Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Terpaksa Cuti 3 Hari Kerana Pintu Pejabat 'Dikunci' Sekaki Payung

Oleh: natrahn|26-9-2019 10:38 AM Komen: 24
Kredit Foto - Mike Ponticelli

Sesetengah individu akan mencari pelbagai alasan termasuk sanggup membayar sejumlah wang semata-mata untuk mendapatkan surat kebenaran cuti sakit daripada doktor sebagai sebab untuk tidak hadir bekerja.

Namun, tiada siapa menyangka ada pekerja yang diberi cuti selama tiga hari berturut-turut kerana pintu pejabat 'dikunci' sekaki payung!



Neeraj K. Agrawal menerusi Twitter menyatakan bahawa syarikat WeWork di mana sahabatnya Mike Ponticelli bekerja terpaksa ditutup selama tiga hari gara-gara sekaki payung yang terjatuh ke lantai telah menghalang pintu pejabat daripada dibuka.

Para pekerja terpaksa menggunakan komputer riba masing-masing untuk menyiapkan tugasan selain ada yang terpaksa berpindah ke pejabat lain kerana tiiada seorang pun pekerja berjaya membuka pintu tersebut termasuk jurutera bangunan pejabat WeWork itu. 




Akhirnya, hanya pada hari ketiga barulah pintu itu berjaya dibuka apabila seseorang telah menggerudi lubang kecil dari siling lalu mengalihkan payung berkenaan dengan bantuan wayar besi. 

Penularan kisah yang lucu tetapi pada masa yang sama aneh ini seterusnya telah dijadikan bahan jenaka oleh netizen sehingga menggelarkan insiden ini dengan #WeCantWork bagi memerli nama syarikat tersebut iaitu WeWork. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 22-10-2019 02:34 PM
kalau terjadi kt tanah air koman2 dah pecah pintu, negara kokesen relaks saja 2-3 hari xyah masuk opis psl kes bodoh cmni

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 26-9-2019 10:51 AM
Knp x tutup company terus..
Quote Victorioussss 26-9-2019 10:58 AM
Edited by Victorioussss at 26-9-2019 10:59 AM
Boomibulat: Knp x tutup company terus..


Kalau tutup compny nanti cmane boboi nak amik alih bisness papa lepas habis belajar oversea sambil beromen dgn perempuan sexy tapi aim binik baik2 bertudung kawen paksa?
Quote Pink_Purple 26-9-2019 11:08 AM
3 hari tutup pejabat..
Quote Pink_Purple 26-9-2019 11:10 AM
cabaran dengan payung..tutup pejabat 3 hari,otak ada xmau pakai..xpayah harap jurutera bangunan..ini kerja tukang pintu/sliding door je'
Quote no_el 26-9-2019 11:18 AM
Victorioussss replied at 26-9-2019 10:58 AM
Kalau tutup compny nanti cmane boboi nak amik alih bisness papa lepas habis belajar oversea samb ...

kennnn..
slot akasia sangattttt
Quote Biabetik 26-9-2019 11:30 AM
3 hari baru selesai masalah payung?? Hari pertama kedua x buat apa ke?
Quote abas8888 26-9-2019 11:31 AM
awat tak suruh pekerja am atau siapa-siapa lalu siling cross office dan turun masuk ke dalam ofis sendiri pastu alih je payung ni..kena ada pekerja yg ringan dan bole akrobatik sikitlah masa nak terjun tu..kalau jenis badan beso satgi jatuh dari siling pulak..

atau tolak kuat2 pintu tu sampai payung tu teralih/patah..payung sekarang byk yg guna besi lembut je..
Quote natrahn 26-9-2019 11:36 AM
Biabetik replied at 26-9-2019 11:30 AM
3 hari baru selesai masalah payung?? Hari pertama kedua x buat apa ke?

dah cuba macam2 tak berjaya... bawak spanar, gegarkan pintu..nak pecah kan cermin kan libatkan kos besar..
Quote Artemesiaa 26-9-2019 11:39 AM
Bijak berkerja belum tentu bijak dalam kemahiran hidup sebab tu benda yang boleh selesai sehari berlarutan sampai tiga hari.
Quote esbok 26-9-2019 11:57 AM
Orang yang tahu cara sengaja delay gamaknya lol
Quote prettyuglybabe 26-9-2019 12:02 PM
payung brand apa tu tolak-tolak tak leh patah..
payung i takde angin takde ribut pun banyak tercabut sana sini..
Quote akakdendeng 26-9-2019 12:07 PM
kelakar pulak alasan nya tu.
Quote Miss.Rara 26-9-2019 12:26 PM
pecah kan jer laaa cermin pintu tu then kluar kan payung...

lepas tu pintu cermin repair segera... takkan takda modal repair kot??
Quote Foxey 26-9-2019 12:30 PM
Well, bukan la cuti pun cos they still need to do their work elsewhere.
Quote DayangKirana 26-9-2019 12:48 PM
tak pasal2 nama company pun kna troll.

Quote natrahn 26-9-2019 01:53 PM
Foxey replied at 26-9-2019 12:30 PM
Well, bukan la cuti pun cos they still need to do their work elsewhere.

still datang kerja dengan harapan dapat buka pintu...
Quote msbegawan 26-9-2019 02:33 PM
tajuk misleading betul
Quote Mfzg89 1-10-2019 11:55 AM
hari ke-3 baru nak gerudi siling? pehal x dari hari pertam pecahkan je kaca pintu tu?? Kos lebih kurang gak... Noob...
Quote natrahn 1-10-2019 11:57 AM
Mfzg89 replied at 1-10-2019 11:55 AM
hari ke-3 baru nak gerudi siling? pehal x dari hari pertam pecahkan je kaca pintu tu?? Kos lebih kur ...

hahaha....lama tu dorang baru terfikir...

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.241550s Gzip On
To Top