yakinnya kamu...
Quote Boomibulat 26-9-2019 12:36 PM
Asdan replied at 26-9-2019 12:19 PM
wanita umno jadi alim sejak kalah

Syukur sejak berkawan dgn PAS orang UMNO dh mampu keluar fatwa..takbirrrr
Quote fliphair8 26-9-2019 12:37 PM
Hanya Allah yang tahu kebenaran dek non oiii....hakak lebih rasa, provocations on our Prophet tu only tip of the iceberg, dia mmg dah depressed and didnt get help he needed....mmg tunggu meletus la...bak kate acik2 poromer...jarum2 halus ape pun aku tak tahu

biarla polis wat siasatan, arwah pun dah selamat dikebumikan...

conclusion hakak, rakyat mesia kena lebih didedahkan bahaya kemurungan ini...
Quote opie5662 26-9-2019 12:47 PM
Teringat dolu2 time kempen puteri umno claim org PAS angkat kain kat depa...sampai bertempiaran lari semua...skrg dah dok dekat2 rapat2....hahahhaha...
Quote akusukaq 26-9-2019 12:48 PM
tak perlu lah kita nak speku apa2. kena siasat dr kawan kawan dia yg kerja setempat betul atau tidak seperti yg diceritekan.tak byk sikit mesti mereke tau apa yg berlaku
Quote tripleid 26-9-2019 01:01 PM
Edited by tripleid at 26-9-2019 01:06 PM

..dan melayu bodoh pun pecaya bulat2

percayalah..pasni akn makin ramai kes melayu gila pancung kapir atas alasan konon mempertahankan ugama

syabas amno-pas krn berjaya membakar semangat jihad dikalangan ummah
Quote cHimo 26-9-2019 01:10 PM
Dah tuh yang sampai nak serang polis apasal? Apa salah polis tuh?
Quote Pink_Purple 26-9-2019 01:40 PM
dah boleh buat fatwa..

neagra ada undang2..knp xikut saluran undang2,,knp nak mengamuk
Quote Kilokahn 26-9-2019 03:04 PM
[fbp]https://www.facebook.com/realfathulbari/posts/2439427636141315[/fbp]
HUKUM MEMBUNUH PENGHINA AGAMA: SATU NASIHAT BERIKUTAN KES BUNUH DI PULAU PINANG.

oleh: Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

1.Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini hendaklah diperhalusi dengan penuh hati-hati agar kita tidak terjatuh dalam kelompok KHAWARIJ sehingga mudah menghalalkan darah dan bertindak sendirian ATAU golongan LIBERAL yang membiarkan Islam dan agama dihina tanpa sebarang tindakan juga rasa tanggunjawab.

2.Namun, sebelum saya mengulas perihal di atas, perkara paling pokok adalah TABAYYUN@SEMAK@SELIDIK!. Benarkah cerita2 yang disebarkan melalui media sosial bahawa pembunuhan tersebut berlaku kerana mangsa menghina agama Islam? Saya mohon kepada semua agar membantu pihak berkuasa untuk mempastikan samada jalan cerita tersebut SHAHIH atau PALSU.

3.Saya mohon pihak berkuasa juga perlu jujur dalam memberikan jalan cerita sebenar walaupun penentuan masalahah dan mafsadah perihal pentadbiran & perundangan itu sememangnya terletak pada kebijaksanaan pemerintah. Sebagaimana kaedah fiqh menyebut: "Tindakan pemerintah dalam urusan rakyatnya bergantung kepada maslahah (keperluan yang dirasakan terbaik). Sama seperti kes Adib. Pelbagai versi muncul sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Jadi ketelusan Kerajaan amat penting supaya tiada lagi sebarang spekulasi yang boleh mengakibat huru hara negara ini.

4.Apakah hukum ke atas penghina Allah, Rasul & Islam di sisi perundangan Islam? Jawapannya: JIKA melihat hukum sebenar di dalam Islam adalah; Bunuh.

Dari Ali radhiyallaahu 'anhu:

‎أَنَّ يَهُوْدِيَّةً كَانَتْ تَشْتِمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَقَعُ فِيْهِ، فَخَنَقَهَا رَجُلٌ حَتَّى مَاتَتْ فأَبْطَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَمَهَا.

Maksudnya: Seorang wanita Yahudi mencela Nabi Shallallahu alaihi wa sallam dan mencaci maki baginda, kemudian seorang sahabat mencekiknya sampai mati, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam membatalkan hukuman ke atas sahabat yang membunuh wanita itu (Riwayat Abu Daud,no:4340)

5.TETAPI; Siapakah yang berhak menjatuhkan hukuman bunuh? Jawapannya adalah: PEMERINTAH. Inilah pendirian BENAR yang WAJIB diterima oleh seluruh umat Islam supaya kita tidak tergolong di kalangan golongan ekstrem seperti Khawarij yang bertindak dengan hawa nafsu berasaskan hujjah-hujjah keliru.

