Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Ini Contoh Hadiah Hantaran Berguna Selepas Kahwin, Khas Untuk Bakal Pengantin Baru!

7-10-2019 12:50 PM|intan| Komen: 14

Kalau anda bakal berkahwin dalam masa terdekat, pasti sudah pening memikirkan apa yang patut diberikan kepada pasangan masing-masing sebagai barang hantaran.

Barang-barang seperti beg tangan, kasut, minyak wangi sudah menjadi kebiasaan kepada bakal mempelai. Namun, lain pula bagi pasangan ini yang memilih untuk menghadiahkan barangan 'rare' sebagai hadiah hantaran. Bukan sahaja unik, tapi berguna juga untuk kehidupan selepas berkahwin!

Kalau sebelum ini popular seketika konsep hantaran 'tertutup' di mana hadiah dibungkus rapi dengan kain batik, songket ataupun kain pelikat, jom kita lihat pulak seleksi foto hadiah hantaran unik daripada pasangan pengantin baru ini.

Peristiwa ini telah dikongsi oleh saudari Syarfa Abdullah di laman Facebooknya.

Lesung batu
Set memasak
Periuk nasi

Alatan perkakas dapur

Set tupperware, yang ini kalau hilang memang cari sampai jumpa!

Kuali dan senduk

Lengkap dah, tak perlu dah beli nanti.

Bagus juga kan idea ini? Ke dah ada yang buat? Kongsikan kepada kami barang 'rare' yang pernah diberi pasangan atau dibagi kepada pasangan korang di bahagian komen! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : Google Cadang Pindah Kandungan Video Kanak-kanak Ke YouTube Kids

Next       : Anak Mati Akibat Hubungan Songsang, Teknik 'Bondage' Bawa Padah

Komen Terbaru

Quote mimienaa 14-10-2019 11:33 AM
Cuci Tilam
Idea dan info yang sangat menarik . Terima kasih atas perkongsian

Lain-lain Komen

Quote sarah82 7-10-2019 01:20 PM
Andai jodoh sampai ke jannah.. Boleh bgtau kat cucu.. Ni la hantaran atuk kamu bg kat nenek..

Quote Kurex 7-10-2019 01:20 PM
Demi sesuap viral
Quote sribayu 7-10-2019 01:27 PM
X perlu hantaran yang ini sebab kawan kawan memang selalu bagi hadiah kahwin barang dapur
Quote Perawankota 7-10-2019 01:42 PM
Lain org lain cara dia.. aku dh 2thn beli brg hantaran, tp kawennya idok lg
Quote sudahlah 7-10-2019 03:22 PM
pilihan masing masing .
Quote helicornia 7-10-2019 04:50 PM
benda2 ni kebanyakan tk perlu beli sbb nti ada org akan bagi hadiah.yg tkde tu baru beli

bagi iols hantaran tu pun sebenarnya tk pelu klu betul nak jimat.mas kahwin bagi byk sikit sebagai saving utk perempuan
Quote becir 7-10-2019 05:14 PM
helicornia replied at 7-10-2019 04:50 PM
benda2 ni kebanyakan tk perlu beli sbb nti ada org akan bagi hadiah.yg tkde tu baru beli

bagi iol ...

Betul Tu..kalau pempuan dah keje selalu byk je handbag kasut perfume etc. Takyah la hantaran mcm2 lag, better save the money utk kehidupan Lepas kawen..paling tak pun enjoy utk nice honeymoon.
Quote Meiizu 7-10-2019 05:34 PM
Edited by Meiizu at 7-10-2019 05:35 PM

memanglah rice cooker,lesung, kuali tu keperluan lepas kawin..tapi tak perlu lah kot buat hantaran mcm tu,buruk. benda2 dapur tu yg single pun mampu beli ..lepas kawin pun bape ringgit sgt brg2 tu.

zmn atok nenek dulu pun beradab bagi sepasang persalinan, kuih muih, manisan.... kekalkanlah adat nampak cantik disitu..kalau nak lebihkan duit ke honeymoon ke rantai kawin keee - haa ok.


Quote CatMiow 7-10-2019 06:24 PM
Berguna kalau duduk sendiri,  kalau sekali dengan parents /ioar duai memang tak guna langsung.
Quote Artemesiaa 7-10-2019 06:26 PM
Ikut minat dan persetujuan masing2 asalkan mereka suka
Quote VirusDetected 8-10-2019 08:28 AM
ikot citarasa masing2
Quote haryatie 8-10-2019 09:13 AM
ok jugak..ikut la cita rasa masing2
tp aku dulu segala benda alah tu da ada
sbb aku suka membeli
smpai la ari ni aku suka membeli brang2 dapur
yg mana aku da bosan tp masih elok dn boleh guna lg aku
beri jerk kt kwan2 ofis
abis smua segala dinner set n tea set aku bg kawan2
semata aku da berkenan yg lain pulak
Quote missDollie 8-10-2019 09:37 AM
Suka hati korang lah.. Rumahtangga korang.. Better la beli benda ni dari helmet arai..
Quote mimienaa 14-10-2019 11:33 AM
Cuci Tilam
Idea dan info yang sangat menarik . Terima kasih atas perkongsian

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.086187s Gzip On
    To Top