Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mengamuk Nak Bunuh Bapa Sebab Tak Dapat RM20

25-9-2019 12:07 PM Komen: 10
Lelaki tergamak mengugut untuk membunuh bapanya hanya kerana enggan memberikan RM20 kepadanya.

Harian Metro melaporkan, suspek berusia 34 tahun itu mengamuk di rumah mereka di Kampung Nyior Sebatang, di Tasek Gelugor, jam  4.30 petang semalam selepas mangsa berusia 74 tahun enggan memberikan diminta.


Gambar Hiasan

Suspek yang berang kemudian mengamuk dengan menolak dan menghempas barang dalam rumah.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau dan mengugut mahu membunuh bapanya, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Difahamkan, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah, manakala ahli keluarga lain bekerja.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan sebelum anaknya ditahan polis.

Tambah Noorzainy, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Berikutan itu, suspek diraman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote eddlala 26-9-2019 12:14 PM
Bapak dia bekas cikgu. Imam kampung aku ni.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 25-9-2019 01:57 PM
Masih simpan lagi anak macam ni? Tpi nak komen lebih pun tak boleh, sebab nanti kena dekat kurex..
Quote Eric.n9 25-9-2019 02:12 PM
Klu dah taik dadah,,, huhuuhu
Quote nono86 25-9-2019 05:10 PM
Sedehnye.. Kesian ibu bapak. Susah nak buang/halau anak celaka kalau taknak.
Quote Perawankota 25-9-2019 09:50 PM
Harap2 x der lah family or sedara kita mcmni
Quote muraicomey 26-9-2019 11:10 AM
Dadah perosak bangsa
Quote Biabetik 26-9-2019 11:27 AM
Kesian apaknya... Dh umur2 camtu terpaksa hadap lg perangai ank. Patut dah rilek2 abiskan hari tua
Quote taikor 26-9-2019 11:30 AM
Pengaruh dadah. Memang mcm ni sebab dah rosak
Quote Betara_Indera 26-9-2019 11:47 AM
tulah taik dadah ni.. tak tau dah nak buat ape, penjare kan ngabiskn beras, hukum tembak ade pulak persatuan hak asasi pertikaikan pulak
Quote VioletsAre_Blue 26-9-2019 12:12 PM
Orang hisap dadah patut kena gantung je sampai mati, hidup menyusahkan orang
Quote eddlala 26-9-2019 12:14 PM
Bapak dia bekas cikgu. Imam kampung aku ni.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.455454s Gzip On
To Top