Ulama besar mazhab Al-Syafie al-Imam Al-Nawawi di dalam Kitab Al Majmu (22/76) berkata:

‎أما الأحكام: فإنه متى وجب حد الزنا، أو السرقة، أو الشرب، لم يجز استيفاؤه إلا بأمر الإمام، أو بأمر من فوض إليه الإمام النظر في الأمر بإقامة الحد، لأن الحدود في زمن النبي صلى الله عليه وسلم وفي زمن الخلفاء الراشدين ـ رضي الله عنهم ـ لم تستوف إلا بإذنهم، ولأن استيفاءها للإمام

Adapun mengenai masalah perlaksanaan hukum; ketika seseorang sudah layak dijatuhi hadd (hukuman) zina, atau mencuri atau minum arak maka tidak boleh melaksanakannya kecuali atas perintah imam (PEMERINTAH). Atau atas perintah dari orang yang mewakili PEMERINTAH dalam menegakkan hukum hadd tersebut. Kerana hukuman-hukuman di zaman Nabi Shallallahualaihi Wasallam dan juga di zaman Khulafa Ar Rasyidin radhiallahuanhum tidak akan dilaksanakan KECUALI dengan izin mereka, dan kerana hak untuk melaksanakannya berada di tangan PEMERINTAH.

Al Imam Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab beliau "Al Mushannaf", meletakkan beberapa riwayat dari sahabat Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam di bawah tajuk: URUSAN DARAH DITENTUKAN OLEH PEMERINTAH;

Dari Al-Nazal bin Saburah beliau berkata: "Umar al Khattab radhiyallaahu 'anhu menulis surat kepada ketua2 tentera supaya tidak menghukum bunuh ke atas seseorang MELAINKAN dengan izin darinya." (lihat Al-Mushannaf, 6/429-430)

Dan di dalam tajuk yang lain pula Al Imam Ibnu Abi Syaibah meletakkan: HUKUM HUDUD DITETAPKAN OLEH PEMERINTAH. Beberapa riwayat dinukilkan dari para tabi'in antaranya:

Dari Imam Al-Hasan Al-Basri beliau berkata: "4 perkara hendaklah dirujuk kepada PEMERINTAH: Zakat, solat (penentuan imam), hukum hudud dan kehakiman" (lihat Al-Mushannaf, 6/507)

6.Ironinya, hukuman bunuh ke atas penghina agama Islam sememangnya tiada dalam sistem perundangan Malaysia. Memasukkan hukuman seperti itu ke dalam sistem perundangan bukanlah satu proses mudah dan ia tentunya mengambil masa yang lama. Cuma, apa yang kita boleh lakukan adalah menasihati dan menggesa pemerintah agar menjatuh hukuman yang setimpal penghina agama Islam setidak-tidaknya ia dapat mengurangi tekanan jiwa orang Islam. Mana mungkin kami berdiam dan tersenyum dengan penghinaan tersebut melainkan di jiwa kami tiada iman dan kecintaan kepada Allah&Rasul.

7.Soalan saya kepada Kerajaan; Apakah status pindaan AKTA 574 (Kanun Keseksaan) untuk dimasukkan kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama? Pindaan inilah yang dijanjikan oleh YB Dr Mujahid untuk dibentangkan dalam Parlimen. Berikut link keratan akhbar: https://www.google.com.my//kesalahan-hina-agama-masuk-/amp

Saya memohon kepada Kerajaan supaya lebih serius dalam hal ini kerana jika tidak dikawal, lemah penguatkuasaan dan longgar undang; pasti akan ada golongan yang tidak bertanggunjawab mengambil kesempatan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan yang besar.

8.Di kesempatan ini juga, saya nasihatkan supaya kita tidak dipengaruhi dengan LIBERALISME yang sebahagiannya menjual kalimah "Islam rahmatan lil alamin" untuk menggesa umat Islam berdiam diri ketika Allah,Rasul dan agama dihina. Sebaliknya mereka begitu sensitif dan terganggu jika agama lain dicerca. Kononnya nak menjaga hati penganut agama lain maka penganut agama sendiri diabaikan. Suara dan tulisan mereka "hilang" bila Islam dihina, tetapi mereka menjadi hero dan juara bila agama lain dipersenda. Benarlah perumpaan yang Allah subhanahu wa taala berikan tentang golongan ini, sama sifatnya seperti SIFAT ANJING, "sana jelir, sini jelir" kerana kedudukan dunia, firman Allah Ta'ala:

‎وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ.

