Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pelik! Paul Yong Dituduh Rogol Amah, Nga Kor Ming Pula Diminta Letak Jawatan

Oleh: Tukang Tulis|26-9-2019 10:47 AM Komen: 8
Ahli-ahli dan penyokong DAP menyatakan sokongan terhadap Paul Yong (gambar kecil, kiri) sambil mendesak Nga Kor Ming (gambar kecil, kanan) meletak jawatan semasa berhimpun di luar pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh.
Kredit foto: Sinar Harian & Facebook

Kira-kira 200 ahli dan penyokong DAP berhimpun di pekarangan pintu masuk Mahkamah Sesyen Ipoh pada 24 September bagi menyatakan sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang berdepan tuduhan merogol amah warga Indonesia.

Memetik laporan Sinar Harian, mereka turut memegang sepanduk sambil melaungkan, "Bebaskan Paul Yong, Nga Kor Ming letak jawatan".

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati ahli-ahli DAP Perak terhadap Kor Ming yang pernah memberi kenyataan bahawa nasib Paul Yong selaku Exco Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH).


Suasana di pekarangan mahkamah Ipoh ketika pada hari Paul Yong dihadapkan untuk sebutan kes tuduhan merogol amah warga Indonesia.
Kredit foto: Facebook / YB Yong Choo Kiong

Ekoran kenyataan Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak itu, dua ADUN dari DAP di Perak iaitu Leong Cheok Keng (Malim Nawar) dan Leow Thye Yih (Pokok Assam) meletakkan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Bendahari dan Penolong Setiausaha DAP Perak.

Cheok Keng mendakwa kenyataan Kor Ming yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu telah membelakangkan Jawatankuasa DAP Perak serta lari dari prinsip demokrasi dalam parti.

Sebagai reaksi terhadap kemelut yang tercetus dalam DAP Perak itu, sekumpulan pemimpin dan ahli-ahli DAP mendesak Kor Ming meletakkan jawatannya dalam parti.

Sementara itu, Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya menjelaskan bahawa tindakan kumpulan yang berhimpun itu tidak mempunyai kaitan dengan pendirian Paul Yong  terhadap kepimpinan DAP negeri.

"Seperti yang dijangka, kumpulan yang kecil ini cuba mencetuskan kekeliruan dan mewujudkan persepsi bahawa ada pergeseran di antara Paul Yong dan kepimpinan DAP Perak dengan menggesa Kor Ming meletak jawatan," katanya.


Ngeh Koo Ham memberi kenyataan kepada media. Kredit foto: Facebook / Ngeh Koo Ham

Beliau turut meminta pihak polis supaya segera melakukan siasatan terperinci tentang kemungkinan terdapat konspirasi politik dalam kes Paul Yong seperti yang pernah dilaporkannya sebelum ini.

Biarlah proses keadilan dijalankan di mahkamah terlebih dahulu bagi membuktikan Paul Yong bersalah atau sebaliknya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:06 PM
Buat jahat masuk neraka la kau

Lain-lain Komen

Quote lkick2113 26-9-2019 10:55 AM
Kalau ukut mahacai ni semua salah umngok ni kan @dodolgemok ?{:run
Quote EmaAsmadi 26-9-2019 12:55 PM
Paul yong ke komeng ke apa beza. Dasar cina bukit
Quote Modngengade 26-9-2019 01:35 PM
jinjang pun berbalah sesama mereka ke sister

babi dgn babi berbalah, kancil mati ditengah2
Quote lemak_masin 26-9-2019 01:56 PM
Semua je laa letak jawatan..
Quote giyomi 26-9-2019 07:13 PM
wuteva...next
Quote Al-Patih 26-9-2019 07:46 PM
Kira-kira 200 ahli dan penyokong DAP berhimpun di pekarangan pintu masuk Mahkamah Sesyen Ipoh pada 24 September bagi menyatakan sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang berdepan tuduhan merogol amah warga Indonesia.
yg 200 ahli  tu bukang penyokong DAP...tapi penyokong Paul Yong....
Quote Dewa19XKangen 27-9-2019 05:55 AM
nie kalo melayu dok himpun rasa dah ada fru depan tu.. cam best ja jadi cina babi apa saja bebas.. terbaik.. 200 ribu tu kdn kasi lulus..
Quote Ina8895 6-10-2019 09:06 PM
Buat jahat masuk neraka la kau

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.300229s Gzip On
To Top