Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Sep
25

Antara Snek dan Makanan Sihat, Ambil Snek Secara Berhemah Adalah Yang Terbaik

25-9-2019 12:28 PM| Komen: 5

Mondelz International (Malaysia) menganjurkan satu sesi interaktif dan infomatif yang fokus pada kepentingan snek secara berhemah. Objektif sesi ini adalah untuk memperkasa para peserta untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.
 
Sesi perbincangan bersama panel telah diadakan, dikenali, SMRter Snacker ini menyaksikan para peserta terlibat dalam aktiviti memberi inspirasi untuk mengamalkan tabiat snek secara berhemah. 


 
Barisan panel penceramah juga berkongsi pendapat mengenai fokus strategik syarikat Mondelez iaitu Snacking Made Right dan bagaimana ia dapat dilaksanakan melalui kelestarian bersnek yang berhemah.

Sesi SMRter Snacker ini diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelz AMEA, Pei Gee Chew, serta barisan panel yang hebat untuk topik snek secara berhemah ini seperti Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor, Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan, Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus yang merupakan seorang selebriti jemputan dan juga seorang bapa yang berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan. Sesi perbincangan ini juga di dikelolai oleh pengacara jemputan yang tidak asing lagi, Sheahnee Iman Lee. 

Sesi ini juga mengupas persoalan kenapa setiap individu suka makan snek, peranan snek terhadap mereka yang peka terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri, apa yang mempengaruhi pemikiran para pengguna terhadap makan snek, faedah dan tip-tip bagi makan snek secara berhemah. 

Kebiasaannya, kebanyakan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Lazimnya, kekerapan memakan snek ini berpunca daripada kesibukan masa yang padat. Antara faktor yang menyumbang terhadap isu ini adalah gaya hidup aktif para pengguna. Pada tahun 2018, jumlah jualan produk snek (makanan ringan) di Malaysia adalah lebih kurang RM1.28 bilion. Jumlah ini dijangka akan meningkat. 

Sikap menikmati snek ini dikatakan metamorfosis C atau lebih lazim disebut sebagai guilty pleasure. Snek seringkali menjadi pilihan yang ideal bagi kebanyakan pengguna on-the-go pada masa kini. 



Kini, para pengguna lebih peka dan bijak terhadap pilihan yang terdapat dalam pasaran. Walaupun banyak aktiviti kesejahteraan kesihatan yang giat dijalankan, permintaan makanan ringan yang tinggi di pasaran menunjukkan ianya mampu memberi elemen kesihatan dan keseronokan. Misalnya, pelbagai jenis ais-krim versi protein tinggi, rendah lemak dan juga, biskut versi lebih nipis kian mendapat sambutan. 

Pengurus Nutrisi Strategik dan Komunikasi Mondelez International, Pei Gee Chew mengulas, Kami sentiasa memberi fokus kepada penghasilan produk yang berinovasi bagi memenuhi keperluan para pengguna kami. Bukan itu sahaja, unit kawalan diperkenalkan bagi mengawal prestasi snek yang terbaik, kerana ia mengandungi nutrisi penting bagi diet yang seimbang. 

James Kane, Pengarah Urusan Mondelz (Malaysia) pula menjelaskan, Para pengguna tidak perlu memilih antara makan snek dan makan secara sihat. Kami mahu mempengaruhi para pengguna untuk menikmati snek secara yang betul melalui cara pengendalian terhadap pengambilan makanan. 

Kami menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan ringan kepada pengguna agar mereka dapat pilih makanan mengikut citarasa tersendiri. Selain itu, kami juga memperluaskan portfolio makanan ringan berkhasiat serta profil nutrisi dan ramuan produk jualan terbesar kami. Selain menawarkan snek yang hebat, kami juga berusaha untuk menawarkan nutrisi yang baik dengan ramuan yang dipercayai dan diketahui oleh para pengguna kami. Snacking Made Right dibina atas janji kami untuk menawarkan para pengguna makanan ringan yang tepat, untuk masa yang tepat dengan cara yang betul, ujarnya lagi.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote polluxsstar 22-10-2019 10:54 AM
semua nk promote brg je ni

Lain-lain Komen

Quote Levespa 25-9-2019 12:58 PM
promote produk je ni.. snacking dengan fruits dan nuts je la terbaik..biskut semua tu penuh dgn gula garam atrificial colour pengawet etc..
Quote fishcracker 26-9-2019 07:34 AM
Snacking buah potong/roti peanut butter lg kenyang..sekut2 ni memang tak cukup sekeping dua
Quote Dragonkings 26-9-2019 10:40 AM
Utuhla....belvita tu sihat celah mne....gule bersepah....vavi la puak2 ni.....gune nama kesihatan pdahal xsihat pun......
Quote mohdcrow 26-9-2019 01:58 PM
Macam milo la ni...minuman sihat kononnya
Quote polluxsstar 22-10-2019 10:54 AM
semua nk promote brg je ni

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090075s Gzip On
To Top