Maksudnya: Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga)‎ (surah Al-A'raf, 7:176)

9.Buat rakyat Malaysia, hentikanlah penghinaan ke atas mana-mana agama. Ia bukan satu hal yang baik untuk kesejahteraan sesebuah negara. Perlembagaan negera ini memayungi semua pihak berdasarkan hak-hak yang termaktub di dalamnya. Maka usah kita cemarinya, dibimbangi perkara-perkara yang tidak diingini seperti ini terus berlaku. Maka, elakkanlah dari pengkhiatan teks perlembagaan kerana ia sangat memudaratkan.

10.Saudara-saudaraku Muslim, ingatlah kegemilangan Kerajaan Islam Madinah di bawah pemerintah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam yang memberikan hak kepada semua pihak walaupun berbilang kaum dan berbeza agama. Jangan bimbang, jika mereka terlepas di dunia, azab akhirat menanti mereka. Demikianlah iman, ia mengajarkan manusia kesabaran dan kebijaksanaan.

11.Justeru, apa tindakan kita? Buat seluruh umat Islam bersabarlah; sujud dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dalam tindakan. Bertindaklah mengikut iman bukan hawa nafsu syaitan. Hormatilah sistem perundangan dan berilah kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan kewajipan. Gesa & Nasihati pemerintah tanpa lesu dan bosan. Elakkan dari dari termakan hasutan supaya langkah diiringi kebijaksanaan. Sentiasa bertabayyun dalam berpendirian agar kita berada di atas jalan kebenaran.

Marilah sama-sama kita mempraktiskan doa Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam:

‎اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ

Allahumma inni as-alukal huda was sadaad [Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk dan kebenaran]. (Riwayat Muslim, no:2725)

Wallahua'lam
Quote luluaurora 26-9-2019 03:13 PM
Hanya Allah yg tahu syuhada atau pun tidak..x patut ulas isu ni..
Quote SWORKS27 26-9-2019 03:27 PM
jika benar dia bertindak sebab Islam dicerca, semoga Syurga tempatnya...

x perlu buat spekulasi...
Quote saviour_09 26-9-2019 04:09 PM
kawan tu dah depress
2 ekor tu duk ejek2 perli2 tak pun jadi punca kena gantung kerja sebelum ni
snap & mengamuk la terus

tak perlu la bagi statement takde asas macam ni

Quote duri_durians 26-9-2019 04:13 PM
taktau la nak tepuk tangan ke tepuk dahi dgn perkahwinan umno pas
Quote Buritan 26-9-2019 04:14 PM
fliphair8 replied at 26-9-2019 12:37 PM
Hanya Allah yang tahu kebenaran dek non oiii....hakak lebih rasa, provocations on our Prophet tu onl ...

Aku pun rasa cam tuu.. org deprresess ni lain mcm.skit..
Quote cupu 26-9-2019 04:17 PM
Entahla...aku xsetuju tindakan dia ni...aku xsuka keganasan..aku rs ada cara lg baik dr ni..luka2 libasan parang tu bg aku terlalu ngeri. Klu aku dilahirkan bkn islam benda ni akan jd trauma.. Mungkin sukar utk mereka terima lg kebaikkan islam.

Alfatihah utk arwah. Sesungguhnya Allah jua yg lebih mengetahui
Quote leylapple 26-9-2019 04:37 PM
sejak UMNO kalah teruk PRU lepas..ramai betul yang dah berhalusinasi mcm minah nie...

kang ada pulak minah nie angkat parang  bunuh sapa2 jer konon atas nama Allah...

depressed minah nie... should get some help
Quote Malaysia.Doom 26-9-2019 07:05 PM
fliphair8 replied at 26-9-2019 12:37 PM
Hanya Allah yang tahu kebenaran dek non oiii....hakak lebih rasa, provocations on our Prophet tu onl ...

Daripada siasatan awal, suspek yang meninggal dunia akibat ditembak oleh polis didapati terpengaruh dengan video keganasan di negara Asia Barat, mengenai kekejaman ke atas orang Islam yang dilihat menerusi media sosial namun tidak mempunyai kaitan dengan negara ini.

Kita mesti berhati-hati dan mengelak daripada membuat tanggapan sendiri kerana dengan hanya menonton video keganasan boleh mempengaruhi diri kita mengenai isu agama dan kaum di negara ini, katanya.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.335489s Gzip On
To Top